TOP TurboClean “Cabaran Sepantas Turbo”


TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia memperkenalkan TOP Turbo Clean pada tahun 2018, dengan tujuan membuktikan bahawa cucian penuh kuasa boleh didatangkan dalam pakej  yang lebih kompak. Menerusi pengenalan kepada produk baru, satu peraduan telah dianjurkan inspirasi daripada TOP TurboClean. Ianya adalah berasaskan revolusi pengalaman dobi dengan membuktikan bahawa pembersihan berkuasa boleh datang dalam pakej padat seperti TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent yang memberikan 5X kuasa cucian dengan enzim turbo yang bertindak pantas untuk mengeluarkan kotoran lebih cepat menerusi satu penutup kecil sahaja.


33 finalis dikehendaki mencari barangan yang disembunyikan di setiap lorong membeli belah. Biarpun nampak mudah tetapi agak sukar juga kerana setiap peserta perlu mencari dengan bersungguh-sungguh sehingga memperolehi 5 barangan seperti yang dikehendaki.

Finalis diberikan masa selama 3 minit untuk menyelesaikan tugasan mereka, dan pemenang akan dipilih berdasarkan kepantasan dan ketepatan menyelesaikan tugasan.

Senarai Pemenang ‘TOP TurboClean Cabaran Sepantas Turbo’

Tempat Pertama : Ahmad Shah Bin Muhd Faiz Produk isi rumah bernilai RM15,000
Saya sangat gembira dan berpuas hati sebagai pengguna TOP. Botol yang sangat kompak dan formula ultra-pekat detergen ini mampu memberikan hasil yang efektif pada cucian. Selepas memenangi pertandingan ini, saya akan terus mengesyorkan TOP kepada semua!

Tempat Kedua:  Lim Meng Fong Produk isi rumah bernilai RM8,000
Pertandingan ini sangat mencabar apabila saya harus mencari barangan yang disembuyikan, tetapi saya gembira dapat menyelesaikan tugasan tersebut. Melalui pertandingan ini, saya mengetahui mengenai dos kecil, kerana selama ini saya sangka dos yang banyak dapat membersihkan
pakaian. TOP TurboClean membersih dengan cepat serta bersih.



Tempat Ketiga: Duratul Aini Masduki Produk isi rumah bernilai RM 5,000

Ia sangatlah mencabar untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan, lebih lagi apabila semua finalis merebut hadiah yang sama. Saya berterima kasih kepada TOP untuk menganjurkan acara ini kerana saya memang ingin menukar alatan rumah yang lama, dengan hadiah yang telah dimenangi, kami boleh membelinya! Terima kasih TOP!

30 Hadiah Saguhati – Semua pemenang saguhati menerima voucher membeli belah GIANT bernilai RM500. Bestkan!!!

Rekabentuk TOP TurboClean yang kompak nyata sepadan dengan formula ultra-pekat yang ada di dalamnya. TOP telah menghasilkan Enzim Turbo yang bertindak pantas dengan 5X kuasa pembersihan bagi menghilangkan kotoran tersembunyi, terutamanya sebum dengan cepat dan efektif. Jadi, pakaian penuh yang dibasuh dengan mode basuhan Quick Wash atau Speed Cycle dapat dibersihkan secara lebih berkesan, sama seperti pakaian yang dibasuh menggunakan pencuci konvensional pada kitaran cucian penuh.
Teknologi detergen inovatif ini membolehkan formula 5 kali lebih berkesan berbanding pencuci pakaian biasa yang menawarkan nilai kepada pengguna dalam bentuk kemudahan yang lebih baik dan menjimatkan.
Boleh didapati dalam dua varian, kita boleh pilih samada wangian segar Power Fresh atau bau floral Power Bloom yang sensasi, boleh didapati di seluruh negara dalam botol kompak 900gm pada harga RM20.15 sebotol. Manakala pek isian semula berharga RM16.45 bagi setiap pek.

Untuk megetahui dengan lebih lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau telefon
1800-88-0133.

Comments

Popular Posts