Serikan di Aidilfitri Bersama Garnier

Saya percaya sambutan Hari Raya di bulan syawal bukannya semata-mata untuk merai kemenangan didalam sebulan kita berpuasa. Tetapi ianya adalah juga adalah bulan perayaan yang kita raikan dengan lebih banyak berkongsi, bermaafan dan saling berkunjungan.

Sepanjang bulan ramadhan baru-baru ini, Garnier Malaysia telah menganjurkan kempen "Serikan Diri Di Aidilfitri" berkaloborasi dengan pihak Mydin Malaysia khasnya untuk komuniti yang melibatkan kaum wanita. Ini adalah melalui kerjasama bersama TechForGood satu program di Bawah GEMA (Global Entrepreneurship Movement Association). 

Untuk pengetahuan semua TechForGood adalah satu program inisiatif yang dapat membantu dan membangkitkan komuniti mikro di Malaysia dengan memberikan pembelajaran skil terbaru terutama dalam membantu mempertingkatkan pendapatan melalui penggunaan serta penguasaan teknologi. TechForGood mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan sehingga kini mempunyai seramai 500 orang ahli.

Nisa Kay yang bertindak sebagai pengacara pada majlis pelancaran kempen ini begitu bersemangat dan ceria sebagai moderator majlis. Seperti Nisa Kay yang cukup merupakan pengguna setia produk Garnier sememangnya beliau begitu teruja dalam memperkenalkan produk Garnier yang memang digunakannya setiap hari.


Antara kehadiran VIP yang hadir bersama selebriti yang menjayakan kempen ini seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azira Shafinaz. 

Dan 3 selebriti ini, Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azira Shafinaz turut terlibat dalam satu mini drama Serikan Hatimu dibawah tajaan Garnier yang ditayangkan setiap Isnin 9.50 malam di TV3.

Didalam kempen yang berlangsung sepanjang bulan ramadhan memberi manfaat TechForGood dalam 2 cara iaitu:-

  • Setiap penjualan produk garnier di Mydin sepanjang bulan ramadhan, akan disumbangkan sebanyak RM0.20 ke tabungan program tersebut;
  • Untuk pembelian RM30 ke atas mana-mana produk Garnier di roadshow Mydin diantara 24 sehingga 30 Jun 2019, pembeli akan menerima handmade pouch ataupun beg kitar semula yang sangat cantik yang mana dijahit sendiri oleh wanita-wanita yang terlibat didalam program ini.
Dan kempen Serikan Diri di Aidilfitri ini berjaya dikutip sebanyak RM15,000 dan sumbangan ini dimasukkan  tabungan TechForGood untuk program-program yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang.

Terdapat banyak produk Garnier yang kita boleh dapatkan dipasaran dan antara produk Garnier yang cukup dekat di hati saya seperti berikut:-





Saya juga sempat menyertai kelas menjahit manik iaitu salah satu program TechForGood yang mana program ini dapat mengasah skil wanita di luar sana yang inginkan mencari pendapatan tambahan dalam jahitan manik.

Seronok rupanya menjahit. Tetapi sebenarnya ianya juga memerlukan keazaman dan ketekunan yang tinggi, hehehe.

Antara contoh jahitan manik yang dijahit oleh peserta program TechForGood.

 Dan ini adalah jahitan manik saya, Cantik tak? Hiks.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, boleh layari www.facebook.com/GarnierMalaysia.

Comments

Popular Posts