Promosi Hebat Bersempena Bulan Ramadhan di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur


Bulan ramadhan makin hampir dan saya percaya ramai antara kita yang sibuk menguruskan keperluan untuk berpuasa seterusnya Hari Raya. Saya seperti ibu dan wanita yang lain juga, begitu teruja menantikan bulan ramadhan, bulan yang kita berlumba-lumba mengutip pahala. Dsn pada bulan inilah saya akan bangun lebih awal dari biasa iaitu seawal 4 pagi untuk menyediakan juadah bersahur, seterusnya pada waktu petang juadah berbuka.

Orang kata, tidak meriah rasanya kalau tidak berbaju cantik dan baru di pagi raya. Kalau ada duit lebih juga bolehlah menambah apa yang patut barangan rumah. agar tampil lebih ceria. Al-maklumlah lepas raya pasti ramai yang akan datang ziarah ke rumah kita. Tapi, belanja kenalah berpada-pada. Mengikut bajet yang ada.

Dan bercakap tentang bajet berbelanja, memang Lulu Hypermarket sentiasa menjadi pilihan saya dan keluarga. Korang pun perasan kan, saya memang suka berbelanja di Lulu, hehehe.

Istimewanya untuk ramadhan tahun ini, Lulu Hypermarket Kuala Lumpur telah mengadakan 4 promosi yang sangat menarik. Antaranya ialah:-

1. Jualan Ramadan (1 May – 10 June 2019)
2. Bazar Raya (sehngga 21 May 2019)
3. Peraduan Dream Drive (1 May – 1 September 2019)
4. Promosi Mingguan (hujung minggu)

So korang, jangan lepaskan peluang untuk datang berbelanja di sini tau!

1. Jualan Ramadan(1 May – 10 June 2019) 

Tawaran potongan sehingga 70 untuk produk fesyen, kasut, beg tangan, elektronik/IT, telefon bimbit, barangan rumah, barangan hiasan, permainan kanak-kanak dan bagasi. Banyak pilihan barangan sebenarnya. Memang rambang mata nak memilih. 

Seperti biasa memang saya rekomen mereka yang mencari kain saree. Di Lulu bukan hanya ada banyak pilihan kain saree pelbagai corak dan rekaan. Hargaya sebenarnya juga sangat berpatutan.

Begitu juga dengan pilihan baju kurung. Samada tradisi mahupun moden dengan pelbagai warna dan rekaan menarik memberi kita banyak pilihan.

Di musim bulan ramadhan buah kurma (dates) antara yang menjadi tarikan. Menariknya kurma di Lulu Hypermarket diimport dari pelbagai negara. Antara kurma yang ditawarkan di Lulu seperti Ajwa, Kudhri, Mejdoul dan pelbagai jenama kurma premium yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Malaysia.


Selain itu, ayam panggang di Lulu Hypermarket jug asangat enak tau! Paling penting harganya murah. Memang jimat banyak kalau kita beli sebagai juadah berbuka puasa.


Oh ya! Saya juga sempat memborong perkakasan membuat biskut dan kek di sini. Dari jenis tembaga sehinggalah yang plastik. Semuanya ada di jual di sini. 

2. Bazar Raya (until 21 May 2019) 

Bazaar Raya Lulu Hypermarket terletak di Aras 2 di Bahagian Promosi yang mana kita boleh dapatkan semua keperluan barangan raya di sini. Terdapat pelbagai barangan berjenama kelengkapan rumah, produk elektrik, bagasi dan kasut dijual harga promosi. Jadi kalau korang mencari peralatan elektrik jenama  Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan sebagainya, ahah jangan lupa datang ke Aras 2 Lulu Hypermarket.






Saya memang tengah mencari pengandun kek. Jumpa di sini terus rembat satu!

3. Dream Drive Contest (1 May – 1 September 2019) 


Setelah kejayaan penganjuran Peraduan “Shop & Win” pada tahun lepas. Untuk tahun ini Lulu Hypermarket sekali lagi menganjurkan peraduan yang sama. Ini adalah bagi menghargai kepada pelanggan-pelanggan seetianya yang datang berbelanja di sini. Apa yang menarik untuk tahun ini, hadiahnya lebih hebat daripada tahun lepas. Sebanyak 2 biji kereta Proton X70 sebagai hadiah utama. Terdapat juga hadiah lain yang tidak kurang juga hebatnya seperti Apple iPhone 7+, UHD LED TV dan voucher Lulu. 

Caranya mudah sahaja:-
a. Belanja minimum RM75 didalam satu resit Lulu Hypermarket & Department Store (resit mestilah diantara tarikh promosi sedang berlangsung)
b. Dapatkan kupon cabutan bertuah.
c. Isikan maklumat diri di kupon tersebut.
d. Masukkan didalam kotak yang disediakan.

Terdapat 2 sesi cabutan. Iaitu pada 5 Juali 2019 dan 6 September 2019.Keterangan lanjut boleh rujuk kepada FB LULU HYPERMARKET KUALA LUMPUR ya!

4. Promosi Hujung Minggu (di waktu hujung minggu sahaja) 

Yeszaaa!!!! Khas untuk tarikh 26 sehingga 28 April 2019, untuk produk (terpilih) fesyen, kasut, beg  wanita, saree dan churidar akan diberikan poongan rata sebanyak 40%. Memang meriah untuk 3 hari ini di bahagian fesyen.



Alang-alang mencari baju santai untuk dipakai sewaktu kunjungi saudara-mara bolehlah membeli ketika promosi potongan 40% ini.

Saya juga mencari bahan-bahan stok makanan untuk berbuka dan bersahur. Sebab saya suka dengan 'kesegaran' barangan makanan yang ditawarkan, jadi haruslah saya memborong terutama makanan yang memang mudah disediakan dan menjadi feveret keluarga saya.




Banyak sebenarnya stok makanan yang dibeli. Hehehe. Tapi apa yang penting memang saya puas hati. Barangan berkualiti dijual pada harga yang menarik dan terbaik. Ini adalah bersempena dengan promosi ramadhan di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur!

Comments

Jueliza Jamani said…
Tempat shopping best bagi mak mak ni.. wajib la kena shopping sebab nak menang proton x70 tuuu fuhhh bestttt

Popular Posts