KEJAYAAN KEMPEN CAROUSELL #MYLOCALWIRA DIRAIKAN

Carousell, salah satu daripada pasaran mudah alih terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, meraikan kejayaan kempen pra-sosial #MYLocalWira dengan parti bertema Hari Keluarga bersempena Hari Malaysia. Dan saya bersama anak berkesempatan menyertainya sama.


Untuk pengetahuan semua sejumlah RM8, 000 telah dikumpulkan daripada kempen, Parents Without Partners (PWP), sebuah badan amal yang ditubuhkan untuk membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan, melalui penjualan item di Carousell yang disumbangkan oleh personaliti Malaysia terkemuka. Antaranya seperti ratu skuasy negara Datuk Nicol David, atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) dan duta Global Citizen Ann Osman, model antarabangsa dan usahawan fesyen dan kecantikan terkenal Amber Chia, atlet sukan permotoran profesional dan “Drift Queen” Malaysia, Leona Chin, penerjun negara Leong Mun Yee, ratu gimnas kebangsaan Farah Ann dan pelumba basikal trek negara dan peserta Olimpik tiga kali Josiah Ng. Personaliti yang terkini bekerjasama dengan Carousell adalah hero badminton Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei. Beliau telah menawarkan raket kepunyaannya beserta dengan autograf untuk kempen ini.


“Carousell percaya akan kepentingan memberi kembali, dan kami bertekad untuk menjadi pemain yang aktif dalam membina komuniti yang menyokong satu sama lain bukan hanya di kalangan ahli Carousell tetapi di kalangan semua rakyat Malaysia. Kami adalah platform yang ambil peduli, dan kami berharap parti ini dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat dan keluarga,” kata Tang Siew Wai, Ketua Serantau, Carousell Malaysia.


Acara yang diadakan juga dapat memberi keseronokan kepada ahli PWP dan anak-anak mereka. Antara persembahan seperti ‘lightsaber’ diketuai oleh Kelab Peminat Star Wars Malaysia, persembahan magis dan patung belon oleh badut Uncle Charlie, dan aktiviti seperti sesi pembacaan buku cerita oleh Kelab Penghargaan Buku KL dan seni pasir, beserta hidangan aiskrim dari Inside Scoop. Turut hadir pada acara ini adalah advokat terkenal #MYLocalWira Farah Ann dan Josiah Ng.



"Kami sangat menghargai sokongan yang kami terima dari Carousell - platform ini merupakan pasaran mudah alih terbaik buat rakyat Malaysia untuk menjual dan membeli pada harga yang berpatutan terutama sekali buat mereka yang ingin berjimat. Kami juga berterima kasih buat semua yang membantu dalam membida item-item tersebut,” jelas En Adrian Ong, Pengarah dan Pengurus Operasi Parents Without Partners. “Keperluan harian dalam membesarkan keluarga adalah sukar, terutama sekali buat ibu bapa tunggal. Dana ini pasti membantu dalam keperluan harian mereka seperti sewa rumah, barangan runcit dan bekalan sekolah untuk anak-anak mereka.”


PWP dapat mengumpul dana melalui jualan item terpakai kegemaran diJumble Station. Dan rakyat Malaysia juga boleh menyumbang kepada organisasi amal ini melalui pembelian item-item di Carousell (pwpoffical). Untuk melihat lebih banyak lagi barangan menarik boleh layari https://my.carousell.com atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store dan Google Play Store.
Untuk informasi dan perkembangan lanjut, ikuti Carousell di www.facebook.com/carousell.my atau Instagram @carousell.my

Comments

Popular Posts