Kecemerlangan 2 Tahun Matxi Corp Dirai Dengan Penuh Gemilang

Berkesempatan menghadiri ke majlis ulang tahun ke-2 syarikat Matxi Corp merupakan satu peluang yang tidak saya lepaskan. Apatah lagi malam gala yang gemilang ini turut dihadiri 2000 pengedar dari 30 negara.

Apa yang lebih menarik, di malam bersejarah ini juga Matxi Corp telah mengumumkan mengenai pelaburan stategik yang melibatkan kumpulan Malaysia yang mana transformasi daripada Matxi S.G ke Matxi Corp. Ini adalah bagi membuka peluang sayarikat ini melebarkan sayap mereka melangkah masuk ke pasaran antarabangsa

Antara acara yang dinantikan selain daripada persembahan dan pemberiaan penganugerahan adalah kemunculan orang-orang kuat syarikat dari setiap negara. Di mana pada awal pembukaan majlis juga telah diserikan dengan ucapan ringkas daripada CEO syarikat dari setiap negara yang hadir. Antaranya adalah seperti Miss Luck Kim (CEO Matxi Corp Korea) , Mr Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan Holdings Sdn Bhd),  Miss Nung (CEO Matxi Corp Vietnam), Mr Kenny (CEO Matxi Corp Malaysia) dan Miss Jenny (CEO Matxi Corp USA).

Dengan kemunculan CEO memberi ucapan yang sangat ringkas dan padat mempu menarik semangat pengedar produk Matxi untuk lebih bekerja keras memajukan perniagaan mereka. Ini kerana dengan semangat dan konsisten dalam perniagaan ini mereka boleh berjaya dan mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.


Begitu ramai yang hadir ke majlis sambutan ulang tahun ke-2 Matxi Corp yang berlangsung di dewan Plennary Hall Kuala Lumpur Convention Centre. Delegasi yang bergaya sakan mengikut tema penuh glamour daripada Vietnam, Thailand, Malaysia, Singapura dan pelbagai negara lagi.

 Pelbagai persembahan telah dipertontonkan. Memang meriah dan mempersonakan. Antara yang menjadi kegemaran saya tentulah tarian daripada Malaysia. Cuma ianya agak rancak sesuai dengan lagu yang mengiringi.

Ada juga persembahan daripada artis seperti Thanh Ha, Bui Anh Tuan, Thu Minh dan Rynn Lim. Bestkan!


Antara penerima anugerahDiamond Distributor atas kejayaan meraih prestasi jualan cukup membanggakan

Siapa sangka dalam 2 tahun beroperasi Matci Corp boleh mencapai kecemerlangan yang boleh dibanggakan. Di mana Matxi Corp (Vietnam) dulu dikenali sebagai Matxi S.G ianya adalah anak syarikat MIIC Holdings Sdn. Bhd. Untuk pengetahuan semua, Matxi Corp ditubuhkan bagi membantu individu dan syarikat yang mahukan jualan yang suskses melalui perjalanan hala tuju yang strategik dan teratur. Selain itu Matxi Corp juga memberi sokongan dari segi latihan perniagaan dan pembangunan manusia.

Nah! Tidak hairanlah untuk tempoh 2 tahun  beroperasi, syarikat ini berjaya mencapai kejayaan yang luar biasa dengan sistem profesional terbaik terutama di negara Vietnam dan lain-lain dengan lebih daripada 20,000 jumlah pengedar dan agen (untuk rekod 2019).

"Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik". Slogan ini dipegang bukan hanya untuk pengedar dan agen bahkan buat pengguna produk dan perkhidmatan Matxi Corp. Rentetan daripada matlamat Matxi Corp itu sendiri yang mahu memberikan yang terbaik bukan sahaja kepada pengguna (pelanggan) bahkan meliputi kepada komuniti, rakan kongsi dan juga pelabur.

Matxi Corp telah mengurangkan 10% keuntungan bulanan bagi tujuan untuk membantu serta meringgankan kesulitan dan beban beribu-ribu isi rumah di Vietnam. Usaha yang sangat murni. Apatah lagiMatxi Corp juga telah menubuhkan Rumah Ah Nien di bawah Yayasan Amal Matxi dengan memberi perlindungan sosial untuk kanak-kanak dan juga warga tua.

Antara industri yang disertai oleh Matxi Corp seperti:-

  • Hartanah
  • Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
  • Percetakan dan Pembungkusan
  • Syarikat Penyelenggaraan Acara
  • Produk Kesihatan dan Kosmetik
  • Restoran

Siapa sangka banyak dan besar juga penglibatan syarikat Matxi Corp ini dalam industri yang begitu dengan keperluan masyarakat. Saya sempat juga melihat beberapa produk di bawah Matxi Corp, antaranya seperti kosmetik - liptik, suplemen kesihatan seperti kalogen dan ekstrak tongkat ali dan pelbagai lagi.

 lipstik

 minuman kologen


minuman tongkat ali

Dan ada banyak lagi produk kesihatan dan barangan kosmetik. Apa yang pasti ke semua produk ini telah melalui penyelidikan secara klinikal yang terperici ini kerana Matxi Corp mempunyai pusat R&D mereka sendiri untuk mengkaji dan sentiasa meningkatkan kualiti produk mereka. Saya juga kagum biarpun melalui proses R&D terbaik harga produk yang ditawarkan juga masih sangat berpatutan.

Matxi Corp juga ada menandatangani kontrak strategik  dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan termasuklah Malaysia bagi memindahkan teknologi, penyelidikan dan mengubahsuai pengurusan serta aliran operasi mengikut piawaian yang paling ketat.

Moga  kumpulan Matxi Corp terus sukses bagi membantu masyarakat dunia untuk hidup lebih selesa dan berjaya.

Keterangan lanjut boleh layari:-

"Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik"

#MATXICorp
#YouDeserveABetterLife
Kecemerlangan 2 Tahun Matxi Corp Dirai Dengan Penuh Gemilang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 22, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. Ni pertama kali i dengar company ni Matxi Corp ni you. Rupanya ada minuman kolagen, kesihatan dan lipstick juga. Hebat betul malam ni ye?.

    ReplyDelete
  2. Nampak gaya memang Matxi akan bergerak laju dan insyaAllah akan memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Malaysia - bagi pekerjaan di kilang dan juga sebagai pengedar.

    ReplyDelete
  3. Sebelum ni mmg x pernah dgr pun nama syarikat ni, rupanya dh msk 2 tahun kewujudan dia...

    ReplyDelete
  4. hebatnya Matxi dah berjaya luas empayar ke negara asean termasuk usa & korea. mesti makin bersemangat agent & distributor nak jual produk matxi kat customer. harap terus sukses di tahun mendatang

    ReplyDelete
  5. Wahh, meriah betul event ni, ingatkan tak ramai, penuh juga ye dewan tu. Semua pakai canti cantik. Tak penah dnegan company ni sebelum ni, dah dua tahun dah ulang tahunnya. Semoga semakin maju!

    ReplyDelete
  6. Was there as well haritu... seriously meriah... dengan hadirin yang penuh dan persembahan yang menarik memang menggamit perhatian penuh semasa acara dijalankan... above all, semoga Matxi terus berjaya dan membuka ruang untuk peluang pekerjaan di sini... all the best...

    ReplyDelete
  7. Memang meriah sekali majlis ulang tahun ke dua Matxi Corp ni, Tahniah dan moga maju jaya lebih lagi dimasa akan datang

    ReplyDelete
  8. Meriahnya lahai majlis ni. Gilang gemilang. Dah lama tak join majlis meriah macam ni

    ReplyDelete
  9. Best jugak dapat attend event macam ni. Boost kan semangat kita bila lihat kejayaan orang lain. Suka dengan slogan company ni, value yang perlu ada dalam setiap company. Bisnes bukan untuk kaya je tapi untuk bantu ubah kehidupan orang lain menjadi lebih baik :)

    ReplyDelete
  10. Walaupun nur pertama kali dengar nama company ni, nur tetap nak ucapkan Tahniah MATXI Corp atas ulang tahun ke 2. Grand sungguh majlis anniversary dorang kan. Mesti seronok

    ReplyDelete
  11. semoga maju jaya matxi corp. first time mek dengar nama company ni tapi nampak dari gayanya dah lama dalam bidang perniagaan.

    ReplyDelete
  12. Meriah sangat dia punya event,..memng namapk glam dan eksklusif..terbaikla dan Tahniah Matxi Corp atas kejayaan ni..

    ReplyDelete
  13. Meriah betul event ni. Seronok tengok bagaimana syarikat ni meraikan pekerja2 dgn event yg penuh gilang gemilang. Semmoga matxi corp lebih maju ke hadapan.

    ReplyDelete
  14. Tahniah Matrix corp atas ulang tahun ke 2. Meriah betul kan..masing2 bergaya sakan..tenggelam sis dalam germelapan klip2 kat baju depa..hehehe

    ReplyDelete
  15. Tengok sahaja majlis ulang tahun kedua sangat meriah ni huhuh memang syarikat ni berjaya tengok cabang yang diceburi pun banyak bukan sahaja kesihatan dan kecantikkan. Selamat maju jaya kepada Matxi Corp...

    ReplyDelete
  16. Ramainya, 2000 orang yang hadir daripada pelbagai negara. Tak sangka dalam 2 tahun dah boleh raih kejayaan dan kehebatan cam gini sekali. Tahniah & selamat maju jaya buat syarikat Matxi Corp.

    ReplyDelete
  17. Wow... Glamour meriah seyhhh majlis nya!
    Tahniah Matxi. Semoga terus maju jaya mencipta kejayaan..

    ReplyDelete
  18. Baru dengar mengenai syarikat ini... tq for the sharing...

    ReplyDelete
  19. Banyak jgk bidang yg diceburi oleh syarikat ni...pasti kejayaan yg mmg dinantikan utk diraikan...tahniah kepada syarikat ini...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.