Promosi Bayaran Balik Separuh di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur Memang Berbaloi

Shopping is therapy!

Apatah lagi jika kita dapat berbelanja dengan bijak di zaman ekonomi hari ini. Dan semestinya sebagai seorang pembeli yang prihatin saya akan memilih tempat berbelanja yang paling berbaloi dan mampu memberi kepuasan kepada saya!

Dan Lulu Hypermarket Kuala Lumpur adalah destinasi berbelanja yang kerap saya kunjungi. Apatah lagi bermula dari 1 sehingga 24 Mac 2019, Lulu Hypermarket telah mengadakan kempen Promosi Bayaran Balik Separuh untuk produk fesyen, beg tangan, kasut, kain saree dan churidar.

Korang! Promosi ini menawarkan voucher sebanyak RM50 dengan setiap perbelanjaan barangan RM100 seperti produk yang dinyatakan di atas. Gila gempak dan berbaloi. Alang-alang dah ada promosi macam ni, boleh terus shopping baju, beg tangan  dan sebagainya dengan beria-ia. Belanja jer dapat voucher. Banyak pulak tu. Bukan biashe-biashe.

Melangkah kaki ke tingkat 1, adalah di bahagian yang menjual produk FESYEN. Pelbagai jenis rekaan pakaian dan jenama untuk lelaki dan perempuan serta kanak-kanak. Menariknya di bahagian ini terdapat begitu banyak koleksi pakaian dan sekaligus memudahkan kita untuk membuat 'mix-match' mengikut fesyen yang digemari.

Ruang yang begitu luas memudahkan pergerakan dan pencarian barangan. Paling penting susun atur untuk setiap koleksi sangat kemas dan teratur. Selain daripada pakaian terdapat juga aksesori, beg tangan, kasut, kain saree dan churidar.

Lihat sahaja di ruang pakaian lelaki. Saya sendiri teruja melihat koleksi baju-baju yang ada ditawarkan di sini. Untuk bergaya kasual dan ranggi, pelbagai pilihan warna boleh didapati.

Nah! Untuk majlis formal mahupun sebaliknya. Dari atas sehingga ke bawah, kita boleh membuat pilihan hanya di satu kawasa sahaja iaitu tingkat 1. Jadi mudah untuk kita membuat keputusan dalam membuat pemilihan terbaik dnegan citarasa sendiri.

Tidak dinafikan penentu pembelian bukah hanya terletak semata-mata pada harga. Bahkan faktor kualiti fabrik turut diambil kira, Dan kebanyakan fesyen pakaian di Lulu Hypermarket sememangnya sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Jadi kita mudah untuk membuat keputusan pembelian.

Terdapat juga rekaan pakaian yang 'up-to-date' mengikut peredaran zaman dan permintaan. Untuk mereka yang berjiwa muda terutama golongan remaja pasti sukakan fesyen 'stylo' dan mereka boleh dapatkan semuanya di sini.

Pilihan pakaian formal ke pejabat tidak mengecewakan. apatah ianya tersusun kemas di atas rak sememangnya memudahkan pencarian!

Cantik! Pandai memilih pakaian yang bersesuaian menjadikan penampilan kita lebih menarik. Tidak kurang hebat juga untuk koleksi pakaian wanita di Lulu Hypermarket. Pelbagai jenis 'blouse', baju berlenggan pendek dan panjang, bercorak mahupun 'plain' dan banyak lagi memberi kita perluang untuk memilih dan membuat keputusan dalam membeli.

Saya sendiri begitu sukakan rekaan baju ini. Seorang yang sangat sederhana dan praktikal dalam segala perkara, baju ini tentunya dapat menarik hati saya.



Memang rambang mata. Apatah lagi ada setengah koleksi memang diletakkan dibawah Jualan Penghabisan Stok.

Tidak lengkap rasanya jika tidaik mencari pakaian untuk anak-anak. Tidak dinanafikan koleksi pakain kanak-kanak di Lulu Hypermarket agak banyak juga. Dari pakaian kasual, parti mahupun untuk musim perayaan-perayaan tertentu.

Menyentuh kepada koleksi pakaian untuk perayaan, saya cukup tertarik dengan baju kurung yang dijahit dari kain saree. Memang sangat cantik. Jarang sebenarnya kita dapat jumpa koleksi pakaian fesyen kurung moden (ready made) yang dihasilkan dari kain saree di pasaran. Dan tentunya, saya memang inginkan koleksi kurung saree ini sebagai salah satu pakaian di hari raya tahun ini. Nak juga feeling gorjes di pagi raya, gitohhh!

'Close up' salah satu material kain saree yang telah dijahit baju kurung. Cantikkan! Apatah lagi ada taburan manik seolah kristal. Material sangat ringan dan tidak panas tau.

Seperti yang saya war-warkan kain saree dan churidar antara item di dalam promosi Bayaran Balik Separuh di Lulu. Contoh nilai voucher yang bakal kita perolehi setelah pembelian barangan di bahagian ini seperti gambar di bawah :-


Sangat berbaloi. Lepas belanja dapat voucher, perghhh.

Begitu juga dengan pemilihan kasut. Dari kasut sukan, santai, capal dan pelbagai lagi ada ditawarkan di sini. Di lihat di satu bahagian kasut yang boleh kita pilih samada untuk lelaki ataupun perempuan, dewasa mahupun kanak-kanak. 

Memandangkan kasut juga salah satu item di bawah promosi Bayaran Balik Separuh di Lulu, saya pun beria mencuba dan memlih kasut yang diminati. Seperti kasut yang saya sarungkan ini, kualiti luar dan dalam kasut memang terbaik setanding harga. Serius, sangat selesa.




Jika hendak mencari aksesori atau beg untuk dipadankan dengan penampilan kita setiap hari. Di tingkat yang sama (tingkat 1), kita boleh melihat sendiri koleksi terkini yang ada ditawarkan di Lulu Hypermarket.


Pembelian lebih berbaloi pada tempoh kempen ini bermula dari 1 Mac sehingga 28 Mac 2018 kerana ada ditawarkan dengan percuma voucher RM50 pada pembelian RM100 (dan ke atas).

Di tingkat 2, merupakan bahagian barangan elektrik & elektronik, gadget dan juga barangan perhiasan serta keperluan rumah. Kebanyakan barangan di bahagian ini memang ada ditawarkan dengan harga promosi (in store promotion). Terdapat pelbagai produk jenama terkenal samada lokal mahupun antarabangsa ada dijual di sini.





Luas dan selesa bila kita datang berjalan dan berbelanja di sini. Sebenarnya di bahagian ini saya paling teruja berada di bahagian permaidani (carpet). Banyak koleksi yang menawarkan rekaan yang cantik!




Ada juga barangan kelengkapan sekolah seperti alat tulis, kertas, buku dan pelbagai lagi.

Port wajib bila datang Lulu adalah tingkat paling bawah (Ground Floor). Heaven place for mothers! Like me hokeh. Boleh kena sawan teruk berada di bahagian ini kerana sesungguhnya apabila berbelanja barangan keperluan dapur di Lulu Hypermarket tidak pernah mengecewakan poket suami yang tercinta. Chewah! 


  Antara sebab UTAMA kenapa berbelanja keperluan dapur di Lulu Hypermarket ni best giler;

  • Produk seperti daging, ikan, hidupan laut dan sayuran memang segar-segar. Sepertinya kita datang membeli di Pasar Borong yang dibuka seawal pagi.
  • Harga dahlah murah. Kadang-kala ada promosi lagi diberikan. Menggandakan keuntungan dan keseronokan.
  • Pelbagai barangan ada ditawarkan.  Dari variasi jenis sayuran, ikan, barangan kering dan pelbagai lagi. Jimat masa dan tenaga. Kita tidak perlu mencari bahan masakan di banyak lokasi. Ini kerana di bawah satu bumbung semuanya ada! 






Setiap kali shopping di Lulu, buah zaitun fresh memang WAJIB beli. Sebab susah nak dapatkan produk ini ditempat lain.


Kekacang, rempah kari dan pelbagai jenis manisan Arab ada di jual di sini. Teringin nak makan baklova semata-mata, meh jemput ke Lulu Hypermarket dah tak perlu pergi mencari di Restoran Arab lagi.


Sebab pampers adalah barangan WAJIB saya beli untuk Yara setiap bulan. Dan harga Lulu memang kebanyakannya adalah kurang dari RM30. Haruslah saya memborong ketika datang berbelanja di sini.

Muka bahagia seorang ibu apabila berjaya berbelanja dengan bijak. Tidak rugi rasanya kita rancang dan membeli tempat berbelanja terbaik bagi kesejahteraan ekonomi keluarga. Apatah dengan merebut peluang berbelanja sepanjang kempen Promosi Bayaran Balik Separuh di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur.

Jadilah pembeli bijak berbelanja,
Tepuk dada tepuk wallet suami tercinta!
Jom, jangan buang masa hanya 28 hari sahaja,
Sepanjang bulan MAC 2019 jom berbelanja,
Ajak member dan bawa beluarga,
Kita rebut Bayaran Balik Separuh yang cukup istimewa!

Keterangan lanjut mengenai Lulu Hypermarket boleh layari,

https://www.facebook.com/LuLuHypermarketMA
https://www.instagram.com/luluhypermy/
www.luluhypermarket.com

(kredit some pics to : Jue, Azudin dan diri sendiri)

Mak yang berjasa;

Comments

CXopportunities said…
Amboi ramainya yang update pasal lulu market ni. Memanf berbaloilahkan bila membeli RM100, dapat pulangan RM50. Memang boleh borong habis²an ni. Dah dekat nak rayabni. Mcam² boleh beli. Benda tgh offer, kenalah grab. Rugi kalau tak ambil kesempatan. Heheh
wahhhh bestnya...dah lama tak shopping kat KL tau...lama jugak dah dengar pasal LULU Hypermarket nih tapi belum pernah jejak ...next time nak datang tengok apa yang best...tapi macam kena datang bulan ni jugak jer sebab ada sales dan offer shopback tu...berbaloi shopping kat sini
Iza Ramli said…
Ala bestnya offer. Lulu bukak kat kuantan 1 plisss. Tak dapat nak join shopping dekat Lulu. Kalau kat kl dah ajak husband pergi tgk dah ni. Kot kot la ada yg berkenandi hati.
amirnawawi said…
Wah bestnyer shopping kt Lulu. Memang dari dulu lagi banyak tawaran menarik mereka sediakan. Now memang kena pergi beli pakaian kat sini la nampaknya ni
Zharif Azis said…
Wahhhhhh ini satu berita baik nie. Jarang2 ada promosi untuk baju2 di pasaraya. Tak sabarnya nak pergi ke Lulu. Selalu beli barang dapur je kt situ. Xsangka ada banyak baju2 menarik dijual di sini.
Tekkaus said…
Guess Lulu is going all out with this latest promotion of their huh. 50% is a lot when you spend RM100. Definitely a steal for shoppers.
Hanny Abdullah said…
Memang syiok sangat shopping kat sini. Sis first time masuk sini..naik kemaruk sis dibuatnya, lebih2 lagi bila ada baucher rm50 kalau kita beli lbh dr rm100..waduhhh jimat sesgt. Ingat nk gi lagi nanti..hehehe
Sunshine Kelly said…
Memang best shopping kat situ. Semua nyer ada for the whole family and also household. Plus the price also very reasonable.
Emilinda said…
Cantiknya baju yang sara pakai tu. Eh weekend ni nak pi sini la, mana tahu ada yg berkenan kannn
Elih Japahar said…
Lawa pulak kasut2 tu...memang best ada promo mcm ni..boleh shopping sakan tu haha
Julia Mahir said…
Seronok nya shopping kalau dapat sampai 50% cashback macam ni! Rasa berbaloi sangat ni. Nak gi singgah la kebetulan nak balik KL ni.
Rawlins GLAM said…
Siapa yang tak suka shopping dan save kan? Bahagia kot bila beli barangan RM100 dan dapat cash back RM50. Boleh beli lebih banyak lagi pastu! Hidup Lulu!
AzianKhalil said…
alamak...reti pergi aeon taman universiti dengan pasaraya titah je. sbb tu yg paling dekat dgn rumah.
pasaraya lain dengar nama ajelah...
Maha Mahu said…
Nampak ramai pergi LuLu Hypermarket ni hehehe mamang kalau time promosi memang murah giler dan sangat berbaloi yer memang kita suka lah pergi sini hehehehe...
oh wow the exclusive Half PayBack offer from now until 24th March 2019 at LuLu Hypermarket sounds like a great deal. time to go shopping there yay
Jueliza Jamani said…
berbaloi sangat shopping dekat sini. tambah ada banyak promosi kaw2. mcm ni belanja rm100 dah dpt lg rm50. baloi tuuu
Halimah Muhiden said…
Banyaknya barang di Lulu, byk promosi plk tu mcm2 ada seronok shopping kat Lulu
atie adnan said…
harap-harap sempat lah saya nak singgah LuLu hujung minggu ni.. hee~ tak boleh lepaskan peluang voucher separuh harga tu.. rugi !!!!!!!

Popular Posts