Jom Makan Snek Secara Berhemah

Saya percaya ramai antara kita yang memang suka menikmati snek. Tidak kira masa dan di mana sahaja.  Saya sendiri beranggapan snek merupakan kudapan yang menyeronokkan, salah satu cara kita berkomunikasi dan bergaul  adalah melalui perkongsian snek yang dinikmati secara bersama atau berkumpulan dan sebagainya. Pendek kata menikmati snek adalah sesuatu yang boleh memberi impak yang positif tanpa kita sedari.

Namun tidak dinafikan, menikmati snek secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kegemukan. Ianya juga dikaitkan dengan makan makanan yang tidak seimbang dalam keadaan tidak terkawal. Bagi mendalami isu ini saya telah menyertai satu sesi interaktif berinformasi yang memberi fokus kepada kepada kepentingan menikmati snek dengan cara berhemah.

Antara snek yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Dalam sesi ini juga, saya diminta untuk membuat pemilihan jenis snek yang saya pasti/akan ambil dan juga kuantitinya. Samada saya mengambill satu atau lebih, ataupun tidak mengambilnya langsung. Setelah pemilihan dibuat saya perlu mengira sendiri jumlah kalori mengikut makanan yang dipilih Memang mengejutkan apabila melihat kepada keputusan jumlah kalori yang telah diambil :-)

Seterusnya mengkaji tabiat pemakanan yang menjurus kepada personaliti diri. Samada kita adalah seorang yang 'Situational Snacker', Compulsive Snacker' ataupun Mindful Snacker.

Berbicara tentang 'mindful snacker', ianya merujuk kepada bagaimana kita memberi ingatan dan perhatian, dengan memberi fokus kepada momen, rasa dan bagaimana keenakannya mampu memberi keseronokan kepada kita ketika menikmatinya.


Mr James Kane (Managing Director, Mondelez International Malaysia, turut berkongsi tentang produk snek dibawah label Mondelez International yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia. Antaranya seperti biskut Oreo, Chipsmore, Twisties, Cadbury dan banyak lagi.

Menurut Mr James lagi, "Para pengguna tidak perlu memilih antara makanan snek atau makan makanan sihat. Tetapi pengguna perlu menikmati snek dengan cara yang betul terutama dari aspek bagaimana pengendalian terhadap pengambilan makanan".

Acara yang paling dinantikan adalah perbincangan mengenai SMRter Snacker bersama ahli panel yang dijemput iaitu Dr. Satvinder Kaur (Penolong Profesor Ketua Program Nutrisi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Gunaan Terapan Universiti UCSI, Ms Pei Gee Chew (Pengurus Nutrisi dan Komunikasi Strategik Mondelez AMEA), En Nash Idrus (selebriti jemputan dan seorang bapa) dan dihoskan oleh Puan Sheahnee Iman Lee.

Dalam sesi ini beberapa kupasan mengenai persoalan yang kerap dikaitkan tentang tabiat pemakanan snek, antaranya seperti:-
  • Kenapa setiap individu gemar makan snek?
  • Pengaruh snek terhadap mereka yang peka dengan soal kesihatan dan kesejahteraan diri.
  • Apakah penyebab yang boleh mempengaruhi pemikiran pengguna untuk menikmati snek.
  • Apakah tip-tip yang boleh dikongsikan ke arah pemakanan snek yang berhemah.


Satu perkongsian yang menarik apabila ahli panel menyentuh tentang snek itu sendiri mampu memberi lebih tenaga yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Ada daripada pengguna memang sudah menetapkan pengambilan snek dalam satu hari untuk waktu-waktu tertentu. Menurut kajian yang telah dilakukan didapati rakyat Malaysia menikmati snek sebanyak 6 sehingga 7 kali sehari. Dan kekerapan ini adalah dikaitkan dengan kesibukan  dan mempunyai masa yang sangat padat. Selain itu faktor gaya hidup aktif juga menjadi penyumbang kepada kekerapan pengamblan snek setiap hari. Nah! Tidak hairanlah terdapatnya peningkatan produk makanan ringan pada tahun 2018 yang mana hasil kutipannya mencecah RM1.28 billion. Dan dijangkakan jumlah ini akan terus meningkat.

Dr. Susan Albers, Psy.D., New York Times bestselling author of Eating Mindfully, memberi penerangan serba ringkas mengenai apa itu Mindful Snacking. 

"Guilty Pleasure" ini sering dikaitkan dengan sikap seseorang itu menikmati snek. Apatah lagi cara pembungkusan snek yang sangat praktikal menjadikan ianya makanan 'on-the-go' pada hari ini. Namun penekanan terhadap makan snek secara berhemah adalah sangat penting bagi mendorong pengguna untuk tidak menikmati snek secara berlebihan.

Secara kesimpulannya ada beebrapa cara yang boleh diamalkan bagi membolehkan kita mengambil snek secara berhemah (mindful snacking). Antaranya seperti:-
  • Minimumkan gangguan. "Listen to your body". Elakkan makan snek sambil belajar, menonton tv dan sebagainya. Ini menyebabkan kita akan makan tanpa berhenti.
  • Pembahagian snek. Kita boleh kaitkan sejauh mana rasa kelaparan ataupun sebaliknya iaitu kekenyangan. "Jika kita kenyang tidak perlu mengambil snek secara berlebihan".
  • Fokus kepada rasa dan aroma. Nikmatinya secara perlahan-lahan. Enjoy the moment.
  • Kunyah perlahan-lahan.
  • Pastikan kita betul-betul habis untuk stiap gigitan barulah sambung kepada gigitan snek yang seterusnya.
Melihat kepada permintaan snek dari masyarakat, syarikat Mondelez International sentiasa memberi fokus untuk menghasilkan produk-produk berinovasi serta dapat memberi manfaat kepada pengguna. Seperti ramuan dalam snek yang bukan sahaja mengandungi nutrisi bahkan memenuhi keperluan diet yang seimbang.


"Snacking Made Right" mengajar kita sebagai pengguna untuk memilih makanan snek ringan yang tepat, untuk masa yang tepat dengan cara yang betul. Nescaya kita akan menjadi pengguna yang bijak dengan menikmati makanan snek/kudapan ringan dengan cara berhemah.


Comments

diaripink said…
Snek macam ni kalau dekat ofis memang kena spare. Kadang2 dah petang tiba2 lapar nak cari kudap-kudapan.
Terima kasih berkongsi . Nak tanya dari segi Halal bagaimana? Naim lebih hati-hati bab Makanan ini. hehe
adianiez AIDA said…
Snacking ni penting.
Yes, pilih snek yg betul.
Time kena betul.
Aida nampak cadbury :-) love chocolate!
Dlm fridge aida wajib ada coklat.
Skit skit dimakan. Tak sekaligus.
Murni Alysa said…
Bestnya program mcm ni. Tq for sharing snacking tips..almaklumlaa kalau kat office ni kalau boleh nak ngunyah jer spjg hari
Kayathre said…
Saya memang suka produk mondelaz. Semua adalah snek kegemaran saya.
yaya_flanella said…
Yaya memang standby snek yang sihat dalam laci ofis. Atleast ada biskut dan jus epal. Bila mula rasa lapar tak adalah terus makan benda lain yang tak berkhasiat
5 Little Angels said…
All in the basket is me and my children favourite snack. Thanks for the tips on how to enjoy our snack and agreed with you.
Mohd Zarin said…
Bagus ada tips sneking macam ni. atleast kita tahu mana yang sesuai untuk kita
mek yunie said…
arrr patotlah gemok. makan snack tak ikut time yang betul. hahah. sambil menaip sambil makan. kononnya nanti dapat ilham.
Farhana Jafri said…
bagus jugak ada tips makan snek, selama ni memang makan snek time tengok movie, kerja ataupun study. Kadang tu tak sedar dah makan satu pack.
Rawlins GLAM said…
Snacking pun ada caranya kan. Especially yang berdiet tu, memang perlu pengambilan snack yang sesuai untuk complement regim diet kan. Nanti share la dengan terperinci ye.
Mimie said…
Biasalah kak orang kita kalau snek tu memang makan hat jenis tinggi kalori. Sekarang ni pun saya duk catu makan dengan amik kira bab karbohidrat. Kalau nak makan snek standby biskut oat. Tapi memang kenyang. Kita kalau standby snek confirm keropok lah coklat lah gula gula kan...
Decamellia said…
Nak makan snacks boleh tapi timing yg betul. Yeay tq ingatkan. Nur punya snack biasanya biskut kering dgn roti. Klu ada buah dlm esbok makan buah juga. Tapi masa snacking nur tak betul kadang2. So perlu lah di perbaiki
mazharalti said…
what an informative posting... setuju sangat... nak makan boleh, tapi kena la berpada-pada... semua benda pun, kalau kita buat (makan) memang kena follow aturannya tak gitu... hehehehe... tips ni akan saya gunakan untuk kehidupan yang lebih sihat...
Azhafizah MN said…
tanpa snek rasa macam lain macam je kan. wajib ada. tapi tu lah kena pilih snek yang betul

Popular Posts