EMHub | hab e-dagang pertama di Malaysia

Projek EMHub yang terletak di Selangor Science Park 1 Kota Damansara Selangor telah dibangunkan oleh SCland Developement Sdn Bhd sebuah anak syarikat di bawah Alcom Group Berhad.
Projek bernilai RM600 juta berkeluasan 9.4 ekar dengan 6 tingkat hub perdagangan dijangkakan akan siap pada tahun 2022. Apa yag menarik rekaan inovatif EMHub yang cukup versatil menggabungkan pejabat duplex, bilik pameran duplex dan gudang duplex sesuai untuk pelbagai jenis bisnes yang dijalankan. Ianya terdiri daripada dua blok, Hub 1 dan Hub 2 dengan 247 unit runcit dan pejabat yang akan dibuka untuk jualan. Keluasan setiap unit adalah antara 2,196 kaki persegi dan 4,014 kaki persegi bergantung kepada aras unit tersebut.

 
Dan Projek EMhub telah menerima Sijil Hab E-Dagang Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC). Dan sekaligus menjadikan EMHub sebagai yang menawarkan pusat penyelesaian sehenti yang dilengkapi kemudahan kepada penjual untuk memiliki gudang, bilik pameran dan pejabat di bawah satu bumbung sambil mengendalikan perniagaan mereka secara dalam talian.

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari berkata pengiktirafan yang telah diberikan merupakan langkah penting dalam usaha negeri Selangor ke arah segmen Runcit Baharu dengan Dalam dan Luar Talian (O2O) dan perniagaan Gabungan Dalam dan Luar Talian (OMO) yang semakin hari semakin berkembang.

Selain menyediakan kemudahan infrastruktur dan keupayaan e-penunaian, pihak SITEC turut memberi kemudahan ekosistem ekonomi digital termasuk gerbang pembayaran, perkhidmatan logistik atau pasaran dalam talian serta kapasiti pembangunan tenaga kerja seperti kelas e-dagang, program pemecut (perniagaan), ruang kerja dan pelbagai lagi,

Dengan pembinaan EMHub juga membolehkan perniagaan tradisional terlibat dalam ekosistem perdagangan e-dagang dan mampu merentas sempadan. Selain iti pihak SITEC akan memberi sokongan dan bimbingan yang sewajarnya.

Pengerusi Alcom Group Bhd Datuk Seri Subahan Kamal menyatakan bahawa EMHub merupakan ruang terbaik untuk syarikat kecil niaga atau bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berminat untuk menyebarkan perniagaan mereka kepada e-dagang. Apatah lagi EMHub menyediakan segala kemudahan e-dagang contohnya sokongan jalur lebar optik berkelajuan tinggi, memastikan keselamatan sepanjang masa, bekalan tenaga yang stabil dan banyak lagi.

Pengarah Urusan SCland Datuk Tony Lim turut berkongsi mengenai EMHub, menurut Datuk Tony selain bilik mesyuarat pelbagai saiz dan dewan pelbagai fungsi di ruang atas bangunan, EMHub juga ada menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi dan gaya hidup seperti taman, bilik permainan, gimnasium di ruang atas selain gelanggang bola keranjang untuk penyewa untuk berehat dan bersantai.


Dengan terbinanya EMHub ini sekaligus menjadikan Selangor sebagai hab perdagangan global bandar  pintar. Dan tidak dinafikan EMHub ini juga dapat menggalakkan lebih banyak peluang dan kemajuan ekosistem ekonomi digital yang lebih kondusif.

Tak sabar menantikan pembukaan EMHub pada tahun 2022 nanti!
EMHub | hab e-dagang pertama di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 24, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.