Raikan Raya bersama Star Vendors Mega Raya Fest 2019

Star Vendors Mega Raya Fest 2019 akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 24 Mei 2019 yang mana ianya akan berlarutan selama 24 jam sehari tanpa henti sehingga 72 jam (3 hari) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ini merupakan projek sulung selebriti Ifa Raziah selaku Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendor. Festival ini turut ditaja oleh dua jenama besar iaitu Nuc Car dan Neffos.


Dikatakan sekurang-kurangnya 60 artis dan selebriti telah menyertai Festival Star Vendors.Antara barisan artis yang menyertai festival terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Datuk Fizz Fairuz, Anuar Zain, Ziana Zain, Erra FAzira, Datuk Aznil Hj Nawawi,, Fazli Zainal, Watie Elite, Ani Mayuni dan ramai lagi.

Ifa Raziah selaku  Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendor..

Selain itu Star Vendors Mega Raya Fest 2019 ini juga menggabungkan lebih daripada 400 usahawan termasuk selebriti terkenal di bawah satu bumbung de­ngan menawarkan pelbagai jenis barangan samada jenama terkenal mahupun lokal. Kebanyakan adalah produk yang melibatkan fesyen, produk kecantikan dan kosmetik, kuih-muih dan keperluan barangan hari raya.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin turut hadir mencemar duli melancarkan Star Vendors Mega Raya Fest 2019 yang bakal berlangsung 3 hari ini. Ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada festival yang dapat menyatukan masyarakat dalam keseronokan mencari persiapan raya sekaligus menyokong perkembangan pasaran usahawan tempatan dalam menjana ekonomi negara.

Di majlis pelancaran turut kelihatan wakil daripada pihak penaja dan juga beberapa selebriti tempatan dan usahawan yang sama-sama menyertai festival ini. Bertambah meriah selain daripada persembahan kebudayaan, pihak penganjuran festival turut menyediakan duit raya kepada 1000 pengunjung yang pertama hari ini. Memang meriah!!

Keterujaan pengunjung yang beratur untuk mendapatkan duit raya. Dan ianya khas untuk 1000 pengunjung yang pertama :-)

Sebaik dilancarkan, pengunjung sudah tidak sabar untuk ke booth-booth vendor yang menawarkan pelbagai pakaian, tudung dan sebagainya.

Apa yang penting dengan adanya festival yang meriah ini dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan hari raya pada harga berpatutan. Pengunjung juga boleh membuat pilihan terbaik terutama dari segi pemilihan warna dan juga rekaan pakaian. Bagi saya sendiri, festival ini merupakan platform terbaik untuk kita dapatkan baju dan tudung dari koleksi jenama selebriti yang kita minati. Kita juga boleh bertemu dan beramah mesra dengan selebriti yang menyertai festival ini.  

Antara vendor yang terlibat dalam Festival Star Vendor di PWTC

Manakala para usahawan yang terlbat boleh menjual produk mereka secara terus dan eksklusif kepada orang ramai. Ini lebih mudah kerana dapat mensasarkan jualan secara terus tanpa melalui mana-mana orang tengah. Antaranya seperti Bella Ammara, Jubah Souq dan banyak lagi jenama yang cukup popular terutama dikalangan pembeli atas talian.

Terdapat juga jualan capal dan tengkolok yang memang mencuri perhatian saya!

Selain daripada pelbagai aktiviti jualan, sepanjang festival ini berlangsung turut diadakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung. Antaranya cabutan bertuah dengan menawarkan hadiah bernilai sehingga RM10,000. Terdapat juga jualan lelong daripada vendor selebriti yang bakal diadakan di pentas utama dan pengunjung boleh merebut peluang mendapatkan barangan dan koleksi yang diinginkan dengan harga cukup berbaloi.

Moga Star Vendors Mega Raya Fest 2019 ini berlangsung dengan sukses dan mencapai sasaran serta matlamat pemasaran. Pastinya dengan jualan tanpa henti selama 72 jam membolehkan kita memilih untuk ke PWTC pada waktu yang kita rasa selesa dan free untuk pergi. 

Oh ya! Sewaktu membuat pembayaran pengunjung juga boleh mengunakan Maybank QRPay dan hanya masukkan kod promo “RAYASV” untuk diskaun sehingga 20% (maksimum RM10; terhad kepada 2 tebusan). Memang berbaloi sangat!!
Lebih Vogue!
Lebih Havoc!
Ini Baru Raya!!

Jom ke Star Vendors Mega Raya Fest 2019!

Raikan Raya bersama Star Vendors Mega Raya Fest 2019 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 24, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Star Vendor ni pun satu tempat yang kita nak pergi tapi tak suka bersesak-sesak hehehee lokasi yang dibuat ni pun memang mudah akses tapi tak sesuai untuk event yang crowd macam ni. Tak apa tengok ramai artis terlibat rasa nak pergi lah hari kerja hehehehe tak ramai orang...

    ReplyDelete
  2. Tahun ni tak sempat lagi nak pergi mana-mana tempat sale baju raya, tapi Star Vendor ni nampak sangat menarik. Walaupun dah pasti ramai orang, tapi boleh jumpa artis-artis tu yang tambah seronok tuu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, kalau datang confirm berkampung. Haha. Sejenis yang suka telek semua kedai, semua baju. Tapi bagus event macam ni terutama untuk para usahawan untuk kembangkan pasaran dan juga peluang untuk pengunjung sebab kadang kedai yang atas talian ni orang tak puas hati selagi tak pegang kain dan cuba.

    ReplyDelete
  4. Saya suka pergi festival macam ni pada hari terawal supaya boleh grab apa yang cantik dimata. Hehehe. Dulu masa zaman keje. Sanggup apply cuti. Hahaha. Bos Saya pun dah tau kenapa Saya ambil cuti. Pastu sekarang dah Tak keje. Lg la sehari terus Kat pwtc tiada siapa kacau. STARVENDORS Hari tu Saya beli baju Melayu anak. Murah RM 30 uols.

    ReplyDelete
  5. perghh dia sempat g starvendor ni! jeles nyee sbb mmg sale dia terbaek lahh n cousin sy pun dok buak boothh tp i is x sempat!! so mgkin dorg boleh lanjutkan lg ni hahah dr 72 jam extend lagi! ahhahaha

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah sempat menghadirkan diri ke starvendors. saya telah ajdi antara 1000 pengunjung pertama tau. dapat duit raya lagi. dah lah banyak gila persiapan raya dijual di sini. rugi sape yg xdatang

    ReplyDelete
  7. Ramainya artis yang terlibat dengan Star Vendor ni ye. Lagi-lagi semua mood dah nak raya ni memang penuh la tempat shopping dengan pengunjung. Sampai ke malam raya pun nanti masih meriah lagi. Nad tahun ni takde shopping raya heheh.

    ReplyDelete
  8. This looks like a good event for those who wanna splurge for their hari raya preparation. Besides star attraction, there are other celebrities too. :D

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.