Acara Semi Final Kawasan Sentral 'The Face of Healthy Beauty' Guardian

Seperti yang diketahui umum Guardian Malaysia sedang rancak mencari 'The Face of Healthy Beauty'  untuk kempen mereka yang terbaru. Dan kini kempen ini telah memasuki pusingan separuh akhir. Untuk pengetahuan semua, untuk setiap pusingan akhir seramai 25 peserta semi-finalis akan berentap untuk menjadi 4 finalist terakhir yang dipilih. Terdapat beberapa cabaran yang mereka perlu lalui untuk terpilih ke peringkat akhir 'Face of Healthy Beauty'.
Antara cabarannya seperti menjawab soalan secara spontan yang diberikan. Ini bagi melihat sendiri keyakinan finalist memberi respon dengan bijak dan berani.

Terdapat juga cabaran yang mana para peserta perlu menatarias wajah mereka sendiri (make-up challenge). Tema yang diberikan adalam "Glam/Glamour". Tumpuan adalah hanya pada mata dan bibir.

Agak sukar juga untuk memilih 4 peserta dari 25 peserta yang bertanding. Semuanya hebat-hebat belaka.

Dan akhirnya untuk kawasan sentral juri telah memutuskan empat finalis yang telah layak ke pertandingan akhir yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2019 adalah seperti berikut:
1. Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal
2. Karyll Chee Kar-Yee
3. Nur Aimi Binti Abdul Ghani
4. Nurul Ezzaty Binti Hasbullah

Peguam dan ibu kepada dua remaja lelaki, Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal, 45, dari Kuala Lumpur, sangat gembira dan sangat terkejut untuk dipilih sebagai finalis.

“I really thought I did not stand a chance against such an accomplished group of semi-finalists who were so beautiful, so young, so confident with so much energy, from different walks of life and who mostly held professional jobs. So this win was really unexpected for me and I still can’t believe it. I’m so happy,”

Informasi mengenai empat finalis pertama ini boleh didapati di laman web peraduan di https://theface.guardian.com.my.

Akan datang sesi pemilihan peserta separuh akhir akan diadakan di Kota Kinabalu Sabah pada 7 Julai 2019. Sama-samalah kita nantikan siapa lagi yang layak ya!

Pertama kali diperkenalkan oleh Guardian Malaysia 'The Face of Healthy Beauty' yang dibuka pencariannya kepada semua wanita Malaysia berusia 18 tahun ke atas. Penyertaan boleh dihantar
di dalam talian di https://theface.guardian.com.my . Caranya mudah sahaja dimana peserta perlu memuat naik video 30 saat yang menunjukkan ''The Face of Healthy Beauty' ataupun tuliskan dengan tidak lebih daripada 100 perkataan mengapa mereka
ingin menjadi 'The Face of Healthy Beauty' .

Seramai seratus (100) peserta yang disenarai pendek dipilih untuk menghadiri setiap separuh akhir
akan diadakan di Dataran Bandar Johor Bahru, Gurney Plaza Penang, Central i-City Mall Shah
Alam dan 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu, Sabah. Empat peserta separuh akhir dari setiap
rantau akan menghadiri Grand Final yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2019 . 

Wahhh saya memang tak sabar menantikan cabaran akhir nanti. Good luck kepada semua peserta ya!
Acara Semi Final Kawasan Sentral 'The Face of Healthy Beauty' Guardian Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 05, 2019 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.