Kempen "Tasty And Nutritious Avocado"


Buah avocado yang berbentuk lonjong berwarna hijau ini mengandungi khasiat pemakanan yang cukup luar biasa. Untuk pengetahuan semua buah Avocado sebenarnya mempunyai rasa lemak dengan tekstur isinya sangat lembut. Ianya bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja bahkan boleh dipelbagaikan cara menikmatinya seperti menjadikannya sebagai salah satu ramuan didalam salad, pencuci mulut, sup dan pelbagai lagi.

Melihat kepada permintaan buah avocado yang cukup memberangsangkan di Malaysia Taste Australia telah melancarkan Kempen "Tasty And Nutritious Avocado" di Jaya Grocer Starling Mall pada hari Rabu 17 Julai 2019 baru-baru ini.

Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada lebih ramai lagi masyarakat Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan diri terutama didalam pengambilan avocado sebagai salah satu makanan berkhasiat setiap hari. Dan buah avocado Australia ini juga bukan sahaja kaya dengan nutrisi bahkan rasanya yang lemak-lemak manis begitu enak dinikmati dalam apa sahaja cara sajian.

 
Antara ucapan daripada Ms Caitlin Noble (Austrade Trade Commissioner);

"When customers buy Australian Avocados, not only do they get 'farm to table' freshness, there are also buying into the country's very high environmental, food safety and employment requirements. And because, we're so close, we can deliver the freshest products to Asia in 48 hours"

Negara Australia dikatakan memiliki ladang avocado yang agak besar/luas di kawasan Western dan Southern Australia, Victoria dan western NSW.  Peningkatan pengeluaran buah ini juga berlaku di Northern dan central Queensland sekaligus membolehkan negara Australia mengeksport lebih banyak kuantiti buah avocado ke Malaysia.

Kita boleh melihat kematangan buah avocado  melalui kulit luarannya. Samada ianya perlu disimpan terlebih dahulu atau boleh dinikmati terus. Antara fakta yang perlu kita tahu tentang buah avocado adalah seperti:-

Buah avocado belum masak/ranum (unripe). Warna hijau cerah dan fizikalnya agak keras.

Buah hampir masak/ranum. Warna seakan coklat. Kulit luar tidak semkain berkilat.

Jika buah avocado sudah berwarna hitam. Ini bermakna kita boleh makan terus. Buahnya sudah masak/ranum. Dan fizikalnya lebih lembut.

Selain daripada pelancaran kempen, turut diadakan adalah demonstrasi menyediakan hidangan enak bersama dengan buah avocado. Dan resepi enak ini adalah daripada Mrs Alexandra Prabahan (Certified Nutritionist and Health Advocate).

Menurut Mrs Alexandra, ramai yang tahu tentang kesedapan buah avocado namun masih ada yang tidak jelas tentang kebaikannya dari  sudut kesihatan.

Oh ya! Avokado adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Untuk sebiji buah avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ianyajuga dikatakan  bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher,siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.

Jika kita sentiasa mengambil buah ini setiap hari, secara tidak langsung kita boleh menurunkan paras kolestrol dan juga mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang boleh bertindak melindungi kita daripada diserang sakit jantung.

Nak mengeluarkan isinya juga sangat mudah. Tetapi kita masih perlu lakukannya dengan berhati-hati bagi mengekalkan kecantikan tekstur isi avocado.

Antara 3 resepi yang saya pelajari daripada Mrs Alexandra adalah seperti:-

1. Avocado Devilled Eggs
Untuk hidangan : 6 orang
Tempoh penyediaan : 10 minit

Bahan:
1 biji avocadi )ranum/sudah masak)
4 biji telur (rebus sehingga keras)
2 sudu kecil mustard
sedikit perahan air buah limau
1 cubit cayenne
1 cubit paprika
Cilantro

Caranya:
Telur yang telah direbus, dibelah dua. Ambil telur kuningnya dan gaul rata bersama isi avocado, mustard, buah limau nipis, cayenne dan paprika. Serusnya masukkan ramuan yang telah digaul ke dalam telur dan hiasinya dengan daun cilantro.

2. Malaysian Avocado Smoothie
Untuk hidangan : 2 orang
Tempoh penyediaan : 5 minit

Bahan:
1 biji avocado
1 sudu gula melaka yang telah dimasak bersama daun pandan
3/4 susu badam
1/4 krim santan

Cara:
Masukkan semua dan kisar. Minum sejuk-sejuk memang enak!


3. Avocado Chocolate Mousse
Untuk hidangan : 2 orang
Tempoh penyediaan : 5 minit
Tempoh penyejukan : 30 minit

Bahan:
1 biji avocado
1 biji pisang (sudah masak/ranum)
1/4 santan
1-3 sudu kecil madu. Ini bergantung pisang yang digunakan
2-3 sudu kecil serbuk koko (bergantung kepada rasa coklat yang dikehendaki)
Buah beri untuk topping.

Cara:
Campurkan semua bahan. Kisar halus. Masukkan dalam mangkuk dan seterunya sejukkan didalam peti selama 30 minit. Dan hiasi bahagian di atas dengan buah beri.


Mrs Alexandra bersama dengan 3 hidangan yang disediakan tidak sampai 30 minit. Mudah, praktikal  sedap dan berkhasiat!

Beliau juga ada berpesan jika membeli buah avocado,  kita perlulah menjaganya seperti membeli telur. Ianya perlu berhati-hati agar tidak memberi kesan kepada isi avocado didalamnya.

Saya percaya untuk mendapat kualiti gaya hidup yang terbaik, ianya perlu bermula daripada pengambilan makanan yang berkhasiat. Dan buah avocado Australia adalah salah satu alternatif terbaik untuk dijadikan sebagai salah satu diet seharian kita.

Untuk keterangan lanjut tentang produk Australia boleh layari:-
http://australianavocados.com.au
www.facebook.com/australianavocados
www.instagram.com/australianavocados

Kempen "Tasty And Nutritious Avocado" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 18, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. okay baru tahu fasa yang elok untuk makan buah avocado ni. Ingatkan hijau dah boleh terus makan. Selalu nampak artikel khasiat buah avocado ni tapi tak pernah rasa lagi. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  2. Rawlins teringin nak rasa tapi masih belum ada kesempatan lagi. Avocado nie banyak khasiat dia kan, untuk kesihatan dalaman dan juga kecantikan luaran.

    ReplyDelete
  3. Rupanya banyak khasiat kan buah ini. Akan tetapi, Naim sendiri tidak lalu makan buah ini. Sayang kan. hehe

    ReplyDelete
  4. Good sharing... TQ utk info especially pasal 3 fasa buah avocado tu. Biasa order jus yg dah siap.
    Awal tahun hari tu dpt la mkn banyak buah ni masa trip Perth. Kalau la harga dia murah sikit kat sini, kan boleh kita mkn tiap2 minggu... 😁

    ReplyDelete
  5. Bestnya kalau reti makan avocado ni! Pernah sekali je try order avocado smoothie, takleh nak telan hahah. Dah la bagus untuk kesihatan, macam mana la cara nak bagi boleh telan avocado ni eh kak Ayu :D

    ReplyDelete
  6. Oh yesss i love avocado, eat like this, buat juice or make as food semua pun sedap.

    ReplyDelete
  7. Nyummsss.. thank you untuk resipi avacado treats ni. Mira dengan husband pun suka makan avacado sejak ada maliq ni. Selalu beli kalau ada time promo, macam2 boleh buat dengan buah ni sebab dia creamy. Paling suka buat ice-cream, sedap!

    ReplyDelete
  8. avocado memang bagus sebenarnya tapi ramai tak makan sebab harganya mahal. sekali sekala ok la. Nampak sedap je smootie tu..mesti sedap kan

    ReplyDelete
  9. Sis ni buah orang have2. Kite hidup 25 tahun ni baru 2 kali je rasa. Banyak kebaikan kan buah avocado ni. Klu makan hari-hari sah2 kite makin hensem. hehehe. Lepas baca entri sis terus rasa nk pergi beli 😅

    ReplyDelete
  10. sedap ke eh makan avocado. Teringin nak rasa tapi takut tak kena dengan tekak. masa anak kecik dulu selalu baca dorang suruh start bagi anak makan dengan avocado dulu. katanya rasa lemak-lemak macam susu. betul ke?

    ReplyDelete
  11. Lia pun suka avocado ni kalau buat salad memang sedap. Kalau buat ice bleanded pun sedapTapi kan harga avocado kat Malaysia ni mahal sikit kan.

    ReplyDelete
  12. sedapnya avocado kak. nak nak kalau buat air dan letak pulak coklat dalam tu ayooo. meleleh air liur ni. first time minum air avocado masa kat bandung. BTW banyak jugak kelebihan avocado ni ya.

    ReplyDelete
  13. kalau buat jus baru reti ambik avocado nih , makan gitu buat salad apa belumm try...oh lagi satu yg sedap buat guacamole makan ngan nachos

    ReplyDelete
  14. Teringin nak merasa buah avocado ni mcmna.. Sebab bila tgok mcm sedap je.... Apa rasa dia ekkk.. Selalu dpt pegag je sbb xpandai nak makan.. Hahaha.... Mcm ni rupanya nk kenal buah avocado yg mentah dan dh masak cmne

    ReplyDelete
  15. Saya suka minum avacado juice tu. Tapi bila bagi yang mentah mentah macam ni, tak berapa gemar. Maybe fobia kot, sebab pernah sekali tu termakan yang kelat dan pahit 🤣

    ReplyDelete
  16. Avocado memang fav airah. Suka gila minum avocado smoothie rasa lemak dia tu haha. Tapi nak beli sesuai memang agak mahal rasa nya dari buah lain

    ReplyDelete
  17. The mousse looks so yummy and healthy!! But Avocado is a healthy fruit that I really, I used to hate it but I like it now.

    ReplyDelete
  18. Nice sharing! Avocado is nutritious and yummy! Mouse mommy and kids MR MH love it too!

    ReplyDelete
  19. Avodaco dari Australia mempunyai kualiti yang baik dan buahnya sedap kerana mereka menghantar avocada mereka dengan lori makanan yang sesuai dan dipercayai. Nice sharing and thank you for the post.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.