Puisi dari Jiwamu Memperkenalkan Haiku Reflection dari Avon



Hidupkan ketenangan dalam dirimu. Chewahhh :-) Kenalkan haruman terbaru daripada Avon, Haiku Reflection Eau de Parfum Spray yang memberi bauan begitu mengagumkan yang mendatangkan kebahagian.

Sepertimana siri keharuman Haiku dan Haiku Kyoto Flower,  haruman Haiku Reflection  juga mampu mencetus kesegaran nan ringkas dengan sentuhan air menenangkan, diulit nota bungaan elegan dan kayuan sensual bagi mengecapi ketenangan ala ‘Zen’.

Bagi saya gaya pembungkusan haruman ini sangat ringkas dan praktikal. Agak unik di bahagian kepala balang botol.  


Sentuhan Air, Bungaan Akasia, Kesturi

Dengan sentuhan air yang menyegarkan deria, diikuti dengan bungaan akasia mekar yang mampu memberi ketenangan minda serta bauan kesturi yang mendamaikan. Aroma Haiku Reflection yang dingin dan ringan ini ideal dipakai setiap hari dan mampu memberi inspirasi buat diri.


Haiku Reflection Eau de Parfum Spray 50ml telah berada di pasaran bermula 1 Mac 2019 dan dijual pada harga RM42.95 WM / RM49.40 EM. Jangan lupa dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau shop.avon.my. Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866).

Comments

Popular Posts