Sakan Berbelanja Untuk Raya di Acara Tapau Sab di Jalan Jalan Japan USJ

Saya memang peminat barangan dari Jepun. Terutama koleksi pakaian, barangan rumah dan permainan. Bagi saya koleksi barangan dari Jepun walaupun ianya adalah item 'secondhand' tetap cantik dan menarik. Paling best kebanyakan barangan yang dijual di kedai Jalan Jalan Japan agak murah serta berbaloi. Dan saya memang merancang untuk mendapatkan beberapa pakaian untuk melaram keluar berjalan sambil ziarah saudara serta rakan taulan.


Paling saya nantikan adalah acara Tapau Sab yang diadakan setiap hari Sabtu pada minggu terakhir setiap bulan. Di mana pelanggan boleh memilih baju mereka minati dari tempat longgokan pakaian yang disediakan. Untuk satu plastik besar adalah RM5 manakala 3 plastik dijual pada harga RM10 sahaja. Memang berbaloi bukan!!

Tapi kalau nak dapat pilihan yang lebih banyak dan cantik-cantik, sangat disarankan untuk datang seawal pagi. Ini kerana tidak perlu berebut-rebut untuk dapatkan pakaian yang kita gemari dan berkenan. 
Untuk acara Tapau Sab kali ini hanya pakaian untuk wanita dan kanak-kanak sahaja ditawarkan. Memang banyak sangat pilihan sampai rambang mata nak buat pilihan.

Terutama koleksi dari pakaian kanak-kanak semuanya comel-comel. Mana tidaknya pakaian anak-anak orang Jepun semuanya agak stylo, hehehe.

Saya berada di sini untuk pilih baju-baju sahaja mengambil masa dekat 1 jam. Kena pandai pilih sebab nak betul-betul masukkan didalam plastik yang disediakan.

Comelkan pakaian ni, hikhik.

Sampai kepit-kepit muka mak melipa baju. Sukalah sebab dapat pilih baju yang berkena di hati, hehehehe.


Lepas dah pilih, kita susun kemas-kemas sehingga muat satu plastik.

Pastikan muatan penuh satu plastik dapat ditutp dengan kemas tanpa terkoyak.

Plastik yang telah siap diletakkan plaster, bolehlah dibawa ke kaunter untuk tujuan pembayaran.

Tapi macam saya memang nak cari barangan lain untuk ahli keluarga jadinya saya pusing-pusing dulu untuk melihat semua barangan yang ada ditawarkan di Jalan Jalan Japan.

Macam-macam barangan ada dan setiap minggu ada sahaja barangan baru yang dibawa masuk.






Port ni paling best! Sebab semua barangan kat bahagian dijual pada harga RM1.

So saya dapat dalam 18 pasang semuanya setelah sakan memilih di acara Tapau Sab. Semuanya baju yang saya pilih untuk anak dan saya yang boleh dijadikan pakaian basahan mahupun untuk keluar berjalan-jalan sempena Hari Raya nanti.

Antara pakaian yang saya sempat pilih dan beli di kedai Jalan Jalan Japan adalah seperti:-

T-shirt yang sangat selesa. Saya sangat sukakan warnanya iaitu biru lembut.

Material fabrik dia pun selesa dan best bila kita pakai buat berjalan. Biarpun berjalan satu hari tau!

T-shirt saya suka sebab ada corak manik di bahagian hadapan. Agak labuh juga jadi sesuai untuk saya yang berpenampilan sebagai seorang muslimah.

Cantikkan labuci, hehehehe. Lip-lap baju yang saya pilih.

Rekaan pakaian ini agak klasik dan nampak 'old-school'. Sesuai dipadankan dengan skirt labuh ataupun seluar panjang.

Fabrik agak tebal, seperti baju sejuk. Tetapi ianya tetap selesa dipakai.

Ini pula baju dan skirt yang saya pilih untuk Amani. Cukup padan dengan susuk tubuh Amani. Saya cukup suka dengan corak belang-belang baju ini.

Pakaian kasual boleh dipakai ketika keluar berjalan-jalan sepanjang cuti raya. 

Fabrik memang best! Sejuk dan selesa bila memakainya. Sesuai dipakai ketika musim panas tau!

Comelkan baju ini bila dipakai oleh Amani.

Fabrik sangat lembut dan saya cukup suka dengan warnanya. Warna hijau yang agak 'rare' untuk koleksi pakaian kanak-kanak.

Sebenarnya ada banyak lagi pakaian yang sempat saya kaut di acara Tapau Sab Jalan Jalan Japan. Dan semuanya menarik cumanya ada yang agak seksi sedikit (hehehe) yang saya akan pakai ketika berada didalam rumah sahaja :-)

So korang yang suka baju preloved, bolehlah datang ke Tapau Sab event ni setiap hari Sabtu pada akhir bulan. Memang berbaloi, bila dapat borang berplastik2 baju pada harga RM10 sahaja,

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kedai Jalan Jalan Japan bolehlah layari:-

Website : https://www.jalanjalanjapan.com.my/
Facebook : https://ms-my.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/

Kedai Jalan Jalan Japan ni ada banyak cawangan tau so korang bolehlah terjah yang mana berdekatan ya!

Comments

Ezna said…
Perghhh you dah jadi macam orang Jepun dah you. Berbaloi sangat dengan harga tu you. Dah dapat basuh balik la lepas tu. Material pun nampak bagus dan tahan lama. Kalau I mau lelama kat situ sebab nak pilih yang betul-betul.
Julia Mahir said…
Ingat kan baju je ada. Skali mainan pun ada. Ni kalau pi mau pening anak mintak macam2 ni. hahaha. Tapi tang tapau tu mmg berbaloi2 laaa
Zharif Azis said…
ya Allah, nie kalau saya yg pergi nie, mahu berjam-jam habiskan masak dok membelek2 baju. banyak betul barang2 yang dijual di siniya. murah2 pulak tu. patutlah ramai yg recommend datang shopping sini. banyak benda cantik rupanya
Aerill Hassan said…
macam best je! mcm barang dijual ya? tengok harga macam murah gila. kalua saya pergi mesti banyak brang yg dibelinya. kalau bawak family ni tak muat bonet kereta rasanya.
Rawlins GLAM said…
Rawlins tak sampai-sampai lagi nak melawat ke sini. Teringin gak nak mmemborong semacam uols, and terfikir nak borong untuk anak-anak saudara Rawlins sekali.
precious cla said…
Betul ke tu harga murah2 kaw ! kalau murah dan barang cantik-cantik confirm 1 jam pun tak cukup kan..hahaha
Syiera Firdaus said…
Alamak murahnya. Kalau syira tak tau berapa lama nak stay dalam tu hahaha jenuh la nak memilih.
dah lama tak datang kedai jalan-jalan japan ni. kalu datang weekend confirm penuh dengan customer. macam banyak je barang sekarang..stok baru masuk eh. kena pergi ushar sendiri nanti
xulhlmi said…
syurganya kalau dapat sampai sini, mesti borong sakan macam awak. jangan lupa basuh sebelum pakai.
Emi said…
Emi dari haritu lagi duk plan nak pergi ke Jalan Jalan Japan ni. Tapi tak pergi2. Teringin la..tengok ramai duk share pasal ni.
Mimie said…
Jalan Jalan Japan memang banyak barang murah murah. Kalau saya shopping memang tak ingat dunia. Memang murah kan. Banyak pilihan yang ada. Baju, pinggan dan macam macam ada.
Mahamahu said…
Ala kita nak juga pakaian murah ni heheheh tapi tu lah kita tak tahu ada saiz ker untuk kita yang besar-besar ni hehehehe ni lebih kurang kedai bundle lah kan tapi dari jenama Jepunkan...
Nadia Johari said…
Mwmang bebraloi pergi masa Tapau Sab.. Nad pernah pergi.. Memg kne dtg awla la nak cari baju cantik.. Baju hijau akk cantik.. Suka p jalan jalan japan.. Murah sangat brg dia..
Lia Hasty said…
Kenapalah kat Penang tak ada jalan2 japan ni. Kalau ada memang lia borong habis. Memang nak kena gi kl juga kan ni. geram tengok ramai update shopping kat sana dengan hrga murah.
Syamimi Saad said…
Kalau la kat mersing ni ada, syok nya.
Memang sakan la memborong..
Boleh belikan untuk anak anak, anak sedara ke.
Rugi tak borong kan. Dah la harganya murah.
Cik Min said…
Kalo ke jalan-jalan japan ni memang rasa semua benda pun nak beli. Tp yg paling best dapat barang banyak tp duit tak luak hahaha sebab murah
Mawardi Yunus said…
dulu selalu shopping kat sini. nak nak bila nak cari baju sejuk untuk travel. last pergi banyak barang xde, mcmam kurang stok. lpas tu terus x p dah huhu
Murni Alysa said…
Alahai elok2 laa baju dia..harga memang murah giler laa..kalau dekat2 memang murni dah pi selalu ni..jadi laa baju utk basahan
Sunshine Kelly said…
Memang best shopping kat JJJ, sometimes i also terjebak. Well wallet tak sakit pun and hati syoik lepas shopping kat sana kan.

Popular Posts