5 Sebab Kenapa Korang Kena Rasa Sendiri Nasi Burung Sos Limau Merecik

Nasi Burung Sos Limau Merecik?
Lihat sahaja pada nama sudah tertarik :-)

Pertama kali saya mendengarnya, saya tidak dapat bayangkan bagaimana gabungan sos limau bersama nasi dan daging burung disatukan salam satu suapan. Bukan biashe-biashe pastinya.

Jadi atas perasaan ingin tahu, saya telah mencuba sendiri Nasi Burung Sos Limau Merecik hasil air tangan dari Puan Sheeda, selaku pemilik asal idea resepi ini. Apa yang boleh saya kongsikan ada 5 sebab kenapa korang semua kena rasa sendiri Nasi Burung Sos Limau Merecik ini.


1. Rahsia Utama Kesedapan Terletak Pada Sos Limau

Sos Limau hasil air tangan Puan Sheeda ini memang terbaik. Menurut Puan Sheeda pada asalnya sambal ini digesek bagi menghasilkan tekstur cili seperti yang diinginkan. Namun apabila permintaan semakin tinggi, beliau tidak mampu untuk menggesek terlalu banyak cili jadi beliau sendiri telah mengkaji dan mencari alternatif lain sehingga terhasilnya tekstur cili yang lebih cantik dan enak. Namun begitu untuk menghasilkan sos limau ini juga memerlukan teknik penyediaan tradisi bagi mengekalkan keaslian rasa asal sos limau ciptaan Puan Sheeda ini.


Gabungan pedas, masam manis memang cukup sempurna. Dan untuk pengetahuan semua, atas permintaan pelanggan tetap Puan Sheeda turut menjual sos limau didalam botol dan ianya didatangkan dalam dua saiz botol. Untuk saiz besar harganya RM20, manakala saiz kecil RM15. dan kita boleh gunakan sos ini dalam masakan ikan stim Thai dan pelbagai lagi.

2. Daging Burung Diperap dengan Rempah Ciptaan Istimewa dan Paling Penting Ianya Halal.



Mencari sesuatu yang HALAL itu adalah WAJIB bagi orang Islam. Untuk pengetahuan korang, pembekal daging burung yang dipilih memang melakukan proses penyembelihan mengikut syariat Islam dan pengusaha ladang ini juga merupakan salah satu usahawan industri lokal yang cukup berpengalaman dan berjaya.

Saya juga suka dengan keenakan rasa daging burung yang seimbang dari segi rasa dan keranggupannya. Kiranya kalau nak makan dengan meratah daging burung begitu sahaja pun boleh juga.

3. Bukan Nasi Biasa, Resepinya Rahsia

Pada asalnya saya sangkakan ianya adalah nasi putih biasa. Tapi rupanya nasi istimewa yang resepinya rahsia. Apa yang saya tahu rasanya memang enak. Seperti nasi ayam tetapi bukanlah secara total seperti nasi ayam. Ada rasa herba di situ. Kalau korang nak tahu rasanya, kenalah cuba sendiri.

4.  Esklusif Untuk Penghantaran Sahaja


Untuk pengetahuan korang Nasi Burung Sos Limau Merecik ini memang esklusif. Ketika entri ini ditulis ianya masih dijalankan melalui penghanataran dari rumah. Sinonim dengan nama produk hidangan ini yang sepertimana telah didaftarkan di MyIPO iaitu  DELI NBR ringkasan kepada  Delivery Nasi Burung Sos Limau Merecik.

Jadi ianya memang esklusif, kita nak nikmatinya kenalah order!


5. Harga Mampu Milik dan Pasti Memenuhi Citarasa Semua

Harga yang ditawarkan untuk satu set Nasi Burung Sos Limau Merecik ini ialah RM14. Harga ini meliputi set lengkap dengan sos limau, salad dan timun, nasi istimewa serta seekor burung puyuh yang siap digoreng garing. Jadi untuk tempahan lebih daripada 10 bungkus tiada caj penghantaran yang dikenakan. Namun ianya bergantung kepada jarak lokasi dan masa tempahan dibuat.

Samada hendak menikmatinya secara sendiri atupun bersama rakan. Boleh juga membuat tempahan untuk sebarang acara keraian.DELI NBR sedia menerima pesanan.

Gabungan yang cukup sempurna, memikat jiwa dengan kehebatan rasanya!

Keterangan lanjut ataupun ingin membuat tempahan boleh hubungi:-

Tel : 013-447 1009
Whatsap : 017-312 6765

Facebook : https://www.facebook.com/DeliNBkitchen/
Instagram : https://www.instagram.com/delinbrkitchen/


Buat Puan Sheeda sekeluarga terima kasih atas jemputan,
Moga Nasi Burung Sos Limau Merecik sukses menjadi sebutan,
Hidangan istimewa uniknya sos menambah kelazatan,
Sekali cuba pasti teringat-ingat kesedapannya dalam ingatan!

Comments

Ezna said…
Yara dah menjeling burung puyuh tu Ayu. Hehe. Nampak sedap. I kalau ada option burung puyuh atau ayam memang I akan pilih burung puyuh ni. Cumanya isinya agak sikit la berbanding ayam tapi I suka.
Nhazla Fikri said…
Burung puyuh. Febret tu. Tapi, isinya kurang sangat. Pun begitu, rasanya yang rangup membuatkan berkali-kali nak makan. Tengok pada masakan macam sedap tu. Sos buatan sendiri. Fuh, buat perut berkeroncong je
Qeela said…
amboii nama dia menarik sungguh! terliur pulak tgk, smpai dh terasa2 pulak gabungan burung puyuh, nasi istimewa, sos limau cili tu beserta kerangupan ulam-ulaman tu, mesti sedap kan! packaging dan plating pon cantikk sgt, geram tgk sbb sukaa haha. tp sygnya mesti takde penghantaran ke area qeela kan huuu. tp nnt nk tgk2 jelah jugak huhuu
Makanan dah sedap, tapi Naim x berapa suka puyuh. Semoga masyarakat luar akan gemari makanan sebegini.
Mawardi yunus said…
Kak tak tahan saya tengok n baca atticle ni. Penuh air liur dalam mulut. Tunggu nak meleleh je ni hahaha.
Nadia Johari said…
pergh tengok gambr tau mmg sedap ni..sos tu lain dari yang lain..nak kene cuba ni..mujur delivery food..boleh order nanti..lama tak makan burung ni..
Coretan Syamimi said…
Sedap nya. Walaupun tak tengok depan mata secara real, dapat rasa nasi burung ni memang sedap.
Kalau dekat boleh terjah ni.
Boleh juga rasa keenakkannya.
Walaupun dah biasa makan puyuh.
Tapi nak rasa masakan orang pula..
Rawlins GLAM said…
Rawlins pun semacam Yara, dok tengok je burung yang digoreng sempurna tu. Mesti lazat kan.
Pastu sambal gesek tu pun nampak menyelerakan, harapnya tidak pedas sangat la kan.
ajumohit said…
sedapnya terliur terus, memang pun ayu, kalau makan nasi lemak atau nasi ayam, kesedapan tu biasanya pada sambalnya. tengok pun dah tahu sedap, makan pulak dengan burung yang rangup perghh
Julia Mahir said…
Julia tak makan burung, tapi sos dia tu nampak macam seda sgt. Kalau makan ngan ikar bakar ke, ayam bakar ke, mesti sedap jugak kan.
Sunshine Kelly said…
Wow memang merecikkk la, i tengok the sos limau i pun terliur nanti Kelly minta HR order for department lunch or meeting.
Hanny Abdullh said…
Fuyoooo kat sini le awak gi hari tu ekkk. Perghhh mengancam le makanan dia, dah lama tak makan burung ni, sos dia tu fuhhh nampak sedap sangat. Boleh lah terjah nanti
Yaya Azura said…
sos limau cili..nama sos pun dah nampak sedap..tp burung tak pernah cuba la..tak pernah makan.
Lia Hasty said…
Serius dia punya sos limau cili tu memang mengancam lah. makan dengan nasi putih + buruh puyuh memang marvellous habis lah. Kalau dekat lia dah order send delivery kat rumah dah ni.
Atikah Mat said…
Menarik, tengok pun sedap. Burung puyuh tu feberet family lagi plak goreng garing2, ratah cemtu pun sedap🤤.
precious cla said…
Last month I ada try makana menu ala-ala seperti dalam gambar ni dekat Vietnam, at first macam tak berani nak makan, tapi nak sangat tahu the taste so, I make a try and it's yummy !
Sedapnya. Tengok pun dah terliur. Siap blh buat jamuan kecil-kecilan, yum yum! 😋😋
Rose said…
Tengok pun sedap. Burung ounyuh tu mesti dihantar dengan lori sejuk beku sebab nampakya segar dan menarik. Nak try la satu hari nanti!

Popular Posts