MAGICA EVENTS KINI MENAWARKAN DEWAN ACARA YANG ESKLUSIF DI LEMBAH KLANG

Dewan yang cantik, lengkap dengan fasiliti dan paling penting lokasi yang strategik antara faktor penting sebelum pemilihan tempat keraian dilakukan. Dan antara dewan yang memang sangat saya syorkan terutama untuk mengadakan majlis samada secara kecilan atau besar-besaran adalah MAGICA Events. Untuk pengetahuan semua, syarikat MAGICA Events Sdn Bhd ini berpengkalan di negara Utara tanahair. Ianya merupakan pusat sehenti perkahwinan samada masyarakat melayu mahupun cina sejak tahun 1965 lagi. Setelah berada didalam industri ini selama 50 tahun, kini MAGICA Events memperkenalkan dewan MAGICA di kawasan Lembah Klang. Dengan keluasan 36,000 kaki persegi, mampu memuatkan sehingga 7000 tetamu dalam satu-satu masa. Selain itu tarikan utama tentulah fasiliti dan dekorasi yang menakjubkan menjadikan majlis yang dirai lebih meriah dan diingati oleh semua tetamu yang hadir. 

Terdapat 3 jenis dewan yang ditawarkan iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall.

Magical Hall
Dewan utama yang menampilkan rekaan dalaman yang extravaganza dengan kerlipan cahaya lampu chandelier yang memukau. Terutama pada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal. 

Di  bahagian tengah dewan pula terdapat laluan peragaan yang diperbuat daripada lantai kaca sepanjang 22 meter yang menyambung terus pada pentas utama yang penuh dengan hiasan bunga cantik.

Umpama di alam magikal dekorasi ini bertambah cantik dengan kehadiran sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk mengikut alunan muzik. Untuk dewan ini boleh dimuatkan sehingga 3000 tetamu untuk makan secara buffet. Manakala seramai 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dan fasiliti untuk gaya makan yang dihidangkan.  


Pelamin esklusif begitu gah untuk raja sehari.

Garden Hall

Bagi yang gemarkan majlis berkonsepkan didalam taman, pasti menyukai dekorasi didalam Garden Hall.  Selesa untuk tetamu seramai 250 orang dengan susunan meja terhidang dan 700 tetamu untuk makan dinikmati secara buffet.


Dengan menampilkan warna hijau sebagai warna tema utama dengan suasana alam hutan yang begitu mengasyikkan pastinya memberi kelainan didalam suasana majlis yang dijalankan.

Apa yang menarik dewan ini turut dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatarbelakang bunyian alam semulajadi seperti kicauan burung dan deruan air terjun. Umpama taman magikal untuk bidadari.

Dekorasi pelamin yang sangat cantik dan sangat praktikal.

Classic Hall
Dewan ini terletak bersebelahan dengan Magical Hall yang berkeluasan 12,000 kaki persegi. Antara fasiliti yang terdapat didalam dewan ini termasuklah pentas, pintu masuk yang sudah ditatahias, bunga-bungaan dan karpet merah. 

Selain itu dewan ini juga dilengkapi dengan sistem pentaan cahaya dan AV yang mampu memberi kesan yang lebih dramatik menjadikan suasana majlis yang dirai kelihatan lebih berprestij. Kapasiti yang ditawarkan sama seperti Magical Hall. Dan sebenarnya dewan ini juga boleh digabungkan bersama Magicall Hall untuk majlis keraian yang lebih gah dan besar.

VIP Suite Rooms
Untuk majlis yang lebih kecil jumlah tetamunya bolehlah menggunakan VIP Suite Room. Untuk bilk ini, untuk satu-satu masa boleh memuatkan sehingga 40-80 orang. Terdapat 2 bilik suite room ditawarkan. Dan ianya sesuai untuk majlis bertunang, mesyuarat dan sebagainya.

Terdapat juga vendor-vendor yang menawarkan kelengkapan untuk majlis yang bakal diadakan. Seperti sewa baju pengantin, tempahan kad undangan, katering, jurugambar dan banyak lagi. Antara vendor yang hadir ke majis pengenalan Magica Hall seperti dibawah;









 Kita boleh pilih mengikut harga pakej yang sesuai dengan bajet yang kita peruntukan.

 Ada kemudahan tandas lelaki serta perempuan dan juga surau untuk solat.

Untuk tempahan boleh hubungi:-
MAGICA Events Sdn Bhd
Level 4 Star Avenue Lifestyle Mall
No 3 Jalan Zuhal US/179,
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5,
40150 Shah Alam Selangor
Tel; 012-6787795
Facebook: Magica at Subang
Instagram: @magicaatsubang

MAGICA EVENTS KINI MENAWARKAN DEWAN ACARA YANG ESKLUSIF DI LEMBAH KLANG Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 18, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. Ahhh tempat ni so so romantik and also dreamy. I love the floral surrounding and this place is so suitable for functions and wedding too.

    ReplyDelete
  2. cantik giler kut dekorasi diorg ni..mcm nak kahwin lagi sekali haha..iols suka dekorasi yang ada byk bunga..mcm garden wedding..

    ReplyDelete
  3. memang sangat-sangat cantik dewan ni, walaupun grand ballroom tuh cantik, tapi aku suke lagi dengan garden hall. Simple dan sweet je walaupun dalam hutan kaedahnyer hehehehe..
    harga bagi setiap pakej pun bersesuaian dengan apa yang di berikan, ermm rasa nak sanding lagi sekali lah hehehehee

    ReplyDelete
  4. cantiknya. skrg saya mmg tengah survey dewan pun. untuk macam event yg dah dirancang dalam kepala haha. semua dewan cantik. harapnya harganya berpatutan :)

    ReplyDelete
  5. Stunning! Masuk dewan camni confirm start berangan ala-ala princess hehe.. Siap ada background sound lagi tu. Bila agaknya boleh merasa masuk dewan ni. Suka sangat konsep magical dan garden :)

    ReplyDelete
  6. Wah tempat yang menarik dan cantik. Dewan cantik sebegini siapa tak suka bukan. hehe. Konsep sebegini membawa satu kelainan kepada masyarakat awam. Apapun terima kasih sharing.

    ReplyDelete
  7. Wahhh memang cantik sungguh lah dewannya. Serius terpegun dan buat sis rasa nak je bersanding macam ni. Agak2 berapalah kosnya ni. Dah lama bertapak mesti dah establish.

    ReplyDelete
  8. Amboi kemain cantik hiasan dewan-dewan tu haa. Berkenan pulak kita tengok especially the magical hall tu. Mcm dalam alam kayangan pulak rasanya.

    ReplyDelete
  9. cantiknya tempat ni, sesuai sangat nak buat wedding. dekat dengan mrt pastu parking pun banyak dekat basement. Tak sabar nak book tarikh nanti

    ReplyDelete
  10. Besar dan luas dewan ni. Memnag puas hatulah kalau buat mjalis pwrkahwinan kat sini. Nasib baiklah saya dah lepas fasa tu semua, kalau tak memang pilih dewan ni untuk buat majlis.

    ReplyDelete
  11. memang wow sangat dewan ni, dari segi dekorari semua nampak elegan dan sesuai sangat dengan nama magika tu. nak rekemen pada sedara mara yang nak buat kenduri tu suh diorg tempah kat sini.

    ReplyDelete
  12. pernah tengok deco magica sebelum ni dekat star avenue memang dreamy sangat dengan hiasan bunga berjuntai ke bawah tu. Tip top kerja team Magica ni. Tandas dekat star avenue pun bersih sebab tak ramai orang. Confirm jemputan puas hati bila datang majlis.

    ReplyDelete
  13. deko dewan macam di alam fantasi gituu..dunia khayalan dunia impian ...yang suka ala2 magik macam dalam taman dalam cerita magika tu bolehlah gunakan atau tempah wedding event dengan Magica

    ReplyDelete
  14. ini kalau yang ada tema magikal atau unicorn atau mermaid. sesuai buat event kat sini. Cun la kak. Alam Fantasi gitu. Mesti seronok tetamu yang bawa anak-anak tu.

    ReplyDelete
  15. cantiknya dewan dia..memang seperti cerita dongeng, cerita alam fantasi..gitu..berbunga-bunga..haishh..ni kalau kita kawin mcm ni memng seronok..hahaah

    ReplyDelete
  16. wow! this magica event hall is really magical.. hehehhe.. so nicely decorated.. must b nice to attend event there

    ReplyDelete
  17. Ohhh ni dekat area Subang Bestari eh kak Ayu. Cantikkkk sangat-sangat tema event yang diorang set up. Tak puas tengok dekat instagram sebab memukau habis! Paling suka yang magical hall tu sebab memang WOW! Rasa nangis korang kalau wedding kita cantik camtu hahah.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.