Akademi Chefmanship melengkapkan wanita dengan kemahiran keusahawanan


Akademi Chefmanship yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) telah memperkenalkan  modul terbaru iaitu Ke Arah Kelestarian Hijau (‘Go Green) iaitu satu lagi inisiatif untuk memperkasakan keupayaan warga wanita dengan mengikuti trend terkini dalam industri perkhidmatan makanan.

Sejajar dengan pendekatan global Unilever iaitu Pelan Hidup Lestari dalam meningkatkan tabiat kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia, ‘Go Green’ ialah satu titik tumpuan utama dan akan dilancarkan pada Jun 2019 di mana akan diadakan kempen digital Tonton & Menang (‘Watch & Win’) di laman Facebook.

‘Go Green’ juga adalah salah satu lagi inisiatif penting oleh UFS Malaysia ialah memperkuatkan tahap keupayaan warga wanita dalam industry perkhidmatan makanan. Pihak-pihak yamg sama-sama terlibat dengan program inisiatif wanita ini termasuklah MBSA dan Persatuan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM). Dimana ianya adalah untuk menggalakkan kemahiran keusahawanan wanita di kalangan kumpulan isi rumah B40 dengan menyediakan latihan dan dana untuk potensi memulakan perniagaan mereka sendiri.

Berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia telah membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan. Dan makanan dibazirkan dengan pembuangan hampir 1.1 juta tan setahun.

Sejak Akademi Chefmanship dilancarkan pada tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi Akademi Chefmanship telah dianjurkan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program di Akademi Craftmasnhip juga dikendalikan kolaborasi secara bersama dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam Akademi Chefmanship.

UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya meningkatkan teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam untuk pengurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.

Ini akan meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam. Akademi Chefmanship telah menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.

Keterangan lanjut mengenai kempen boleh layari www.unileverfoodsolutions.com.my.

Akademi Chefmanship melengkapkan wanita dengan kemahiran keusahawanan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 13, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.