Chriszen Match Matte Serum Foundation | Bedak Asas Dengan Serum


Rasanya semua orang mahu kelihatan menarik dan berseri-seri. Apatah lagi pada masa yang lama kita bukan hanya boleh menjaga bahkan dapat mencantikkan lagi kulit wajah secara semulajadi. Jenama lokal Chriszen yang mula diperkenalkan pada Januari 2014 kini hadir memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Chriszen Match Matte Serum Foundation bagi memenuhi kehendak pengguna produk kecantikan wajah hari ini.

Chriszen Match Matte Serum Foundation diformulasi daripada 11 bahan terbaik seperti ekstrak bearberry, oat, red sea algae, liquorice root, vitamin B3, frangipani, trehalose, fucogel, aloe vera, madu Manuka dan ekstrak witch hazel. Nah! tidak hairanlah dengan 11 kebaikan asas dapat memberikan apa yang kulit wajah perlukan iaitu elak hidrasi, cerah, anti-oksida dan melindungi serta membebaskan kulit wajah daripada radikal dan juga anti-penuaan (meremajakan kulit).

Sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Chriszen Match Matte Serum Foundation menawarkan pelbagai pilihan ton warna masyarakat Asia.

Antara 5 ton warna yang ditawarkan adalah Natural Ivory, Light Beige, Nude Beige, Natural Beige dan Rich Honey. Memang cantik-cantik semua warnanya. Namun kita pilih perlulah sesuai dengan kulit wajah sebenarnya.

Disebabkan kulit wajah saya agak gelap. Jadi saya telah direkomenkan dengan 2 warna ini iaitu Rich Honey ataupun Natural Beige. Walaupun jika dilihat dari luaran mata kasar  nampak sama tetapi sebenarnya ianya sangat berbeza.

Sapuan Chriszen Match Matte Serum Foundation Rich Honey pada kulit menampakkan sangat semulajadi pada kulit saya.

Manakala Chriszen Match Matte Serum Foundation Naturel Beige nampak lebih sedikit cerah.

Jadi pada mulanya saya merasakan warna Rich Honey adalah paling tepat untuk saya.

Namun setelah dicuba seluruh muka didapati Natural Beige lagi menampakkan wajah saya lebih berseri dan cerah. Saya sendiri telah mencuba produk ini dan memang saya gembira dengan hasilnya. Paling penting sangat mudah untuk meratakan keseluruhan wajah (blend). Kulit juga terasa lembut selepas menggunakannya.

Tadaa!! Ok tak? Heheheh. Hanya sapu Chriszen Match Matte Serum Foundatio bersama lipstik, nah kita sudah bersiap untuk keluardaripada muka. Mudah dan tidak mengambil masa yang lama. So korang boleh dapatkan produk Chriszen Match Matte Serum Foundation di kaunter-kaunter produk kecantikan GUARDIAN di seluruh Malaysia. Harganya adalah RM56.90 (Semenanjung) dan RM65.90 (Sabah dan Sarawak).

Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-
www.chriszen.com
www.facebook.com/chriszenofficial
www.instagram.com/chriszen_official

  Jom cantik bersama Chriszen Match Matte Serum Foundation!!!

Comments

Wow menarik, harga pun mampu milik .. 2 in 1 lagi tu

Popular Posts