REJOICE MELANCARKAN ‘HIJAB PERFECTION SERIES’ | PENYELESAIAN KEPADA PENJAGAAN RAMBUT YANG TERBAIK

Sebagaimana yang kita maklum, ‘Hijab’ merupakan satu simbol keagamaan dan identiti sebahagian besar wanita di Malaysia dan golongan yang mengenakannya atau Hijaber pada setiap hari akan berhadapan dengan kebimbangan mengenai keadaan rambut mereka di bawah tudung berkenaan. Saya sendiri biarpun bukanlah seorang yang hijabista tetapi tetap menitik berat tentang pemakaian tudung dan rambut setiap hari.

 P&G Rejoice telah membuat kajian selidik terhadap ratusan pengguna baru-baru ini dan mendapati terdapat peningkatan jelas dari aspek suhu dan kelembapan di bahagian kepala yang dilitupi kain berbanding persekitaran di luar. 

Menurut kajian  tiga kebimbangan utama berkaitan rambut dan kulit kepala yang dialami oleh di kalangan wanita berhijab iaitu:-
  • masalah kelemumur
  • bau yang kurang menyenangkan 
  • kekusutan

Satu siri penjagaan terbaru diperkenalkan iaitu Hijab Perfection Series yang didatangkan dengan formula 3-dalam-1. Produk terbaru ini dapatmenyelesaikan:-

1) Masalah kelemumur dengan sifat-sifat kebersihan tambahan dan anti kelemumur 
2) Rasa panas dan bau tidak menyenangkan dengan kedinginan tambahan daripada Mentol dan bau yang menyegarkan dari haruman bunga kasturi 
3) Masalah rambut kusut dengan memastikan kelicinan tambahan yang tahan sepanjang hari. 

Oleh itu, siri baharu ini semestinya solusi penjagaan rambut yang terbaik untuk wanita bertudung!

“Saya telah menjadi wajah jenama Rejoice pada peringkat awal kerjaya, malah dikenali ramai sebagai ‘Gadis Rejoice Bertudung Hijau’. Saya amat gembira untuk sekali lagi berganding tenaga dengan Rejoice untuk menjadi sebahagian daripada pelancaran Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ yang baharu pada hari ini. Saya begitu gembira mengetahui bahawa produk baharu ini memastikan rambut saya kekal dingin dan segar sepanjang hari. Selain itu, saya juga jatuh cinta dengan rekaan pek yang menarik dan dilihat sebagai simbol seorang Hijabista moden seperti saya. Saya tentunya mengesyorkan siri baharu Rejoice ini kepada Hijabista-hijabista lain di Malaysia pada bulan Ramadan ini,”

Elfira Loy, 
Pelakon popular dan usahawan


Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ boleh didapati dalam dua varian, bagi syampu - 3-dalam-1 Perfect Cool (untuk rasa dingin yang lebih ketara dan kesan kesegaran yang optimum) dan Perfect Perfume (untuk wangian yang berpanjangan). Varian-varian syampu itu disempurnakan oleh Perapi Sempurna 3-dalam-1 bagi rambut yang licin dan rapi. Perapi ini boleh dipadankan dengan kedua-dua varian dalam syampu Perfect Series 3-dalam-1.

Syampu dan perapi Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ boleh didapati dalam tiga saiz berbeza iaitu 170ml, 340ml dan 600ml. Rangkaian produk baharu itu ditawarkan di kesemua rangkaian MYDIN dan kedai runcit utama di seluruh Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’, kunjungi laman Facebook Rejoice Malaysia di https://www.facebook.com/rejoicemalaysia/  yerpp.
REJOICE MELANCARKAN ‘HIJAB PERFECTION SERIES’ | PENYELESAIAN KEPADA PENJAGAAN RAMBUT YANG TERBAIK Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 04, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.