Membuat Rawatan VAMPIRE DRAGON BLOOD ANTI SCAR di MBH Medispa


Sepertimana yang saya war-warkan sebelum ini, MBH Medispa menawarkan pelbagai promosi menarik bersempena dengan jualan YES hujung tahun. Antara rawatan yang ingin saya cuba adalah VAMPIRE DRAGON BLOOD ANTI SCAR.

Ini merupakan rawatan terbaru dari MBH Medispa yang menggunakan bahan semulajadi iaitu cecair pokok darah naga (daracaena cinnabari). Agak unik kerana pokok ini hanya ditemui di Yemen, dan getahnya adalah berwarna merah jika ditoreh.

Getah merah seperti 'blood' ini mengandungi pelbagai khasiat yang hebat, antaranya seperti:-

🐲 Memberbaiki testur kulit
🐲 Mengurangkan kedutan
🐲 Meremajakan kulit
🐲 Mempercepatkan proses pemudaran parut
🐲Melancarkan peredaran darah
🐲 Anti penuaan

Sebelum sesi rawatan kulit dimulakan, kita perlu consult dulu dengan terapi kecantikan MBH Medispa . Ini bagi menjelaskan tentang jenis kulit wajah kita dan juga permasalahannya. Seperti saya tentulah lebih kepada masalah pigmentasi dan garisan halus serta kekurangan kalogen di wajah. Ini antara sebab kenapa kulit saya nampak agak kusam.

Mula-mula macam ada urutan manja-manja di muka. Heheh. Proses membersihkan muka.Disapukan juga dengan krim vitamin E.

Lepas tu kita rehatkan muka dengan krim (kebas) yang dipakaikan. Memang rasa sejuk jer muka masa ni. Muka masa ni rasa agak kebas, sebab treatment selanjutnya ianya seolah 'dermapen' tapi kita tidak akan rasa sakit.

Ini adalah DRAGON BLOOD, ramuan utama untuk rawatan ini.


Memang muka dicucuk dengan alatan seperti jarum. Tetapi serius ianya tidaklah menyakitkan sangat. Pada yang sama cecair DROGON BLOOD turut diletakkan di muka.

Rehatkan seketika wajah.


Seterusnya proses menganjalkan lagi kulit muka menggunakan mesin khas yang berteknologi tinggi.

Memang 'me time' apabila melakukan rawatan muka di sini (nikmatterbaik). Ini kerana kita dapat berehat dan pada yang sama kita dapat membuat rawatan kecantikan seperti yang diinginkan.

Proses akhir adalah menyapukan krim UV ke atas muka. So, tempoh pemulihan (downtime) wajah mengambil masa lebih kurang seminggu. Pada tempoh ini adalah tidak digalakkan memakai mekap muka, jangan terdedah dengan cahaya matahari dan perlu berpantang makanan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit.

Antara peralatan yang digunakan didalam sesi rawatan ini. Canggih jugakkan, hehehe.

Muka bahagia selepas menerima rawatan. Bagus sekali-sekala kita buat rawatan muka terutama apabila rawatan yang diterima itu menggunakan bahan semulajadi 100% , tiada penggunaan bahan kimia, tiada pembedahan atau rawatan invasive. Ini bagi membolehkan kita merawat kulit kita agar kekal anjal, kekal awet muda dan menghilangkan bahagian kulit yang kusam.

Jom ke MBH Medispa yang berdekatan :-) 

Keterangan lanjut boleh layari:-

#ipergimbh
Membuat Rawatan VAMPIRE DRAGON BLOOD ANTI SCAR di MBH Medispa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 21, 2019 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.