Program My Celebrity di Rizq Educare | Program Bermanfaat Di hujung Minggu

RIZQ Educare yang terletak di Kajang Selangor cukup popular sebagai salah satu pusat pendidikan yang berteraskan islam dalam pengajaran serta pembentukan sahsiah. Antara aspek yang sangat ditekankan adalan PENGETAHUAN (knowledge), SKIL, KEYAKINAN (confidence) dan TINGKAHLAKU (attitude).

Selain daripada kelas harian yang dijalankan di waktu persekolahan, RIZQ Educare turut memperkenalkan satu program 'enrichment' My Celebrity yang hanya dilaksanakan di waktu hujung minggu. Apa yang menarik program yang disusun didalam My Celebrity ini mencakupi secara holistik perkembangan anak dengan aktiviti-aktiviti menarik serta kemahiran insaniah yang bermanfaat. Kemahiran insaniah (soft skills) ini juga kita merujuk sebagai kemahiran seseorang dalam membina perhubungan baik dengan diri sendiri dan orang lain, menerusi kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal.

Menurut Encik Khaled selaku Pengarah Program My Celebrity, program yang telah disusun bukan hanya dapat mencungkil bakat serta potensi didalam diri anak-anak. Bahkan anak-anak bebas untuk mengutarakan pendapat serta berbincang dengan terbuka didalam kelas pengucapan awam (public speaking). Untuk kelas mandarin dan pengucapan awam akan dikendalikan Mr Kevin dari Ebright, manakala kelas muzik dan coding adalah dibawah seliaan RizQ Studio yang diketuai oleh Encik Khaled itu sendiri.

Terdapat LIMA (5) kelas skil yang ditawarkan khas untuk kana-kanak yang berumur 6 tahun sehingga 12 tahun. Antaranya ialah:-

  • Kelas Muzik  
  • Kelas Coding
  • Kelas Animasi
  • Kelas Pembangunan Video
  • Kelas Mandarin

* Bonus : Kelas Pengucapan Awam

Kelas Muzik (2 jam)
Sepertimana yang kita ketahui muzik adalah instrumen yang sangat bagus untuk menjadikan kanak-kanak lebih kreatif. Adakalanya tanpa kita sedari setiap anak juga mempunyai potensi dalam diri tanpa kita sendiri. Selain daripada kelas muzik anak-anak ini juga akan mengikuti kelas pengucapan awam bagi memantapkan skill yang ada didalam diri mereka.


Kelas Coding (2jam)
Salah satu program didalam My Celebrity adalah kelas Coding. Di mana anak-anak akan didedahkan dengan KOD pengaturcaraan komputer yang mudah dan menarik.

Anak-anak juga perlu berfikir secara kritis dan logik bagi menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep pengaturcaraan secara realiti. Memang seronok! Saya sendiri melihat bagaimana anak-anak ini teruja belajar coding dengan bantuan instruktor yang cukup berpengalaman.

Kelas Animasi (2 jam)
Dunia animasi memang cukup dekat dengan anak-anak. Dan kini anak-anak boleh menjadikan sebahagian cerita animasi rekaan mereka sendiri. Mereka akan belajar bagaimana caranya menulis skrip, rekabentuk watak, lampu, sistem bunyi dan pelbagai lagi.


Kelas Pembuatan Video (2 jam)
Kelas ini agak menarik kerana segala tunjuk ajar adalah daripada mereka yang memang terlbiat dalam bidang produksi. Antara ilmu yang bakal diperolehi menerusi kelas ini adalah seperti penulisan skrip, pengarahan. skrip 'board', merakam video dan pelbagai lagi. Modul yang disediakan juga menggalakkan anak-anak untuk bekerja didalam kumpulan.

Kelas Bahasa Mandarin (2 jam)
Dalam dunia penuh cabaran dan persaingan ini, mempunyai pengetahuan pelbagai bahasa memudahkan anak-anak kita untuk lebih maju kehadapan. Apatah lagi bahasa mandarin yang telah dikuasai ramai manusia di dunia. Menerusi kelas ini dapat mendidik anak untuk lebih berani  dan mempertingkatkan kebolehan mereka dari segi skil berkomunkasi.

Fasiliti yang disediakan memang terbaik dan agak 'up-to-date'. Dengan penggunaan teknologi terkini memberi kemudahan yang hebat di sepanjang pembelajaran anak-anak di sini.

Kepelbagaian alatan muzik turut disediakan bagi tujuan pembelajaran.

Suasana yang yang cukup kondusif dan selesa antara ciri-ciri yang ada di RizQ Educare. Sangat sesuai dalam menyokong perkembangan dan tumbesaran anak-anak yang sedang membesar,

Setiap anak yang telah mendaftar untuk menyertai My Celebriy turut diberikan satu My C Kit yang mengandungi buku latihan dan perkakasan asas yang pelu dibawa dalam kelas yang diikuti. Untuk pengetahuan semua, latihan yang disediakan dapat membantu anak-anak dalam mengulangkaji pelajaran yang mereka pelajari. Turut disediakan juga pautan laman web yang berkaitan dengan pengajaran, ini sekaligus membantu anak-anak ini belajar secara interaktif.

Sempat bergambar kenangan dengan tenaga pengajar My Celebrity dan juga sebahagian murid yang pernah menyertai program ini.

Ada berita baik untuk semua. Potongan sebanyak 50% bersempena dengan Promosi Hari Raya. Wah! Memang betul-betul murah kerana separuh daripada harga asal sahaja yang dikenakan. Tawaran potongan separuh harga ini hanya sah untuk pendaftaran sebelum 5 Jun 2019. Jangan lepaskan peluang ini ya!

Untuk keterangan lanjut mengenai program, boleh layari:-


Sebagai ibu saya sebenarnya memang teruja apabila terdapatnya pusat pendidikan yang menawarkan program-program yang bermanfaat di hujung minggu bukan sahaja memberi keseronokan bahkan ianya juga membentuk keperibadian sahsiah dan juga menambahkan ilmu yang baru buat anak. Selain itu, program seperti ini juga dapat mencungkil potensi yang ada dalam diri anak itu sendiri. Kecenderungan, minat, berdaya saing, yakin, berdikari dan boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan kritis antara impak positif yang boleh anak-anak perolehi melalui penyertaan mereka didalam program My Celebrity di RizQ Educare.

Jom daftarkan anak anda di sini!

Comments

cindyrina said…
Banyak banyak kelas I rasa yang coding tu paling bagus untuk anak anak ada skills dan minat dari kecik. Tempat ni memang best.
eh kita pulak excited tengok kelas dorang. lagi-lagi kelas coding tu..teringin nak belajar jugak. bagus ada tempat belajar macam ni, boleh expose kanak-kanak dengan aktiviti cukup bermanfaat
Faries said…
Bagusnya ad kelas macam ni atleast bakat kanak2 dapat dicungkil. Dah besar nnti ad something yang dieorang boleh bawak atau tonjolkan. Nk share kt kawan2 mcm ni. Bende bagus. hehehe
Mahamahu said…
Wahh ada program nak melatih jadi selebriti dari kecil ke hehehe bagus juga sekurangnya mereka ada aktiviti yang sihat dan berguna macam ni ok lah...
Jueliza Jamani said…
serius kagum dengan sekolah ni.. kalau ada duit nak jer hantar anak2.. program macam ni pun menarik sangat..
Mimie said…
Bagus ada program bermanfaat macam ni di hujung minggu. Sekurang kurangnya teriai masa lapang dengan aktiviti berfaedah kan. Untuk anak anak sekarang ni kan. Macam macam program diorang boleh join. Saya tengok, saya pula eksited. Hehehe
Fadzi Razak said…
Bestnya school ni. Kalau lah ada cawangan yang dekat sikit dengan rumah saya ni, mesti dah hantar Aneeq. Tapi Aneeq tak cukup umur lagi huhuuh
CXopportunities said…
Seronok betul sekolah macam ni. Aktiviti dia bagus dan bermanfaat. Bagus bila ditekankam aspek pentimg seperti skill dan konfiden level. Bagus didik anak² ntk ada 4jenis skill tu. Anak² pom seronok je belajar sbb tempat pon menarik. Pemgisian tak boring. Program semua bermanfaat
mrsliez said…
seronoknya kalau dapat hantar anak sekolah disini. bukan sahaj mementingkan akademik tapi juga keperluan skill dan emosianak-anak. banyak juga aktiviti-aktiviti yang diaorg boleh sertaikan? belajar coding dari usia kecil memang hebat lah.uisshhh besar nantiboleh jadi multimedia expert
bagus betul zaman sekarang ni.. banyak penekanan untuk membangunkan kenyakinan diri anak-anak macam program ni.. bagus sgt untuk asah kemahiran anak dari kecil.
Nadia Johari said…
Bagusla ade sekolah macam ni.. Mana tau ade anak yag bakatvterpemdam boleh tunjukkan dekat sini.. Thk macam bgus snagat ni sekolah dia.. Tapi mesti mahal kan..
xulhlmi said…
Banyaknya aktiviti yang menarik disediakan. Semuanya bermanfaat dalam kehidupan seharian kita. Terasa ingin bawa sepupu zul datang sini.
Kayathre said…
Interesting activities untuk kanak-kanak. Boleh mencungkil bakat terpendam mereka.
yanmie said…
Kelas video tu bestnya, tapi jauhlah pula kajang ye. anak akak angah tu dia minat amik video2 ni, kalau tak boleh bagi dia masuk kelas video tu, boleh ajar maknye nanti. tapi tulah jauh. bagus betul dah ni banyak kelas, seronok yang duduk dekat, rugilah tak grab peluang yang ada ni kan :)

yanmie
www.yanmieonline.com
Zharif Azis said…
baguslah RizQ nie buat program seperti ini. kiranya terisi lah masa budak2 tu daripada dibazirkan tak buat apa2. modul pengajaran pon nampak best dan santai. mesti kanak2 suka kalau ikuti program nie
Tengkubutang said…
Wah kelas coding? untuk kanak-kanak je ke.. dewasa ada tak.. hehe.. macam excited pulak tengok anak-anak join aktiviti macam ni.. atleast masa tak terbuang macam tu je kan.. ada juga ilmu yang boleh ditambah..
saidila said…
baguslah tempat ni ayu, boleh asah lagi minat anak2 supaya jadi lebih teliti dan berjaya dalam bidang yg diorang suka....banyak peluang untuk mereka dimasa hadapan tinggal lagi mak ayah jer nak hantar untuk develope skill anak2 dengan tak jerrr
shidah abdullah said…
Wah bagusnya tempat ni ayu.. Boleh galakkan anak2 yang malu2 dan expose dengan aktiviti bermanfaat.. Baru la belajar guna gajet2 dgn betul kan

Popular Posts