TMT Menganjurkan Kempen "Game On" Buat Gamers dan Peminat Teknologi

Kempen "Game On" telah dianjurkan oleh TMT (Thunder Match Technology) bermula dari 18 sehingga 24 Mac 2019 di Centre Court. Mid Valley  Sepanjang kempen berlangsung pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah pertandingan permainan dalam talian (0nline), sesi ramah mesra bersama 'influencer', jualan hebat serta pelan ansuran 0% yang menarik.

Untuk pengetahuan semua TMT sememangnya cukup popular dikalangan 'gamers', apatah lagi pada hari ini eSports semakin diterima dikalangan masyarakat Malaysia. Tidak hairanlah Kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta bagi pembangunan sSport di Malaysia.

22 tahun satu tempoh yang cukup cemerlang bagi jenama TMT di Malaysia iaitu bermula pada tahun 1997. Siapa sangka pada awal pembukaannya adalah sebuah kedai tidak bernama di Plaza Imbi Kuala Lumpur yang mampu membaiki komputer riba dan komputer peribadi. Dan kini TMT telah berjaya menjadi peruncit IT dan telefon bimbit terbesar di Malaysia. Iaitu memiliki sebanyak 82 kedai di seluruh negara.


TMT terus komited untuk menjadi peruncit IT terbaik di Malaysia. Sehubungan dengan itu TMT telah menjadi sebahagian teknologi yang diperlukan oleh pengguna/masyarakat untuk hari ini dan masa hadapan.Antaranya seperti:-

Di rumah :
Selain daripada kompuer riba dan komputer peribadi, TMT juga membekalkan produk internet (IoT) seperti WiFi CCTV, bantuan pintar dan sebagainya.

Di Tempat Kerja (Workplace) :
TMT menyediakan perisian dan perkakasan tanpa mengira tahap asas, pertengahan mahupun lanjutan untuk kegunaan pejabat. Ini termasuklah alat yang diperlukan oleh pakar samada pereka, pengaturcara, juruteknik dan lain-lain.

Kesihatan :
Alatan untuk mengesan kalori, kesan kadar denyutan jantung dan pelbagai aksesori berteknologi yang canggih.

Pendidikan : 
TMT juga ada menyediakan perisian dan perkakasan untuk pelajar yang memerlukannya untuk pendidikan tidak kira apa jenis kursus yang diambil. Dalam usaha membantu pendidikan Malaysia, TMT telah menyertai UniEnrol dengan menaja 300 pelajar yang tidak bernasib baik dengan teknologi yang diperlukan untuk mereka mendapatkan pendidikan yang lebih baik.

Perjalanan :
Ini terutama sokongan terknologi yang diperlukan sepanjanan perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Contoh terbaik adalah 'powerbank' alatan sokongan yang cukup universal dari TMT'.

Pelbagai jenama terkenal seperti Alienware, AOC, Aorus, Asus, BenQ, Cooler Master, Dell, CorsairHyper, Intel dan banyak lagi ditawarkan pada harga cukup berbaloi sepanjang Kempen "Game On" di Mid Valley.
Daripada komputer riba, sound speaker, earphone, headset, monitor, keyboard, mouse dan pelbagai lagi barangan komputer boleh didapati di sini.

Dan bersempena dengan kempen ini juga TMT juga menawarkan pembayaran secara ansuran dengan 0% faedah melalui platform e-dagang Shopee. Apa yang korang boleh lakukan dengan hanya imbas kod QR di produk yang diinginkan dan seterusnya membuat pembelian dalam platform Shopee.

Oh ya! Ada berita baik untuk semua. Dengan setiap pembelian RM500 ke atas di mana-mana outlet TMT bermula dari hari ini sehingga 18 April 2019. Korang layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi baucer dan produk bernilai sehingga RM40,000!

So, jangan lepaskan peluang ini tau :-)

Saya sebenarnya teruja melihat pada PREDATOR THRONOS yang berharga RM56,999 ini, hehehe. Serius gempak dan nampak best giler!

Model : P09-600
Processor : Intel Core i7-8700K
RAM : 16GB DDR4
HDD : 256GB M2 PCI-E SSD +2T SATA HDD
VGA " NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti 11GB of GDDRSX
OS : Windows 10 Home
Communication : 802.11 a/b/g/n Gigabit Ethernet Bluetooth 4.0

Predator Thronos, gambaran daripada belakang :-)

Acer menawarkan hanya 2 unit sahaja Predator Thronos di Malaysia. Dan saya sendiri sudah merasai kehebatan teknologi ini. Memang ohsem!!!

Perghhh!!!

Kalau nak dapatkan lebih terperinci mengenai TMT Game On boleh layari https://tmt.my/events/tmt-game-on-campaign/ . Untuk yang berminat nak dapatkan barangan komputer boleh juga layari di https://tmt.my/.

Comments

Syamimi Saad said…
Tmt eh.. erm.. mesti dah lama ada, tapi kita je yang tak tahu kan..
Banyak juga perkhidmatan yang mereka sediakan..
Seronok juga dapat join event mereka, dapat melihat secara depan depan..
Hunny Kitty said…
Smart giler tower casing dia. Lama dah tinggal dunia ni dulu masa muda² mmg inilah dunianya. Sejak lepas kawen tinggal terus
decamellia said…
Tak pernah dgr nama TMT. Baru hari ni dgr. Btw tq ya info 👍
Comel Azhar said…
orang yang suka games ni mmg akan suka lah TMT ni. saya macam biasa of course internet lah
Bella Jamal said…
Zaman belajatr memang pakai barang ThunderMatch. Ingat lagi speaker box ada LED warna biru. Menariklah boleh buat pembayaran secara ansuran dengan 0% faedah. Boleh godek2 ni beli barang IT nanti.
Julia Mahir said…
Skrg byk company dah start involve kan mainan video and e-sports ni dalam selling point or activity kan ikut peredaran zaman.
alamak BBL tak kenal sangat brand TMT ni tapi kalu tanya kaki gamers confirm tahu sangat. Boleh tahan harga set gamer ni..boleh cecah beriban riban tapi kalu dah minat duit bukan penghalang..
Canggih betul sekarang ni kan. Game jadi luar biasa. Aduii.. Mau tak keluar rumah ni. Kaki games memang wajib beli ni nampaknya
Emilinda said…
Macam2 game la sekarang ni. Dan game2 zaman sekarang dah diiktiraf dan menjadi perhatian semua orang. Emi tak main games. Tapi suka jugak la tengok member2 layan main games.
Zharif Azis said…
Banyak rupanya game2 kat malaysia yg tengah hngat. Saya ingat pubg je. Sy tak main game jadi sy tak tahu sangt hal2 nie. To adik sy hrdcore game2 mcm nie. Dia mesti suka kalau sy bagi tahu pasal hal nie.
Mimi Azirah said…
Wow tmt tawarkan pelbagai game. Yang kaki game memang suka. Dulu saya kaki gane juga tapi bila dah ada anak anak ni dah kurangkan main game. Saya sendiri tak tahu banyak jugak game yang hot sekarang ni. Tau game pubg dan mobile legend je. Rupanya banyak jugak ye.
Sunshine Kelly said…
Wow! now gaming is a big thing here and i notice many awesome gamers in Malaysia also.
Hanny Abdullah said…
Tak pernah tahu TMT ni, buat gamers sure tahu ni. Mayb anak tahulah kot, kalau dia tahu ni sure dia merengek kat sis ni, tapi buat masa skrg mmg tak bagi le dia main game sgt sb sibuk gan tuition dia..habis pt3 nanti bolehlah kot
Iza Ramli said…
Wahhh TMT buat event. Mesti banyak jugak disc dorang offer utk brg2 it kan? Iza suka beli barang dekat TMT. Mostly semua ada untuk brg pc. Harga dia pun competative. Selain lowyat pilihan kedai nak beli barang pc mesti TMT.
Mawardi Yunus said…
Wah mesti ramai gamers gamers datang kat sini kan. Pastu muka semua nerd nerd je. Haritu p pertandingan international PUBG. Memang boleh cam muka gamers2 habat ni. Haha
Jia Shin Lee said…
Wow bestnyer dapat try, confirm banyak orang dekat event tu, games can head over and start adding more accessories to their items.
tenku butang said…
fuh.. ni kalau hubby TB yang mai event ni dan tengok Predator Thronos, mau dia pun sibuk nak try sebab dia pun gamers gak.. hahaha.. gamers dalam sembunyi2 .. hahahaha
Precious Cla said…
Para games pasti suka dengan berita ni ! kalau saya memang jenis tak minat dengan games-games ni, takut addicted ! hahahaa
Kylie Cre8tone said…
So nice to hv so many great great games to explore... It's a great event for everyone, especially gamers...

Popular Posts