TODAY. TOMORROW. ALWAYS. Trilogi cinta seiring masa

Sememangnya tiada perasaan yang seagung rasa cinta. Dalam mencintai diri sendiri, mencintai insan lain dan menerima cinta. Rangkaian haruman romantik popular Avon, Today. Tomorrow. Always (TTA) sememangnya melambangkan cinta abadi, kepercayaan dan komitmen dalam kisah cinta antara dua jiwa.


Trilogi TTA merupakan karya pemenang anugerah Master Perfumer, Olivier Cresp. Setiap haruman TTA berkongsi satu nota tengah yang sama, iaitu bunga Neroli elegan. Terkenal di rantau Mediterranean sebagai simbol kesegaran, keluhuran dan kesucian, jambangan Neroli indah ini diolah bersama ramuan berkualiti tinggi dari Grasse, Perancis untuk meraikan setiap episod cinta TTA yang berkekalan.


HARI INI, TEMUI CINTA

Butterfly Blossom, Neroli, Cendana India

TTA Today melambangkan harapan dalam mencari cinta abadi dengan gabungan mewah dari bunga Neroli dan Butterfly Blossom, diulit aroma berkrim dari Cendana India.


PSST...USAH MENUNGGU HARI ESOK UNTUK MENIKMATI CINTA

Patchouli, Neroli, Ambar

TTA Tomorrow menghidupkan keasyikan saat bercinta dengan nota Patchouli yang meningkatkan intensiti aroma Neroli. Adunan Ambar hangat menambahkan rasa sensual pada haruman ini.


CINTA AKAN KEKAL SELAMANYA
Mawar, Neroli, Aprikot

TTA Always menampilkan gubahan berseri flora Mawar dan Neroli, dihiasi Aprikot segar yang memberi kehangatan dan keselesaan yang dirasai dalam hubungan cinta yang lama tersemai, serta menyelubungi si pemakai dengan kegembiraan dan kebahagiaan abadi.

Rangkaian Today. Tomorrow. Always Eau de Parfum 50ml akan berada di pasaran bermula Februari 2019. Dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau shop.avon.my. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866).

Comments

Popular Posts