Pakej Dari Umrah De Hearty Memang Terbaik dan Berbaloi


Jika lihat dari segi bahasa, "Umrah" membawa maksud ziarah. Manakala segi syara’ pula bermaksud menziarahi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadat dengan syarat-syarat yang tertentu.


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:
“Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”.

Tidak dinafikan mengerjakan umrah antara impian masyarakat Islam di seluruh dunia. Pernah saya diberitahu yang jika mahu mengembara sebanyak mana negara di luar sana, adalah disarankan untuk pergi menunaikan umrah terlebih dahulu. Ziarah kota suci Mekah dan Madinah, tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW dan para rasul yang lain.
Namun begitu sejak akhir ini, kita sering dimomokkan dengan berita penipuan agensi umrah. Terlalu banyak kes yang menyebabkan pelanggan kerugiian beribuan duit. Memang menyedihkan terutama bagi mereka yang sememangnya menabung semata-mata untuk mengerjakan umrah.
Melihat kepada situasi itu saya menjadi lebih berhati-hati terutama dalam memilih pakej dan agensi umrah yang benar-benar menyakinkan. Ini terutama dari segi prosedur seperti penyediaan dokumen, permohonan visa dan sebagainya.
Di dalam banyak agensi yang memang ramai rekomen kepada saya adalah Umrah De Hearty. Untuk pengetahuan semua Umrah De Heart adalah dibawah  MAAD Travel (M) Sdnn Bhd. Ini adalah satu-satunya agensi yang berpusat di Arab Saudi dan telah membuka anak syarikat di Malaysia pada tahun 2012. Syarikat ini juga mempunyai lesen muassaasah di Malaysia dan Arab Saudi.

Jika sebelum ini syarikat ini hanya menumpukan servis penyediaan visa. Namun bermula pada tahun ini Umrah De Hearty melangkah lagi satu tapak dengan menawarkan pakej umrah. Apa yang menarik untuk rombongan biasa maksimum antara 40-45 orang, akan diberikan seorang mutawwif/mutawwifah. Dan mutawwif/mutawwifah adalah orang Malaysia. Jadi sangat membantu didalam komunikasi masa ke semasa. Oh ya! Umrah De Hearty juga menawarkan perkhidmatan esklusif ianya bergantung kepada permintaan dan bajet pelanggan.

Antara kelebihan dan fasiliti yang disediakan didalam pajek Umrah De Hearty seperti:-

  • Penerbangan terus - Penerbangan yang disediakan samada menaiki MAS ataupun Saudi Airlines

  • Pengangkutan bas disediakan - Memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua ahli rombongan. Saya difahamkan untuk jemaah dari Johor, akan disediakan bas dari Johor terus ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
  • PERCUMA Beg Bagasi 20" & 24", Beg Silang dan Uncang Kasut - Pemberian ini sangat membantu jemaah untuk membuat persiapan barangan yang hendak dibawa.

  • 2 x Jumaat - Penerbangan juga ditetapkan hanya 2 hari iaitu Rabu dan Khamis sahaja. Ini membolehkan jemaah lelaki dapat menunaikan solat Jumaat.

  • PERCUMA Kain Ihram atau Telekung
  • PERCUMA Air Zam Zam dan Nasi Unta
  • Hotel bertaraf 5 bintang dengan jarak yang agak dekat. Berbaloi dari ambil hotel murah, kena jalan jauh.
  • 4 x  Bimbingan Umrah dan disediakan juga kelas umrah - Kelas samada dilakukan di masjid terpilih ataupun di rumah, bergantung kepada kumpulan peserta jemaah.
  • PERCUMA ke Taif dan Gua Hira'
Saya difahamkan tiada caj tambahan yang bakal dikenalkan. Biarpun kita tahu, harga visa telah dinaikkan namum untuk Umrah De' Hearty buat masa ini tidak akan mengenakan penambahan caj terhadap visa tersebut.



Terdapat 2 jenis pakej yang disediakan iaitu samada 12 hari ataupun 20 hari. Dan lebih menarik kita berpeluang juga menunaikan Umrah bersama Ikon "Umrah De Hearty". Iaitu Ustaz Azadan (penyanyi nasyid) pada 27 November 2019, Noorkhiriah (pelakon) pada 4 Disember 2019 dan Azhan Rani (pelakon) pada 11 Disember 2019.



Boleh rujuk pada pamplet di atas untuk maklumat lebih lanjut tentang pakej. Atau hubungi terus ke talian 016-2177114 atau 016-5757170, email : umrahdehearty@gmail.com

Keterangan lanjut boleh layari:

"Kami Santuni Dari Hati Ke Hati"
Pakej Dari Umrah De Hearty Memang Terbaik dan Berbaloi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 29, 2019 Rating: 5

17 comments:

Nina Mirza said...

Allahu... Menarik laaa pakej yang ditawarkan. Harga berpatutan dan siap ada promo buy 7 free one tu bagus betul. Kena war warkan pada kengkawan ni

Red Linda said...

nampak menarik pakej tu.

apa-apa pun, memang kena mula menyimpan dari awal bagi tujuan umrah/haji. kosnya makin lama makin meningkat.

cc kak fas said...

Jika ada sesiapa yang nak rancang pergi umrah tahun ini bile la cuba pakej unrah ni. Nampak menarik. Kut kut yang nak umrah bersama ustaz Hamadi (pelakon Azhan Rani) bole la pilih 11 Disember tau.

Eiza GreenAppleKu said...

Menariknya pakej yang di tawarkan. Banyak pula barangan percuma. Nanti boleh la cadangkan kat mereka yang tercari pakej Umrah.

mek yunie said...

allahu. pakej yang tampak telus dan memudahkan jemaah untuk beribadah. semoga satu hari nanti mek boleh pegi bersama-sama anak anak dan juga suami.

Mahamahu said...

Doa saya semoga akak dan keluarga serta seluruh umat Islam dapat pergi menunaikan umrah sekali dalam seumur hidup walaupun lambat lagi giliran nak tunaikan Haji tapi sekurangnya kita sampai ker rumah Allah tu...

Slumber Lady said...

Ya Allah offer dia. Umrah termasuk dlm wishlist. InsyaAllah semoga dipermudahkan perjalanan kita utk dapatkan umrah dan haji

Marina Bashah said...

Seronoknua pakej umrah dia. Ada rezeki bolehla gi umrah dengan pakej ni nanti

Peach said...

although I am not Islam~ but will share this to my Islam friends~
Thanks for the informations!

Decamellia said...

Tq share pakej umrah hearthy ni. Boleh rekomen dekat mak ayah yg planning nak buat umrah atau boleh juga rekomen dekat sedara mara.in shaa Allah ade rezeki nur juga nk buat umrah dgn suami

De Alif said...

Subhanallah... menariknya pakej ni... memang dalam wishlist ni... boleh juga recommendkan kat family and ukhuwah fillah ni... sharing is caring gitu... ada rezeki, insyaAllah dapat kannnn...

Izaramli said...

Menariknya pakej umrah dia. banyak dapat benda free yang memang guna dekat sana. harga dia pun not bad. teringin pulak nak pergi umrah.

AlongMurni said...

Menariknya pakej yg ditawarkan oleh Maad Travel nie.. Boleh la AM rekomen pada sedara AM yg ingin mengerjakan umrah nnti.. Terima kasih atas perkongsian informasi ini yea..

Nadia Johari said...

Menarik tengok pakej dia.. Banyak yang disediakan.. Memnag dh simpan duit.. Kalau ade rezeki boleh pergi dengan agen ni.. Tiada cas tanbahan tu

precious cla said...

So my Muslim dearly friends, this is the article you need to read if you're wanna go to umrah. :)

Aerill Hassan said...

wah menarik. memang sedang mencari pakej umrah untuk dihadiahkan dekat parents. nampak seronok dan menarik pakejnya. bolehlah saya check lebih lanjut nnti. terima kasih sbb share pasal ni ya

Qisstiera said...

Qiss tertarik dengan pakej yang ditawarkan. Inshaa Allah ada rezeki boleh ke sana dengan umi dan ayah. Pemberian bagasi dan kemudahan yang disediakan amat memudahkan jemaah sewaktu di sana.

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.