TAS KL Jenama Lokal Yang Menawarkan Rekaan Beg Yang Esklusif


Pertama kali saya melihat jenama TAS KL, ketika saya sedang scroll di timeline IG saya. Ekspresi saya ketika itu "Wow! Cantik-cantik koleksi beg dari TAS KL".

Untuk pengetahuan semua jenama beg tempatan TAS KL (dahulunya TAS) telah diperkenalkan tiga tahun lalu dan ketika itu ianya lebih fokus kepada membuat beg-beg tangan tempahan khas mengikut permintaan menerusi laman web dan media sosial. Tidak seperti jenama lain, setiap beg TAS KL dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. So, ianya sangat esklusif.


Meskipun berstatus 'independent' tanpa promosi besar-besaran atau butik sendiri, jenama ini telah mencuri perhatian ramai selebriti tempatan, antaranya model Amber Chia, peserta Asia Next Top Model, Tuti Noor, penyanyi Yazmin Aziz serta ramai lagi golongan profesional dan influencers. Jenama TAS KL juga telah banyak berkolaborasi dengan pereka tempatan dan pernah menyertai
acara-acara fesyen tempatan seperti Gaya Koleksi Raya, The Wedding KL dan Kedah FashionWeek.
Antara jenama tempatan yang pernah berkolaborasi dengan TAS KL termasuk Hasfitri Yusof, Annay H, JAKEL, Metrojaya, Nusantara Touch, RLMens dan Kalung.Co. TAS KL SS19/20

Selain mengambil tempahan khas, TAS KL turut mengeluarkan koleksi bermusim sebagai rujukan dan panduan untuk pelanggannya membuat tempahan. Yang terkini adalah untuk SpringSummer 19/20 (SS19/20). Untuk koleksi kali ini, TAS KL mengetengahkan rekaan beg anyaman dalam warna neutral yang lebih mengutamakan pilihan silhouette dan aspek pembuatan. Perincian mewah tersendiri TAS KL masih dikekalkan dengan sentuhan minimal untuk memberikan lebih impak kepada rekabentuk dan pemilihan material unik bagi setiap rekaan beg.

Antara beg TAS KL yang mencuri hati saya seperti dibawah:-


Elegan. Dari anyaman yang sangat kemas menjadi sebuah tas tangan yang hebat.

Saya sangat sukakan perincian ala-ala kerongsang. Sangat cantik dibawa ke majlis-majlis formal.

Clutch batik. Menggunakan elemen batik tradisi dalam rekaan ini memang sesuatu yang sangat menarik

Detailing yang sangat padan dengan rekaan batik. Less is more!

Kecil dan kompak. Saya suka dengan corak pada beg. Sangat menyerlah dan sesuai digayakan dengan gaya kasual.

Close up pada jahitan manik dan bunga, menyerlahkan lagi penampilan beg comel ini.

Sling bag yang praktikal. Ada taburan labuci di situ. Dengan tema hitam memang mudah untuk kita gayakan dengan apa-apa jenis warna busana.

Taburan labuci pelbagai bentuk dan saiz.

Comel. Warna merah jambu mencuri hati. Saya meletakkan alatan solek di dalam beg ini. Mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Jahitan sulaman tampal yang begitu berpadanan dengan beg ini.

Dan terdapat banyak lagi rekaan-rekaan beg menarik yang boleh korang pilih dari TAS KL. Dan ianya aditawarkan pada harga yang sangat berpatutan tau!

Dalam meneroka industri fesyen Malaysia dengan lebih giat, jenama TAS KL pastinya akan menawarkan produk-produk hebat dengan rekaan terbaru  yang lebih segar. Seterusnya diharapkan jenama lokal ini dapat melebarkan sayapnya dengan memulakan lebih banyak lagi projek-projek untuk masa hadapan.

So korang kalau nak tempah TAS KL boleh hubungi mereka di ;
Instagram: @tas_kl
Facebook: TAS KL.


Comments

Nhazla Fikri said…
Wow. Look so feminim Dan elegant. Sesuai untuk ke majlis atau event dinner gitu. Sebab nampak Glam di bawah lampu. Saya suka yang ada batu-batu sebab memang dah berkenan yang shining-shining. Mungkin sebab perasaan wanita yang suka akan be da bersinar. Lumrah la kan. Pandai jugak designer ni masukkan barang kesukaan wanita
Julia Mahir said…
Cute nya nama dia TAS. Macam org dulu dulu panggil tas tangan kan. Koleksi dia un nampak menarik gak. Suka dia punya details, sulaman, rocks, semua ada identity lain-lain.
Cantik. Kalau seorang muslim lebih anggun berpakain sopan dan menutup aurat dengan sempurna kan :)
Marina Bashah said…
Serius cantik bagnye. Simple je. Baru tau handbag ada jenama TAS. Marina kalau ke mana-mana suka bawak bag yg kecik-kecik je
Lin Liena said…
haah la cantik2 design tas ni...nampak unik dan klasik..sesuai dengan citarasa kita yh suka design simple tapi nampak mewah
Cik Lily Putih said…
warna-warnanyer sangat sangat menarik dan sesuai di gaya di majlis-majlis formal dan esklusif. harga macam mana pula ek, berpatutan?
Cik Min said…
Lawa lawa la kak beg TAS ni. Kte 1st time dengar pasal TAS ni hahaha nampak tak yg kte asyik bergelumang dgn sambal je hahahah sampai tak tau dah festen2 skrg
Atul Hamid said…
Cantik koleksi TAS KL ni, sangat sesuai digayakan untuk pergi ke majlis-majlis. Memang patut sangat edisi pengeluarannya terhad, sebab rekabentuk dan designya sangat eksklusif. Selalu kita jumpa yang biasa-biasa je.
BBL suka tas tangan mengkuang tu, simple tapi nampak elegen. sesuai kalu buat pergi majlis kenduri atau berjalan-jalan dengan family. pilihan pun banyak.. menarik entri kak ayue hari nie
Fadzi Razak said…
Cantik cantik design beg dia. Dalam banyak banyak tu Fadzi paling suka yang lutsinar tu. Style habis
adianiez AIDA said…
rekaan menarik.
bercirikan kita.
simple.
tapi elegan :)
wa I like what I see here. all the collection from TAS KL look elegant and pretty. nice for every women and ladies in every occasion
Aerill Hassan said…
nampak cantik dan unik. bolehlah nnti saya beli untuk girlfriend nnti. mesti dia suka. terima kasih share ya :)
Hanny Abdullh said…
First time dgr jenama Tas ni. Nampak menarik dn elegan sgt. Boleg bwk santai atau ke event besar. Kalau murah boleh le rembat satu..kalau mahal kita tgok je le..hehehe
Siti Awadah said…
TAS... sesuai ngan nama Tas Tangan ni... cute je nama dia... 1st time awa dengar jenama ni.. design not bad... sesuai utk event... warna pun mcm2.. cantik gak!
Ahmadi said…
Sumpah tak pernah lagi dengar jenama beg TAS KL ni. Kalau bukan sebab baca review Kak Ayu Rafikah, confirm tak tahu. Thanks kak atas review jenama ni...mana tau ada rezeki boleh hadiahkan kat mak... :)
Nadia Johari said…
beg macam ni bagi mak kita mesti di asuka kan..beg zaman dahulu tengoknya..ehehehe..
Tekkaus said…
These handbags do look different from the usual ones that we have. :) Thanks for sharing.

Popular Posts