Produk Skip Hop Fox Untuk My Yara

Anak bertuah ini memang teruja kalau dihadiahkan dengan barangan yang comel-comel. Yara biarpun usia baru 2 tahun tetapi beliau merupakan seorang anak perempuan yang sangat teratur dan gemar mengumpul koleksi barangan kegemarannya sendiri.

Memahami dengan sikapnya yang manja dan suka menjaga barangan sendiri. Saya telah menghadiahkan Yara set produk kanak-kanak SKIP HOP yang sangat cantik. Ada banyak pilihan karektor dalam siri Zoo SKIP HOP, tetapi untuk Yara saya telah memilik karektor FOX  (Siri Zoo). Antara sebabnya siri FOX ini didatangkan dalam warna merah yang terang. Dan warna seperti merah dan pink merupakan warna kegemaran Yara si manja saya itu :-)

Antara produk FOX dari Siri Zoo SKIP HOP yang saya telah pilihan untuk Yara adalah:-
1. Beg Galas
2. Beg Lunchies (Beg Bekal)
3. Set pinggan/mangkuk melanin
4. Set sudu dan garfu
5. Botol air


Ini adalah beg galas (beg pack) kegemaran Yara. Saya cukup suka dengan rekaan beg ini, agak 'rare' jika dibandingkan dengan beg khas untuk kanak-kanak lain yang terdapat di pasaran. Hanya 2 warna sahaja sudah mampu menyerlah beg galas ini iaitu warna merah dan putih.

Sedang elok jer saiznya untuk Yara. So biasanya beg ini akan saya letakkan baju dan buku  kegemaran beliau dan akan dibawa bersama setiap kali beliau ke play school ataupun keluar berjalan.

Sangat comel bila ada bentuk seakan daun di tempat zip beg. Memang nampak sangat esklusif dan menarik!


Untuk beg lunchies (beg bekal), rekaan beg lebih kurang sama dengan beg galas. Namun dari saiz memang agak kecil dan didalamnya ada pelapik khas yang berfungsi sebagai 'warmer'. Memang sangat kemas dan kompak jika kita letakkan bekas makanan didalam beg ini. Dan sekiranya tertumpah makanan ataupun minuman sangat mudah dibersihkan juga.

Set pinggan/mangkuk serta set sudu dan garfu. Untuk set pinggan dan mangkuk ini diperbuat dari melamin yang selamat untuk kanak-kanak. Warnanya yang terang memang dapat menarik hati anak-anak terutama ketika mereka menikmati hidangan. Namun bekas ini tidak sesuai dimasukkan ke dalam ketuhar ya!

Set sudu dan garfu ini sangat comel. Tempat pemegang agak lembut memudahkan si manja menggunakannya ketika makan. Ianya adalah bebas BPA, bebas PVC dan juga bebas Phthalate. Ini bermakna ianya selamat digunakan untuk kanak-kanak.

Si manja Yara yang begitu teruja dengan sudu dan garfu barunya, hehehe.

Botol air memang sangat penting untuk Yara. Ini kerana Yara memang mudah haus dan saya harus membekalkan sebotol air untuk Yara setiap kali kami keluar berjalan.

Apatah lagi dengan botol air FOX Siri Zoo SKIP HOP ini sangat comel rekaannya. Dan juga sangat praktikal kerana anak boleh menikmati air secara sedutan terus dari straw yang disediakan. Dan juga botol ini mempunyai tali comel memudahkan lagi Yara membawa ke mana sahaja yang beliau pergi.

Ada banyak lagi  karektor haiwan yang comel-comel dari jenama SKIP HOP yang korang boleh pilih dan seterusnya hadiahkan untuk si manja tercinta.

FOX SKIP HOP membuatkan Yara gembira,
Produk berkualiti dari jenama terkemuka,
Ibu gembira pembeliaan bermakna,
Satu set produk menarik hadiah buat si manja!

Bloom and Grow Asia : @bloomandgrowasia
Smartmum : @smartmumasia
Skip Hop : @skiphop.asia
Produk Skip Hop Fox Untuk My Yara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 08, 2019 Rating: 5

21 comments:

AzianKhalil said...

comelnya barang barang skip hop ni... kalau dapat kat sarah mesti dia suka gila ni

suara dari telapak kaki comel said...

omg comelnya.. hanya untuk anak perempuan ke kak. comelnya.. huhu saya kena cari ank angkat lah camni..

Farhana Jafri said...

Comelnya barangan jenama Skip Hop Fox ni, secomel Yara! Lepas ni mesti Yara sayang & excited nak bawa pergi ke playschool kan

el said...

kanak2 mana yang tak teruja dapat set skip hop fox ni..siap lengkap semua ada pinggan garpu sudu botol air..ishh mak2 pun suka tau

budakbandunglaici said...

alahai comelnya beg tu. dah la complete sama dengan bekas bekal. kena tulis nama siap-siap risau ada kawan sekolah terpinjam pulak. boleh la eksen kat kawan-kawan sekolah nanti.

Lin Liena said...

halah2 comeynya beg tu..,memang sesuai sgt dengan simanja kan..kalau anak kita tengoj ni mesti meronta2 nak beli jugak haha

Hanny Abdullh said...

Alo lo lo..comei je Yara pakai beg ni. Boleh jadikan hadiah jugak ni kan..canyik, sure anak2 kecik suka. Hurmm bilalah sis nak dapat cucu pompuan ni..boleh bagi dia hadiah cecantik macam ni

iffah208 said...

Sukanya dia dapat beg baru, comel sangat beg dan set sudu dan pingan mangkuk tu, kalau ada anak kecik dah beli dah.. ok dapat idea, boleh buat hadiah tuk anak-anak kawan yang sambut birthday nanti

Fadzi Razak said...

Alah alah alah ape comel sangat ni. Geram tengok sudu dengan garfu tu. Comel je kecik macma tu. Ni bukan setakat budak buak yang suka. mak mak pun confirm suka nye lah

mrsliez said...

Ala comelnya.. çantik la koleksi fox tu.. klau liez pun nak jugak sebab cantik sangat. Klau anak2 memang lagi suka la. Set pingan tu paling comel.. sayang pulak rasanya nak pakai hihihi

Mahamahu said...

Amboi sukanya Yara hehehe lepas ni boleh jadi chef lah dia yer wakakakak... Banyaknya barang dapat hehehehe nak juga Yara nanti uncle belajar ngan Yara ok...

Rawlins GLAM said...

Alah alah alah.
Comelnya Yara dengan bag tu. Tapi macam bag lagi besar dari Yara.
Haha.
Yara dah ada bag baru jangan kekwat dengan Abam Rawlins ye.

Tengkubutang said...

Allah.. comelnya Beg Skip Hop Fox ni.. kaler dia pun cantikk.. fox pun comel.. adoi.. peralatan lain pun comey2 bila ada gambar fox ni.. cute betul la.. ni kalau harraz tengok ni suka betul dia..

Syamimi Saad said...

Alahai..comelnya..
Merah dan pink pun favourite colour anak kita.
Ni kalau beli kena dapatkan 2 set la nampaknya.
Kalau tak, jadi rebutan la..
Bag tu pun nampak cute je.
Penghasilannya pun nampak kemas.

Cik Puan Ena said...

Semua jenis nampak comel. Kanak2 pasti teruja klau tengok. Fox tu comel match pulak dengan color merah memang cun habis. Nanti nak survey lah collection yang ada. Mesti sumayyah pon teruja.

Sunshine Kelly said...

Omg this set is so so cute, I m sure the kids will love it and they are motivated to eat using the utensils.

Zharif Azis said...

bukan Yara je suka kalau dpt barang2 comel macam nie, sy yang dah kertu nie pon suka tau. bestnya ! warna dia semua sedondon dan comel. rasa mcm nak beli utk diri sendiri

Mek Onie said...

wahhhhhhhhhhh...... Comelnya Yara! Kecik-kecik lagi dah cermat orangnya ya. Lawa la kak set Skip Hop Fox ni. Onie pulak berkenan tengok set ni. hehe.. Suka tengk part zip tu, memang cantik design dia ya :D

Rabiatul Adawiyah said...

Alahai comelnya anak akak happy dapat barang tu. Bagus dapat melatih bawa bag sendiri, barang sudu garfu pinggan sendiri. Anak saya pun bawa bag sendiri ke mana-mana. Masing-masing ada bag. So bag kita tak penuh macam dulu. Dengan snacks la, diaper la dan toys. Sekarang tugas saya bawa wet tissue dan ubat standby. hehe

www.peachlilyfara.com said...

kiutnya set lunchbox, mesti anak bertambah selera makan

Thirteen said...

Kita pun nak skip hop set!! Comey nyaaaaa. Haha cuma kalau ada biru putih mesti best kan. Hehe. Tapi merah putih ni dah lawa jugak!

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.