HBO Asia Berkolaborasi Bersama The Coffee Bean And Leaf Bersempena Dengan Musim Terakhir Game of Thrones

Peminat siri GAME OF THRONES pasti teruja apabila buat pertama kalinya, HBO Asia bekerjasama dengan The Coffee Bean and Tea Leaf® memperkenalkan Espresso Cream Latte secara eksklusifnya, diinspirasikan dari siri GAME OF THRONES itu sendiri. Apa yang menarik ianya menampilkan seni rekaan latte Viserion.

Bagi meraikan musim kelapan dan terakhir siri TV hit ini,  sebanyak 1600 kopi latte  bertemakan GAME OF THRONES akan diberikan secara  PERCUMA* di The Coffee Bean and Tea Leaf®, Mid Valley Megamall (Unit G-047, East Atrium, Tingkat Concourse) selama lapan (8) hari sepanjang bulan April 2019. Antara tarikh penebusan percuma kopi latte adalah seperti berikut:-

 13- 15 April 2019
 19 - 21 April 2019 
 27 April 2019
 28 April 2019

Turut ditawarkan adalah premium edisi terhad GAME OF THRONES juga tau!
Untuk menebusnya, korang boleh semak/lihat posting yang dimuatnaik secara mingguan di laman Instagram The Coffee Bean and Tea Leaf Malaysia di @coffeebeanmy.


Korang pasti teruja apabila dapat menyaksikan sendiri perhiasan GAME OF THRONES dan melihat karya seni khas dari siri tersebut di cawangan The Coffee Bean and Tea Leaf® di Mid Valley sepanjang kempen ini berlangsung bermula dari 11 sehingga 30 April 2019.

Selain daripada itu, korang juga boleh bergambar secara paling kreatif bersama seni latte naga Viserion dan/atau pengalaman GAME OF THRONES di cawagan The Coffee Bean & Tea Leaf®, Mid Valley. Seterusnya kongsikan di laman sosial instagram dan korang berpeluang untuk memenangi premium eksklusif GAME OF THRONES dan hadiah menarik dari The Coffee Bean & Tea Leaf®**. Untuk maklumat lanjut, sila layari Instagram The Coffee Bean and Tea Leaf® yerppp.



Musim kelapan dan terakhir GAME OF THRONES akan mula ditayangkan di Asia pada masa yang sama dengan tayangan di U.S iaitu pada hari Isnin, 15 April pukul 9 pagi, dengan siaran ulangan pada hari yang sama, pukul 10 malam, secara eksklusif di HBO (Saluran Astro 411 / 431). Siri ini juga turut ditayangkan di HBO On Demand. Manakala untuk episod baru akan ditayangkan setiap hari Isnin waktu yang sama.


Diadaptasi dari siri buku popular “A Song of Ice and Fire,” oleh George R.R. Martin, siri fantasi yang pernah memenangi anugerah Emmy® ini berlatarkan pejuangan dan keperitan epik merebut kuasa dalam kerajaan yang besar dan ganas. Barisan pelakon dari musim ketujuh membuat kemunculan termasuk pemenang Emmy® dan Golden Globe, Peter Dinklage, Nikolaj Coster-Waldau, Lena Headey, Emilia Clarke, Aidan Gillen, Kit Harington, Sophie Turner dan Maisie Williams.

* 200 cawan akan diberikan setiap hari, tersedia untuk siapa yang hadir dahulu, sementara stok masih ada.
** Penyertaan peraduan foto wajib meletakan hashtags 
#HBOAsia 
#ForTheThrone 
#GameOfThronesxCBTL

So korang jangan lupa untuk tonton GAME THRONES di HBO setiap Isnin, 9 pagi dan 10 malam, hokeh!!

Comments

el said…
cite GAME OF THRONES selalulah nampak dalam tv tu..x tau sgt jalan cite dia mcm mn..tp nmpk mcm best..siap ada kolaborasi dengan hbo dan coffee bean lagi..wow deko kat atas krim tu mmg superbb..perhiasan semua mmg rare
AlongMurni said…
Wah!! Peminat GOT confirm join nie.. Dah la dpt minuman free, leh plak ootd dgn background GOT.. Mesti meriah nanti.. Save the Date dulu..
Chris_Sella said…
wow, mesti pergi ni. nasib baik dekat Mid Valley jee. Nak juga merasa minum Tea Leaf yang diinspirasikan dari siri GAME OF THRONES.
Rawlins GLAM said…
Percaya tak bahawa Rawlins langsung tak pernah tengok GOT nie? Rasa macam ketinggalan sangat. Tapi insyaAllah lepas nie nak start menonton la.
khai artzfar said…
wah dekat dengan ofis ni! boleh la redeem. to be honest kite pun tak penah tengok GOT. dorang cakap best? nanti nak try lah tengok hahaah
Julia Mahir said…
Perrgh menggila lah peminat-peminat GOT macam ni. Walaupun kita tak layan GOT tapi tau jugak la psl GOT ni sbb viral sana sini kan
Tengkubutang said…
Woww.. Espresso Cream Latte tu diinspirasi secara eksklusifnya, dari siri GAME OF THRONES .. amboih.. pandai diorang wat marketing yea.. TB tak pernah dengar tentang Game Of Thrones tu.. baru tadi google baru tahu apa dia.. hahah
Izaramli said…
Iza tak pernah tengok game of thrones ni tapi ramai cakap best. Tengok theme dia dah macam harry potter dah. Tapi sumpah cantik giler design cafe dia buat macam ni. Harry potter punya theme dorang tak nak buat ke untu fans harry potter pulak. Hahha
xulhlmi said…
NICEEE, ZUL SUKA SANGAT COFFEE BEAN, rasa yang sebati antara kopi dan creamer, better than others coffe restaurant, zul tak tahu GOT so I can't relate with it. Huhuhu, btw nanti nak singgah midvalley nak try coffee inspirasi GOT ni
Cik Puan Ena said…
sape peminat GOT ni confirm laju2 nak join. taknak lepaskan peluang dapat free coffee latte tu. tempat ena takde.huwaaaa mampu tengok jela..
MaisarahSidi said…
Peminat GOT mesti serbu ni. Jangan sampai terlepas peluang menarik ni. Boleh tebusedap juga kopi latte percuma jugak tu.. best ni

www.maisarahsidi.com
Nina Mirza said…
Kita suka sangat Coffee Bean! Tapi belum pernah tengok GAME OF THRONES. Ramai kata best! Kena gak laaaa usha sebab Espresso Cream Latte! Terbalik lak kita kannn?? HAhaaa...
Mimie said…
Tak pernah te gok cerita GOT ni. Yang best dapat Coffee Bean yang awesome tu tapi saya tak minum coffee.. hehehe... Saya ada di invite untuk join contest yang dianjurkan. Tapi disebabkan mid valley jauh tak lah join sebab kena amik coffee kat sana kan
iffah208 said…
Jarang minum dekat Coffe Bean, tapi lepas tengok entri ni terus rasa nak pergi... Bolehlah tengok Game Of Thrones sekali
Zharif Azis said…
Saya nie xde lah mengikuti cerita Game Of Throne nie tp populariti dia mmg hebat. Ramai yg suka. Bahkan buku GOt selalu laris dijual. Kalau nak tengok GOT nie kena khatam fulu yg lama2. Kalau tak, tak faham
Emi said…
Emi tak layan pun game of tbrones. Heheh. Tapi kawan2 emi ramai jugak yang layan GOT ni. Emi sebab tak layan dari awal, so malas dah la nak start tengok.
Syiera Firdaus said…
Alaaa.. ini bukan takat fan Game of Throne yang tergoda. Syira pun tergoda tengok menu Coffee Bean ni. Sebab syira peminat kopi. Hehhehehe tapi syira tak layan GOT. Mungkin boleh layan lepas ni
Jia Shin Lee said…
I feel so left out with the Game of Thrones hype going on because I've not even watch an episode of it, hope the fans enjoy themselves at Coffee Bean.
mrsliez said…
Tak minat sgt cite throne ni tapi anak2 suka simpan koleksi toysnya.. liez suka jugak tapi nak tengok movie mmg tak.. dasyat nya sbb ada kerjadam dgn coffee bean tu.. comel je tgk design atas coffee tu
CXopportunities said…
Cx tak tahu pasal game of throne ni hahha. Tapi memang menariklah dengan tawaran coffe e GOT secara percuma dan hiasan GOT ats coffee itu sendiri sangat mengujakan. Untunglah siapa yg dkt, blh dpt free coffee. Cx jauh. Mampu tengok jela org update dkt socmed. Huuhu
my fav drama series. Tonton Game of Thrones Seasons 8 sambil minum CBTL. Best gilerrr
Sunshine Kelly said…
Wow I m going to Mid Valley this week so might able to redeem my latte, can't wait.

Popular Posts