Minum Easy123 Anda Boleh Slim Secara Semulajadi

Masa mula-mula member rekomenkan produk ni. Saya macam "Oh, OK produk untuk kurus. So berkesan pada saya ke. Jenis yang kaki makan apatah lagi pantang dihidangkan dengan makanan yang enak-enak di depan mata". 

Tapi sebab sudah menjadi kebiasaan sebelum saya mencuba sesuatu, saya akan kaji ramuannya terlebih dahulu. Sebab kita mahukan yang terbaik untuk badan kita jadi kena amik tahu segala yang mampu memberi kebaikan kepada badan luar dan dalam.

Untuk pengetahuan korang, produk easy123 ni sudah berada di pasaran sejak 10 tahun dahulu lagi. Sudah mempunyai pengguna yang tegar dan ramai yang mencuba terus konsisten mengambil minuman berkhasiat ini. Ramuan utamanya adalah 20 bahan premium termasuklah superfruits yang mampu memberi banyak kelebihan dalam penjagaan kesihatan badan. Antaranya seperti Maqui Beri, Goji Beri, Manggis, Bluberi, Rasberi, Anggur, Strawberi, Lemon, Fiber Epal, Acaccium Gum, Beet Root, Enzim betik, Buah Arhat dan pelbagai lagi. 

Dengan ramuan yang terdapat dalam easy123 ini dapat memainkan 3 fungsi yang utama iaitu:-

1. Detoks
Proses mendetoks bahan yang tidak diperlukan oleh badan sangat penting. Terutama seperti saya yang setiap hari tidak akan ketinggalan menikmati makanan yang ada lemak dan bergoreng. Saya percaya walaupun ramai di luar sana yang mengamalkan pemakanan berkhasiat seperti salad. Namun sekali-sekala kita juga tidak boleh elak untuk menikmati makanan bergoreng dan sebagainya. Jadi salah satu peranan easy123 ini ialah untuk keluarkan bahan yang tidak sepatutnya kekal didalam badan seperti lemak. Ini adalah menerusi ramuan hi-fiber seperti fiber-sol, fiber epal dan fiber oat yang cukup popular sebagai agen detoks.

2. Restore (Pemulihan)
Disebabkan ramuan utama didalam easy123 ini adalah kaya dengan 13 jenis enzim yang mampu memulih dan membekalkan lebih nutrien jadi kita akan lihat sendiri perbezaan selepeas pengambilan easy123. Antaranya seperti kita tidak akan ada masalah gastrik, pening kepala dan lain-lain. Bahkan memberi lebih tenaga dan badan juga rasa lebih ringgan.

3. Rejuvenate (Keremajaan)
Selain itu easy123 juga kaya dengan ramuan anti-oksida dan prebiotik. Jadi ianya bebas dari masalah radikal, menyokong perkembangan sel dalam adan yang sihat dan banyak lagi kelebihan. Ini adalah kerana kehebatan 'maqui berry" itu sendiri yang dikatakan antara buahan yang mengandungi zat anti oksida yang sangat tinggi. Buahan 'rare' ini datangnya dari negara Chile mengandungi nilai ORAC 4 hingga 30 lebih tinggi berbanding dengan buahan anti-oksida yang lain.

Testimoni sebenar dari saudara Marcus sebagai seorang pengguna easy123 bertahun lamanya. Di mana beliau bukan sahaja dapat menurunkan berat badannya kepada berat ideal. Bahkan potongan badan lebih slim tanpa perlu mengikat perut daripada keinginan menikmati apa jenis makanan yang disukainya. Satu motivasi buat saya untuk kekal sihat dan hidup dalam gembira terutama dapat menikmati makanan tanpa memikirkan risiko berat badan akan naik dan sebagainya.

Paling best! Menikmati minuman sihat easy123 ini caranya boleh dipelbagaikan. Paling enak jika dapat dinikmati dalam keadaan sejuk-sejuk. Dan jika ingin tambahkan kenikmatannya lagi kita boleh jadikan sebagai ramuan tambahan kepada minuman buahan seperti milk shake with fruit, ice blended dan banyak lagi.

Ya ampun minuman ni memang sedap giler. Gabungan buah oren, tembikai, longgan dan easy123. Dikisar bersama ais. Memang padu rasanya!

 Dalam satu kotak dibahagikan kepada 2 lagi kotak yang kecil. Satu kotak kecil ini mengandung 10 sachet serbuk minuman easy123. Jadi satu kotak mengandungi 10 + 10 sachet sebenarnya ya!

Terdapat 2 jenis program easy123 ini sebenarnya, iaitu :-

Pelan Pembersihan Detoks 30 hari - 2 Kotak (10 +10 sachet)
*Colon Cleansing
*Hasten Food digestion
*Improve absorption of nutrient

Untuk 5 sehingga 10 hari pertama. Cara pengambilan 1 sachet pagi dan 1 sachet malam. Dan digalakkan pengambilan selepas makan. Seterusnya untuk 20 hari selepasnya hanya 1 sachet waktu malam selepas makan.

Pelan Visceral Fat Loss 90 hari - 4 Kotak (10 + 10 sachet)
* Visceral fat, belly fat loss
*Colon cleansing, hasten food digestion
*Improve absorption of nutrients, plus high anti-oxidant

Untuk 5 sehingga 10 hari pertama. Cara pengambilan 1 sachet pagi dan 1 sachet malam diambil selepas makan. Untuk 20 hari seterusnya, 1 sachet waktu malam sahaja. Manakala untuk bulan kedua, ketiga dan seterusnya dalam masa seminggu hanya 5 sachet sahaja.


Cara menikmatinya easy123 memang mudah. Masukkan serbuk easy123 didalam gelas/cawan.

 Tambahka dengan air. Samada air suam mahupun sejuk.

Kacau rata. Minum sejuk-sejuk untuk lebih kenikmatan. Rasanya seperti air beri takpun ala-ala air ribena pun ya. Memang sedap giler!

Perempuan mana yang tidak inginkan badan cantik, langsing dan kelihatan kurus. Selain itu pada amsa yang sama tetap kekal sihat dan bertenaga. Mana tidaknya perempuan hari ini tugasnya terhadap masyarakat dari keluarga (ececece) memerlukan beliau sentiasa bersedia dari pagi ke petang. Satu bonus juga jika wanita itu mempunyai aura yang mampu memberi positif kepada orang sekelilingnya, contohnya dengan mmiliki  wajah 'glowing' (nur gituhhh) kita akan lebih berkeyakinan dan berketerampilan.

So, jom amalkan easy123 untuk capai apa yang kita hajati. Kita cuba sama-sama hokeh!

Meh dapatkan lebih info mengenai produk dan cara nak dapatkannya di laman web berikut:-


Atau hubungi di talian: 03-61566115


Saya yang gegeh nak sihat, kurus dan glowing,
Minum Easy123 Anda Boleh Slim Secara Semulajadi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 28, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.