Tanjak a.k.a Tengkolok, Trend Pemakaian Sekarang

Masa bulan merdeka baru-baru ini, saya tergerak hati untuk mendapatkan tanjak untuk Ameer. Ini kerana saya berkenan betul melihat anak-anak kecil comel bertanjak. Sebenarnya dari bulan puasa lagi, saya dah nampak trend memakai tanjak dikalangan masyarakat Malaysia. Namun rata-rata penjual menawarkan harga tanjak ada yang cecah RM100 dan ada juga lebih dari harga itu.

Agak mahal juga...

Jadi saya pendamkan sahaja niat saya. Memandangkan ketika itu kalau nak beli tanjak, kena beli 4 sebab saya ada 4 anak lelaki, hehehe.

Tapi bulan lepas saya terpandang promosi tanjak medeka yang dijual sendiri oleh kawan saya masa di CFS dulu. aljoofre kids. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan berbaloi (RM20 sahaja).

Ada 3 jenis rekaan tetapi saya memilih patern yang ini. Menariknya tanjak ini menggunakan velcro tape dekat bahagian belakang. Jadi mudah sahaja, kalau kita nak adjust mengikut kesesuaian dan keselesaan bila memakainya.

Oh ya! Tanjak ini bukan hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak bahkan untuk orang dewasa juga. So, boleh kongsi pakai satu keluarga, hehehe.

Ameer dan gaya posing kegemarannya. Oh ya! Ameer telah memenangi hadiah 'costume terbaik' sempena bulan kemerdekaan anjuran tadikanya pada bulan lepas. Dapatlah hadiah hamper makanan yang dikongsi bersama ahli keluarganya yang lain, hiks.

Ameer dan kawan rapatnya Rayyan. Memang rapat betul. Ke mana berdua sahaja.

Suka saya nak kongsikan sedikit info mengenai tanjak ini.
Tanjak atau nama lainnya ialah tengkolok. Ianya dikatakan mula dicipta seawal-awalnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu semua rakyat jelata perlu menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubah suai mengikut taraf pemakainya.*sumber: wikipedia

Kalau korang nak cari tanjak untuk kegunaan acara tertentu ataupun tudung kanak2 (promote sekali heheh), boleh pergi ke IG bisnes kawan saya ini ya! https://www.instagram.com/aljoofre.kids/

Tanjak a.k.a Tengkolok, Trend Pemakaian Sekarang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 20, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. hahaha
    comel bila tengok budak lelaki pakai
    kalau satu family pakai pun nampak style

    ReplyDelete
  2. Haha...the boy looks so cute and adorable with malaysian costume. Selamat hari malaysia!

    ReplyDelete
  3. I am happy to see that our youth nowadays is channeling our traditional costume. Our traditional costume memang cantik. We should embrace it and promote it to the world. Yay!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. aa, mek sedar yang tengkolok ni dah jadi trend masa raya puasa tahun ni. memang agak ramai juga kenalan mek yang pakai tanjak instead pakai songkok. depa pakai songkok time ke masjid pg raya je. time nak ootd sure pakai tanjak.

    ReplyDelete
  5. Wah. Sambut merdeka sakan ye si kecil mi. Mesti seronok tunjuk dkt kawan2 lain tu kan. Not bad harga dia rm20 je. Still affordable. Waktu merdeka ni la dpt tengok warna warni pakaian malaysia ni bile lagi kan

    ReplyDelete
  6. Betul lah sebab sekarang Qiss tengok memang banyak orang bertanjak. Memang nostalgia sangat. Tengok pattern pun Makin menarik sekarang. Murah jugak harga Tu. Nanti boleh usha ig shop dia

    ReplyDelete
  7. First of all tahniah Ameer menang costume terbaik. Tahniah juga buat sis sekeluarga. Seronok tu. Ckp pasal tanjak teringat artis monoloque pakai tanjak. Walaupun rare, tapi usaha dia tu patut diberi penghargaan

    ReplyDelete
  8. so parents jangan pening kepala dah fikir macamana nak buat tanjak tu ok. dah ada orang jual kita tinggal nak beli je, sangat mudah dah kerja kita hahaha

    ReplyDelete
  9. Rawlins puji usaha untuk mengembalikan kegemilangan penggunaan tanjak nie. Ada seorang kawan Rawlins pun sekarang suka bertanjak ke mana-mana event formal yang dia pergi.

    ReplyDelete
  10. Wahhh. Tahniah menang pakaian terbaik. Senangla nak dapatkan tanjak malaysia ni nanti

    ReplyDelete
  11. Wahhh dapat menang costume terbaik lagi tu! Mesti berbaloi-baloi la belanjakan tanjak merdeka ni. Heheheh. Yang penting semangat kemerdekaan tu dipupuk di kalangan anak2.

    ReplyDelete
  12. harga dia mampu milik la, tak mahal sangat tak murah sangat. Bagus bila naik balik trend macam ni sebab pemakaian tradisional kita makin dilupakan.

    ReplyDelete
  13. Hensem ya.. Tak tau kenapa.. Tpi saya mmg suka tengok lelaki pakai tengkolok.. Nampak lelaki melayu terakhir gituu

    ReplyDelete
  14. Saya pon perasan skrg ramai yg memakai tengkolok dlm majlis2. Dulu jarang nmpk org pkai tengkolok unless dlm majlis kahwin. Trend sudah berubah nampaknya

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.