Tawaran Harga Menarik : Rumah Selangorku Idaman PKNS Cyberjaya

Membina komuniti memperkasa kehidupan, merealisasikan impian.

Saya cukup suka dengan kenyataan ayat di atas. Bagaimana kita inginkan kehidupan yang selesa di persekitaran komuniti yang selamat, maka kita harus tempat kediaman yang terbaik. Dan paling penting ianya juga perlulah mampu milik."Hari ini kita beli pada harga berpatutan, esok selepas 20 tahun harganya mesti dah melambung tinggi. Untung melabur dalam property ni. Memanglah rumah beli ni tak ada kebebasan nak buat pelan rumah sendiri. Tapi kemudian kemudian hari siapa tahu kan."


Rentetan dengan keperluan masyarakat hari ini untuk memiliki kediaman mereka sendiri. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) begitu komited dalam usaha menyokong usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap keluarga di negeri Selangor mampu memiliki kediaman yang selesa. 

Dan untuk projek terbaru yang dilancarkan dan mula dibuka untuk jualan adalah Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi  yang terletak di Seksyen 6 Selangor Cyber Valley (SCV) Cyberjaya. Dengan menawarkan sebanyak 864 unit kediaman termasuklah 4 unit khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditempatkan di tingkat bawah jelas kesungguhan pihak pemaju menawarkan kediaman terbaik untuk bakal pembeli rumah.

Selain itu pangsapuri ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan seperti tadika, ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, taman permainan, parkir kereta bertingkat, bilik pengurusan jenazah dan juga pondok pengawal keselamatan.

Keluasan rumah adalah 1000 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Harga yang ditawarkan RM232,000.  Saya sempat melihat sendiri contoh rumah yang dipamerkan di tapak pembinaan. Memang sangat cantik dan kemas apabila  dipertengahkan konsep dekorasi minimalis.

 Contoh bilik tidur anak.

Contoh bilik tidur utama

Contoh bilik tidur 


Contoh ruang tamu


Contoh ruang makan

Contoh ruang dapur

* kredit foto : Miera NAdhirah, Atie Adnan


Contoh tandas 

Tandas untuk rumah OKU diletakkan pintu sliding bagi memudahkan golongan ini menggunakan ruang tandas di rumah sendiri.


 Contoh rumah khas untuk golongan OKU. Apa yang beza hanyalah pada saiz pintu (lebih lebar).

 Kredit foto : Atie Adnan

Antara pembeli terawal Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi bersama YAB Tuan Amirudin bin Shari (Menteri Besar Selangor), Y.B Haniza bin Talha (Chairman of Housing,Developement Management and Urban Living Selangor dan Y,Bhg Puan Hajah Norita bt. Mohd Siedk (Acting Chief Executive Officer PKNS).

Kredit foto : Atie Adnan

Dari aksesesibiliti samada dari atau ke Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi boleh melalui Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX. Dan jarak dari tempat-tempat tertentu ke perumahan ini adalah seperti:-

* Putrajaya ( 17 km ) 
* KLIA ( 29 km )
* D’Pulze ( 7 km ) 
* Shaftbury Square ( 8 km ) 
* Centrus Mall ( 7 km ) 
* Universiti Multimedia - MMU ( 4 km ) 
* Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya - CUCMS ( 5 km ) 
* Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing ( 10.5 km ) 
* Universiti Islam Malaysia ( 7 km ) 
* Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch ( 8 km )
* Sekolah Antarabangsa ELC ( 6 km ) 
* Sekolah Antarabangsa Korea ( 1 km ) 
* Kolej FTMS ( 5 km ) 
* Kolej Antarabangsa Kirkby ( 6 km ) 
* Kolej Universiti Mahsa ( 11 km )

Pada pendapat saya sendiri jika dilihat dari segi lokasi, rekaan dan keluasan memang cukup berbaloi. Apa yang penting projek perumahan ini dijangkakan siap pada tahun 2021 dan akan menerima Certificate of Completion and Compliance (CCC) di pertengahan tahun yang sama (2021).

Jika berminat untuk memohon Rumah Selangorku atas talian boleh layari ke laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu : http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs

Untuk keterangan lanjut, sila layarai:

LAMANWEB : https://www.pkns-property.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/pknspropertyofficial
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/pkns_property

Da boleh juga hubungi wakil jualan di talian seperti berikut :
019 2139991 | 018 2051713 | 017 3634821 | 013 5224122 | 019 6994004 |
03 89262000 - Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan

Jom beli rumah!

Comments

Popular Posts