KITAORANG JOIN PHOTOSHOOT KELUARGA AMAL RAYA TAHUN KE-3 BERSAMA CVS PRODUCTION!

Tinggal beberapa hari lagi untuk kita menyambut Hari Raya. Pastinya persediaan untuk menyambutnya sudah dimulakan dek keterujaan setelah berpuasa hampir sebulan. Selain daripada biskut raya, pakaian baru juga antara menjadi agenda utama dalam menghidupkan suasana kegembiraan di pagi raya. Dan untuk sesetengah keluarga ada juga yang membuat photoshoot pra-raya seperti saya untuk dibuat kenang-kenangan di masa hadapan. AHEM! Sebenarnya saya berkeinginan untuk menghasilkan kad digital raya untuk diberikan kepada keluarga dan sahabat handai. Hiks

Haruslah saya mencari produksi photoshhot terbaik dan berbaloi. Dan saya telah memilih CVS Production yang memang cukup terkenal dalam penghasilan bidikan gambar terbaik. Kebetulan tahun 2019 CVS Production ada menganjurkan Photoshoot Amal Raya (untuk tahun ke-3).

Yang menariknya, nak dekat tarikh photoshoot baru gegeh cari baju raya, hahahahaha. Semangat tak! Pemilihan warna tema tahun ini pun last minit! Kehkeh. So memang ada baju antara ahli keluarga yang terlari sedikit tapi tetap kekal sebagai #teamshadesofblue

Saya kongsikan ya! Beberapa gambar without edit fresh dari kamera photog CVS Production. Memang semua cantek! TQ to Ghafur and team. Dan juga big bos Feeq and her lovely wife Aten atas peluang ini.



Banyak lagi gambar yang saya suka. Ke semuanya lah!!! Setiap gambar mempunyai penceritaan sendiri. Bukan senang juga nak amik mood bergambar terutama si anak kecil, hehehe. 

Oh ya korang! Suka saya nak kongsikan. Pada harga serendah RM49 korang boleh request untuk photoshoot sekeluarga. Dan 10% hasil yang dibayar itu pihak CVS Production akan sumbangkan kepada Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Raudah Belakong Selangor. Bestkan! Kiranya kita berkongsi kegembiraan dengan membayar servis photoshoot dan pada yang sama kita turut menyertai program amal yang dianjurkan.


Antara pakej yang ditawarkan seperti berikut:-

RM49
- 10-20 min white studio
- 10 edited pictures + Max 4 person
- Soft copies (15 photos)


RM69
- 20-30 min white studio
- 15 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (25 photos)

RM200
- 40-60 min white studio
- 25 edited pictures + Max 20 orang
- Soft copies (25 photos)

Tambahan :
- Tambahan gambar (semua gambar) : RM50
- Poster frame : 16"x24" : RM100 / 10"x15" : RM60
- Tambahan orang : RM20/seorang . (Bayi yang tak boleh berjalan adalah percuma)

Psst: PERCUMA E-CARD RAYA (KAD UCAPAN RAYA DIGITAL) JIKA PHOTOSHOOT DI STUDIO BALAKONG

  WHATSAPP / SMS SEKARANG! 0166664034 - faiti!!! Cepat booking. Nanti tak dapat slot, ahaks.

*Location Studio Cheras Balakong (NOT CHERAS KL)
B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor.

Waze
C180 Cheras Selatan / CVS Production. (Above Dr Voon Clinic & One Print Ads)

Jom korang!
Bergambar sakan :-)
Buat kenangan...2019

Comments

mummy_ayu said…
seronok nya berphotoshoot. kami last year photoshoot pagi raya, memang meriah sbb semua ada.
mummy ayu - seronok bila semua ada..lebih meriah kan hehehe

Popular Posts