Kempen "Eat Like A Pro"

Kempen "Eat Like A Pro"- Ini adalah My Hero Ameer! Memang saya sentiasa dedahkan dengan aktiviti sukan yang sihat seperti bermain badminton. Biarpun kami bukanlah pemain amatur tetapi dengan menjadikan permainan ini sebagai aktiviti seisi famili menjadikan ianya salah satu hobi menarik

Sebenarnya selain daripada bersukan serta beriadah, pengambilan makanan yang sihat juga perlu dititik beratkan. Ini adalah penting bagi kita untuk terus konsisten menjalani gaya hidup yang sihat. Melihat kepada kepentingan ini, BEKO jenama kelengkapan rumah yang tersohor telah bekerjasama dengan Kelab Badminton Ampang Jaya (AJBC) menganjurkan Kempen "Eat Like A Pro". Di mana kempen ini menekankan kepada pemakanan sihat dan juga gaya hidup yang bermula dari zaman kanak-kanak lagi bagi mengelakkan masalah obesiti. Dan antara aktiviti yang disediakan adalah seperti Bengkel Badminton bersama saudara Chan Peng Soon pemenang pingat Perak sukan Olimpik.

Wakil daripada BEKO Malaysia memberikan kata-kata aluan kepada tetamu yang hadir terutama peserta-peserta clik yang bakal menyertai Bengkel Badminton. Selain itu penerangan ringkas mengenai produk Beko tentang kelebihan dan inovasinya dalam penyediaan makanan yang berkhasiat.  

Dan untuk pengetahuan semua, antara tujuan utama Beko melancarkan kempen ini adalah untuk membantu serta mewar-warkan kepada ibubapa tentang perlunya memberikan anak mereka dengan makanan yang berkhasiat. Di mana menurut laporan kajian juga dijangkakan pada tahun 2025. 70 juta kanak-kanak di seluruh dunia akan mengalami masalah obesiti.

Di dalam fasa terkini kempen "Eat Like A Pro" jenama Beko telah mendapat sokongan daripada rakan FC Barcelona, Barca Foundation dan UNICEF. Kajian telah dilakukan ke atas seluruh kanak-kanak di seluruh dunia yang melibatkan 18 buah negara iaitu 13,500 kanak-kanak yang berumur diantara 6 sehingga 10 tahun tentang kesedaran mereka untuk bersukan serta pengambilan makanan yang sihat.

Diidapati hanaya 70% hanya tahu tentang kepentingan bersukan berbanding pengambilan makanan sihat. Manakala dari sudut positif, kanak-kanak ini juga akan mengambil makanan yang sihat sekiranya mereka mengetahui hero yang mereka gemari turut sama-sama mengambil makanan yang sihat juga. Ianya seperti mereka akan ikut apa yang idola mereka lakukan.

Antara segmen yang menarik adalah perkongsian daripada Consultant Dietitian, Mrs Goo Chui Hong. Dengan isu "How to eat healthy and be the king of the court", satu perkongsian bagaimana kita hendak mengatasi masalah diet anak-anak terutama apabila melihat kepada kajian yang telah dilakukan iaitu 1 daripada 4 kanak-kanak mengalami masalah obesiti. 


Mrs Goo Chui Hong juga mendedahkan bahayanya minuman bikarbonat terutama dari segi kandungan gula dan juga minuman viral pada hari ini iaitu bubble tea. Bagaimana kesan kepada anak-anak untuk satu jangka panjang jika kita hanya membiarkan anak-anak kita menikmati apa yang mereka gemari.

Menurut Mrs Goo Chui Hong, untuk memastikan anak menjalani gaya hidup yang sihat dan cergas pastikan ruji pemakanan yang diambil setiap hari mengikut perancangan "pinggan makanan sihat" seperti gambarajah di atas. iaitu 1/4 karbohidrat, 1/4 protein dan 1/2 buahan dan sayuran.

Mrs Goo Chui Hong juga berpesan-pesan kepada ibubapa jangan mudah putus asa untuk memberikan yang terbaik untuk anak. Kebiasaannya anak akan menikmati apa sahaja yang mereka gemari kerana kelaparan. Jadi ubah bentuk makanan itu kepada lebih sihat. Antara contohnya seperti kita boleh jadikan buahan seperti epal, pisang kepada bentuk kerepek (crisp). Selain daripada mengenyangkan rasanya juga lazat. Begitu juga dengan minuman. Jika anak tidak gemari air kosong (plain water), kita boleh variasi minuman dengan campuran seperti lemon dan sebagainya. Atau menjadikan ianya jus untuk lebih rasa keenakan. Dan anak akan pasti gemarinya!

Pemain badminton negara Chan Peng Soon turut berkongsi pengalaman beliau sebagai pemain badminton negara. Anak muda ini dilahir pada 27 April 1988 di George Town, Pulau Pinang, merupakan seorang pemain badminton dalam acara beregu lelaki dari Malaysia. Pelbagai kejayaan hebat yang pernah dimenanginya, diantaranya pemenang pingat Perak Sukan Olimpik pada tahun 2016.

Kecemerlangan beliau dalam arena badminton sememangnya menjadi idola terutama kepada anak-anak yang begitu meminati sukan badminton ini.

Satu sesi ringkas Chan Peng Soon bersama tetamu yang hadir. Paling teruja tentulah kanak-kanak (peminat cilik) yang dapat mendengar sendiri perkongsian gaya hidupnya setiap hari. Bagaimana beliau bersukan dan juga pada yang sama mengambil makanan yang sihat.

Chan Peng Soon turut berkongsi satu resepi mdah penyediaan jus buahan yang digemarinya. Sangat mudah menggunakan produk daripada Beko!

Acara paling dinatikan, bengkel badminton bersama dan perlawanan persahabatan bersama Chan Peng Soon. Semuanya tidak sabar (terutama kanak-kanak) untuk belajar badminton bersama dengan idola mereka.

Dianggarkan hampir 100 orang juga kanak-kanak dan ibubapa menyertai bengkel ini. Masing-masing cukup bersedia dengan berpakaian sukan dan peralatan permainan badminton.

 Anak saya yang begitu teruja turut menyertai sama. (sekejap sahaja). Masih belum berada dalam peringat pandai bermain tetapi lebih ke arah cuba bermain. Ini memotivasikan saya untuk lebih kerap menghabiskan masa bersama mereka dengan bermain badminton. Pastinya aktiviti ini sesuatu yang sangat menyeronokkan!


Moga kempen "Eat Like A Pro" membuka mata kita semua terutama masyarakat Malaysia tentang kepentingan menjalani gaya hidup sihat melalui pemakanan dan bersukan. Gabungan kedua ini sangat penting bagi membantu generasi akan datang untuk terus kekal sihat tanpa mengalami masalah seperti kegemukan, berpenyakit dan sebagainya.

Sempat saya bergambar dengan idola saya Mrs Goo Chui Hong. Terima kasih diatas segala nasihat dan tips yang sangat berguna dalam membantu saya untuk menjadi ibu yang terbaik :-)

Keterangan lanjut mengenai kempen boleh layari:-


Penganjur:


Jom sertai kempen "Eat Like A Pro"!!
Kempen "Eat Like A Pro" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 14, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Nama Chang Peng Soon tu sangat familiar. Ye lah kalau sukan badminton memang pernah dengar nama beliau. Eat clean sangat la bagusnya. Dah makin berumur ni kena selective makan apa. Kalau start young lagi bagus!

    ReplyDelete
  2. Haha. Hari tuh busy sangat tak nampak kak Ayu. yogurt drink tuh best, healthy betul. I pon first time tengok Chan Peng Soon. Hari tuh budak budak semua suka kat dier - idola badminton negara. ;)

    ReplyDelete
  3. Memang terbaik mendedahkan aktiviti bersukan pada usia yang muda. Semoga ia mencintai sukan badminton ini

    ReplyDelete
  4. Pendedahan yang baik buat anak2. Kadang2 bila ada idola macam ni, ahli sukan popular mampu nak suntik dan tanam azam budak2 nak jadi macam dorang. So tak langsung mesti akan terikut gaya pemakanan sihat dan aktiviti sukan yang disarankan.

    ReplyDelete
  5. healthy campaign.. let's us all eat like a pro.. yeah yeah... exercise and balance diet... healthy lifestyle

    ReplyDelete
  6. bagus buat kempen mcm ni utk anak-anak..dari dedahkan diorang dengan dunia gadjet..at least ni membantu diorang lebih sihat

    ReplyDelete
  7. Pemakanan sihat.
    Bersenam.
    These 2 things are very important.
    If kita amik both dlm lifestyle kita sekeluarga, anak2 akan sihat cerdas & cergas.
    Jus buah is feveret anak2 aida la.
    Memang senang buat dan berkhasiat. Mengenyangkan.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya ada kempen macam ni. Menggalakkan amalan pemakanan sihat untuk semua golongan. kesedaran macam ni sepatutnya diberikan sejak dari kecil lagi.

    ReplyDelete
  9. Sesekali keluar kempen kesedaran MCM ni bagus juga kan. Bukan apa, bab bagi makan tu kita pun kadang layan kan je tekak anak. Sebab pikir janji Dorang makan. Lepas ni kena ubah cara hidup ni kan

    ReplyDelete
  10. Oh yes! diet is very important not only for adults but children too. I also try to eat clean as often as I can to keep my body healthy.

    ReplyDelete
  11. pendedahan yang bagus kak untuk kanak-kanak. supaya diorang cepat belajar tentang susahnya kalau jadi gemuk macam saya ni. hahaha

    ReplyDelete
  12. Badminton exercise with healthy eating can encourage a healthy lifestyle for all. Keep it up!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.