Kehebatan V17 Pro Dengan 6 Kamera Ditawarkan Untuk Bidikan Gambar Lebih Luas dan Hebat !

OMG!!!!Ekspresi saya apabila mendapat tahu yang vivo memperkenalkan telefon terbaru pintar mereka yang mempunyai 6 kamera bagi membolehkan penggunanya membidik tanpa sempadan. Seriously! 6 kamera didalam satu gadget sememangnya bukan biashe-biashe kehebatannya. Terutamanya pada hari  ini ramai pengguna telefon pintar yang memilih penggunaannya lebih kepada kamera daripada aktiviti lain.

V17Pro didatangkan dengan 2 rekaan iaitu 'Knight Black' dan juga 'Crystal White'. Kedua-duanya bagi saya sangat cantik dan menarik.

Sebelum acara pengenalan V17Pro satu persembahan daripada Priscilla Abby bersama krew-krew penarinya. Penuh bertenaga dan semangat, ternyata persembahan Priscilla benar-benar menghiburkan kami yang hadir. 

Oh ya! Kemunculan Dato' Siti Nurhaliza juga satu kejutan. Dan Dato' Siti telah menyampaikan 2 buah lagunya. Memang best sangat persembahan beliau, tidak hairanlah mengapa sehingga kini Dato' Siti masih tetap unggul berada di hati peminatnya samada dari Malaysia mahupun Asia.



Membawa konsep inovatif 'Shoot Beyond limits', V17 Pro dilengkapi dua kamera hadapan dengan gabungan lensa 32 megapixel + 8 megapixel yang menyokong ‘Selfie Softlight’ dan ‘Super Night Selfie’. Ini bermakna kita tidak akan menghadapi masalah untuk mengambil gambar di waktu malam kerana gambar tetap jelas dan cantik!

Ini kerana untuk penggunaan selfie (swafoto), V17 Pro telah memperkenalkan sistem kamera pop-naik dwi-lensa 32MP + 8MP sudut ultra lebar. Manakala,  untuk kamera utama adalah kuad-lensa gabungan 48MP + 8MP ultra sudut lebar + 2MP makro + 2MP sensor kedalaman. Lebih mengujakan, V17 Pro juga diiktiraf sebagai telefon pintar pertama di dunia menyokong dwi kamera depan jenis pop-naik.

Perghhh! Wide angle selfie.


Nampak flawless gitohh!!


Perisian yang dugunakan adalah sistem operasi FuntouchOS 9.1 yang berasaskan Android 9.0 Pie.  Manakala peranti adalah dwi-sim nano, tanpa sokongan slot kad microSD. Paparan skrin bersaiz 6.44-inci Super AMOLED Ultra FullView Display, dengan resolusi FHD+ dan hadir dengan rekaan berbingkai penuh.


Peranti pintar itu turut disokong dengan simpanan dalaman 8GB + 128GB yang menawarkan prestasi terbaik bagi kelancaran aplikasi dan sistem pada setiap masa. Ianya turut dilengkapi dengan fungsi ‘Pose Master’ yang merakamkan gambar lebih semula jadi dan ‘Super Night Mode’ yang sesuai bagi rakaman gambar pada waktu malam.
Vivo V17 Pro menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 675 dan dipadankan dengan memori 8GB RAM bersama storan dalaman 128GB. Peranti ini mempunyai kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging 18W. Dari segi sekuriti, peranti ini mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin jenis optikal yang agak pantas.

Telefon pintar ini juga sesuai digunakan untuk peminat ‘games’ kerana mempunyai prestasi perisian terbaik. Dengan teknologi 'multi-turbo' membantu OS memberi kelancaran sepanjang permainan. Selain itu V17 Pro juga didatangkan dengan ciri 'Game Center'  jadi kita boleh membuat semakan kebolehan telefon untuk merasai sendiri pengalaman bermain 'games' (permainan) secara mendalam. Terdapat juga 'voice changer' yang boleh kita menukarkan suara karektor  didalam 'games' sekaliguis memberi lebih keseronokan.

Harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah RM1699.

So, korang nak cari telefon yang hebat dari segi sefie (swafoto) dengan 6 kamera jangan lupa untuk dapatkan V17 Pro di pasaran! Memang berbaloi :-)
Kehebatan V17 Pro Dengan 6 Kamera Ditawarkan Untuk Bidikan Gambar Lebih Luas dan Hebat ! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 02, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.