Ristech Cafe Menawarkan Hidangan Terbaik Korean, Western dan Italian!


Apa beza awak dengan Korean Spicy Chicken?
Korean Spicy Chicken pedas-pedas manis bila kita rasa,
Awak pulak.. hot-hot sweet kalau di depan mata...

Haha
Ok hambar..hahahaha

Btw. Saya bukan beria nak buat pick up line mengenai ayam sangat tetapi sebenarnya saya sangat teruja tentang hidangan-hidangan yang ada di Ristech Cafe termasuklah hidangan Korean Spicy Chicken yang ada di sini. Bukan biashe-biashe bosskurrr. Ini kerana sos ghochujang-nya dibuat semuanya sendiri (self made hokeh). So, kita dapat rasakan dia punya rasa memang cukup padu ssesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia.

Ristech Cafe ini terletak di Kuarters Business Center Nilai negeri Sembilan. Berhampiran dengan stesen Petronan dan kedainya di tingkat atas bersebelahan dengan Pasaraya Segi. Kemudahan parkir memang banyak disediakan jadi memudahkan pelanggan datang ke sini untuk menikmati hidangan-hidangan hebat yang disediakan.

Bercerita tentang kehebatan hidangan, cafe yang telah memulakan perniagaan selepas tahun Baru Cina tahun ini (2019) menawarkan menu-menu hidangan bercitarasa Barat (western), Itali (italian) dan Korea (korean). Ke semua hidangan disediakan oleh pemilik cafe iaitu selaku chef yang cukup berpengalaman dalam bidang kulinari dan masakan. Apa yang mengujakan saya, ramuan yang digunakan dibeli secara segar dan dibuat sendiri daripada 'scratch' sehinggalah terhasilnya satu set hidangan yang lengkap. Ini terutama hidangan yang melibatkan pasta, sos, patties dan pelbagai lagi.

Antara hidangan yang saya sangat rekomen pada korang jika datang ke sini adalah:-

YANGNYEOM-CHIKIN | RM8.50 (6 pcs) RM16.50 (12 pcs)

Ayam goreng garing disaluti dengan sos istimewa. Rasanya pedas-pedas manis memang terbaik! 

GANJANG-CHIKIN | RM8.50 (6 pcs) RM16.50 (12 pcs)

Ayam korean ini sesuai untuk anak-anak yang tidak suka pedas. Rasanya lemak-lemak manis. Memang sedap.


LINGUINE SHRIMP & SPINACH | RM12.90 

Makan panas-panas memang terbaik. Limpahan keju di pasta linguine dan saya sangat suka dengan kehadiran sayuran bayam serta udang didalam hidangan ini. Cukup sempurna.

CAJUN CHICKEN AFREDO | RM12.90

Sedap dan sesuai untuk mereka yang suka pasta dengan percikan rasa kepedasan.

DEEP FRIED CORDON BLEU | RM18.90

Ini memang sangat saya rekomen. Terutama rasa sos putih istmewa bersama ayam yang digoreng ranggup. Portion agak besar. Mewah denga rasa.


DEEP FRIED CHICKEN CHOP SPECIAL | RM14.90

Peminat chicken chop juga akan tidak rasa menyesal apabila menikmati set hidangan ini. Kesedapannya memang padu! Bagi saya ianya adalah set pemakanan lengkap. Cukup dengan sayuran, karbo serta protein.

SWEDISH MEATBALL | RM10.90

Meatball yang dibuat sendiri olef chef dipadankan dengan sos blackpepper, mashed potatoes dan salad. Feveret anak-anak pastinya.

RISTECH MEAT & GREET | RM5

 Hidangan ini ala-ala burger dan sesuai untuk dinikmati dimana sahaja 'on-the-go'. Isi daging tebal digril , dinikmati bersama sos mayonis dan keju serta waffle.

Dari kiri; AJUSHI MILK TEA VIRAL, GREEN TEA LATTE VIRAL dan TEH PUAKA JB VIRAL 

Ini antara air minuman yang 'hot selling' dekat sini. Terutama AJUSHI dan TEH PUAKA. Hahaha. Nama semengancam dengan rasa minuman in tau!

Untuk air AJUSHI MILK TEA VIRAL, bagi 5 pelanggan yang pertama pada jam 6 petang dan 8 malam ditawarkan harga istimewa iaitu RM5. Harga biasa minuman ini adalah RM7. So, kalau korang nak dapatkan harga lebih murah kena datang awal pada tepat jam 6 petang dan 8 malam setiap hari kecuali Jumaat ya. (Jumaat cafe tidak beroperasi).

Istimewanya bermula dari 20 Julai 2019, Ristech turut menawarkan sarapan pagi dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari. Antara 3 menu yang korang mesti cuba adalah seperti Roti Goyang, Cinnamon Toast dan Omelette Toast. Didatangkan dengan 'hot espresso' dan harga ditawarkan hanya RM7 sahaja.

Psst,,,ada free flow kopi kampung tau!! Perghhh..memang best :-)

Roti goyang yang memang ohsem!

Untuk korang yang datang ke sini dan hanya ingin nikmati hidangan yang lebih santai ataupun mahu menyediakannya sendiri seperti maggi (mengikut citarasa korang). Di Ristech juga menyediakan kaunter memasak maggi menggunakan ketuhar yang disediakan. Tetapi korang kena dapatkan maggi di Ristech Cafe terlebih dahulu.

Nak lepak-lepak untuk hilangkan stress. Korang boleh bermain permainan atas talian di sini. Terutama peminat permainan FORTNITE, ahah!! Bolehlah bermain sampai lenjan yerpp. Untuk 2 jam pertama RM18 dikenakan dan untuk jam seterusnya hanya RM7 untuk setiap jam.

 Dekorasi cafe sangat cantik biarpun hiasannya agak minimalis. Susunan kerusi meja sangat teratur memudahkan pergerakan pelanggan jika berada di sini. Oh ya! Terdapat juga surau dan bilik air yang selesa disediakan untuk kemudahan pelanggan.

Jika korang ingin adakan majlis esklusif, di Ristech Cafe juga ada menyediakan ruang untuk majlis yang ingin korang raikan. Sebabnya ianya terletak di tingkat atas deretan kedai, jadi ianya memang sangat sesuai sekiranya kita hendak adakan majlis yang lebih privasi.

Terdapat juga sudut menikmati hidangan untuk mereka yang ingin lebih suasana sendirian. Terutama orang macam saya yang mempunyai habit 'menggunakan gadget' sambil menikmati hidangan. Dan sudut ini paling sesuai, sebenarnya. Heheh.

Cara pembayaran adalah samada secara tunai, apps Boost ataupun e-wallet Touch n Go. Untuk penggunaan apps Boost dan e-wallet Touch n Go akan diberikan 5% diskaun daripada harga jumlah bayaran.

So korang!! Jangan lupa untuk terjah Ristech Cafe yang dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari, 3 petang sehingga 11 malam.

Ristech Cafe menawarkan variasi versatil hidangan menarik,
Nikmati juadah Korean, Western dan Italian pada harga yang terbaik!

Jejoms!

Comments

Anonymous said…
as
Frozen food said…
Restaurant ini juga menyediakan seafood yang segar dan enak. Seafood yang segar perlu dihantar dengan lori makanan ke destinasinya dengan cepat. Saya akan kunjungi restaurant ini lagi jika ada peluang. Terima kasih atas post ni and keep writing!
AzianKhalil said…
Sedapnya teh tu....
Apasal nampak kak ayu makin cantik sekarang?
Khai said…
alahh jauhnya hahaah! okayh takpe nanti kalau ke sana boleh la try. dia punya pasta tu nampak creamy sangat. sedapnyaa alahaiii
Bella Jamal said…
Bukan main jauhnye ke sanaa. Yang dekat-dekat ni pun sis tak sempat terjah. Btw, semua hidangan di kafe tu Bella taste dan suka. Semuanya faveret. Harga pun sedang-sedang elok nak duduk lepak amkan.
Fadzi Razak said…
Deko kedai dia macam deko dalam rumah. Sedap je tengok. Meat and greet tu rare habis. Teringin nak cuba
Syamimi Saad said…
Menu dia nampak mengancam. Hehhe
Aduhai..
Tekak ni macam dok terasa nak je makan semua tu..
tapi jauh..
Kalau dekat, nak juga merasa..
Sedap ni. 😋😋😋
adianiez AIDA said…
wow! menarik ni.
aida paling terpikat dgn menu sarapan.
ya Allah. nikmat mana la ekk kita nak dustakan if dpt makan semua tu :)
then, ayam korean tu, sgt nak rasa.
tak pernah merasa ha ha ha ha ha... not so many kedai korean food kat melaka ni yg trusted!
then, meatball swedish tu. terkenang kan ikea :)
aduh.
aida da screenshot detail ni.
mana le tau nanti nak naik KL, kita singgah jap di nilai, kan, penuhkan perut :)
ohsem!!!
Aerill Hassan said…
nampak sedap je ayam tu. teringin nak rasa. harga pun mcm berpatutan. tapi mcm jauhlah pulak.. nnti kalau tetiba macam nak ke nilai tu, in shaa Allah akan singgah kt restoran ni :) terima kasih share ya :)
Sebrinah Yeo said…
All their food looks so good! Their pasta looks really appetising! Paling best is the ayam, anak saya sure suka hehe
Nadia Johari said…
pergh memmng tempting la semua makanan dia..sedap belaka..air tu pun..tapi bila tengok tempat alamak, dekat negeri sembilan ke..kene p bercuti ke sanala baru dapat singgha..hehhee
Mahamahu said…
Akak kita suka ayam koreanya sangat sedap dan juga memang memenuhi kehendak orang Malaysia yang suka K-Pop gituwwww hehehehe tapi yang lain pun semua sedap juga memang memberangsangkan nak datang lagi makan sini tak kisah walaupun jauh sikit lah ehehehe...
Hanny Abdullh said…
Nampak sedap2 makanan dia. Kalaulah dekat sure sis terjah ni. Nantilah, kalau sis ke NS..bolehlah singgah
Mat Drat said…
Mat Drat suka entry ni sebab..... Ada makanan Korean. He he he.

Biasa yg dah balik dari Korea, tak kira Seoul ke Busan ke Jeju, mesti akan cari makanan Korea..
Farhana Jafri said…
tak tahu pulak game fortnite ni macam mana. Tengok menu dia macam sedap kalau makan panas2 ni. Lapar terus dibuatnya. Kalau menyinggah nilai boleh singgah sini
Wahh, roti goyang pun ada ehhh. Sedapnya tengok semua tu! Memang rare kalau gochujang tu buat sendiri, teringin pulak nak merasa. Tapi jauh pulak.
Emi said…
Eh kenapa rasa macam murah sangat makanan dia ni? Pasta boleh dapat sekitar rm12.90 kira murah dah tu bagi emi. Tapi kat nilai ye kedai ni? Jauh pulak nak ke nilai.
Mawardi Yunus said…
mudah la kalau ada variasi pilihan selera kat sini. kalau pergi ramai2 leh la oder ikut kehendak masing2 kan.
saidila said…
korean ?? uuu saya suka makanan korea ...nak cuba jugaklah hujung minggu ni sebab malas nak masak ....ehehehehe
Sunshine Kelly said…
Perghhh semua dishes yang dihidangkan best best, paling menggoda is the DEEP FRIED CORDON BLEU macam nak ajak family pergi ke sana.
keling langit said…
Jauh ... tapi kali enak sekali ya makanan

Teknisi Blogger siap datang.

Popular Posts