Program ‘ Happy Is The New Happy! A Better You Today’ Membantu Wanita Meningkatkan Keyakinan Diri

Bersempena dengan Pinktober iaitu bulan istimewa bagi memperingati dan memberi kesedaran mengenai kanser payudara. Natugee, jenama produk penjagaan wajah berasaskan organik telah berkaloborasi bersama Mrs Malaysia World bagi menganjurkan satu program CSR secara bersama iaitu Program Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ .

Penganjuran program ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ ini telah diadakan bagi memperkasakan kesihatan wanita., sekaligus menjadi dorongan untuk meningkatkan kualiti hidup wanita serta memberdaya peranan penting mereka dalam membentuk pemimpin masa depan demi kehidupan yang aman sejahtera.

Antara yang hadir peserta finalis Mrs Malaysia World 2019

Tidak dinafikan juga acara ini diadakan atas keprihatinan kedua-dua organisasi terhadap masalah kesihatan mental dalam kalangan wanita yang jumlahnya semakin hari bertambah angka penghidapnya. Ini kerana saya percaya pada hari ini wanita terlalu banyak berhadapan dengan perkara yang boleh menyebabkan mereka 'stress.'

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn Bhd, Puan Rena Rifaee, "Seorang wanita memikul peranan yang besar hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri. Bukan sahaja sebagai isteri dan ibu tetapi dalam masa yang sama mereka juga anak kepada orang tuanya, pekerja atau juga dia memiliki perusahaannya sendiri, dia adalah majikan. ‘Topi’ mereka kerap kali bertukar pakai bererti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan juga semakin bertambah. Jika mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan emosi dengan baik, ia menyebabkan depresi,” katanya.

Oleh sebab itu, penting untuk setiap wanita memastikan kesihatan sentiasa baik, bukan sahaja fizikal tetapi juga kesihatan mental kerana ia memberi impak ke atas diri sendiri dan mereka di sekelilingnya.

“Besar harapan kami, acara ini dapat mendidik wanita untuk tidak mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Contohnya penggunaan produk penjagaan wajah. Kita mungkin tidak tahu bahawa ada sesetengah kandungan di dalam produk kecantikan yang boleh mengganggu hormon, seterusnya boleh menjejaskan kesihatan dalaman mahupun luaran.

“Kami ingin membantu para wanita dengan mencipta kesedaran mengenainya dan seterusnya membina keyakinan dan kekuatan diri dalam menempuh cabaran dunia hari ini,” tambahnya.

Inilah yang menjadi faktor pelbagai pengisian dalam acara ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’.

Banyak 'input' sebenarnya yang saya cari daripada program seperti ini. Apatah lagi terdapat 3 sesi menarik sepanjang program berlangung. Antaranya seperti :-

Sesi 1 : A new formula for the happiness
Oleh: Dr. Linda Mat Hussin ( A Certified Advances Hormone Theraphy & Women Wellness Medical Doctor)

Sesi 2 : Top 10 Misconseptions about skin care
Oleh : Madam Rene Rifaee (Founder 7 CEO of Natugee Sdn Bhd)

Sesi 3: Panel Discussion with panelist
Ahli panel : Datin Harveen Kaur, Dr. Linda Mat Hussin, Madam Rene Rifaee  dan Datin Diana Daniell.


KUPASAN SETIAP SESI

Sesi pertama bersama Dr. Linda Mat Hassin, perkongsian mengenai simptom ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan kepada kesihatan dan gaya hidup.


Dan sebenarnya kita 'stress' ianya boleh meyebabkan hidup kita bercelaru, tidak terurus dan tidak akan mencapai nilai hidup yang terbaik dan apa yang diinginkan. Seperti yang ditekankan oleh Doktor, terdapat 6 asas yang membolehkan kita dapat meniti usia dengan sempurna, iaitu:-
  • Melalui diet dan pengambilan makanan bernutrisi
  • Perhubungan
  • Bersenam
  • Pengurangan stress
  • Tidur yang cukup
  • Harmon (pengawalan yang baik)


Bukan itu sahaja, Doktor Linda juga mengaitkan tentang bagaimana ketidakseimbangan harmon menjadi penyebab kepada pembentukan lemak di badan. 'No doubt', ramai wanita hari ini yang mengaitkan masalah stress dan kegemukan yang dialami oleh mereka.

Banyak juga yang saya belajar daripada sesi ini terutama 'bagaimana kita sebagai wanita yang hebat perlulah menyayangi diri kita sendiri'. Perlu juga beri keutamaan dalam penjagaan diri bukan sahaja fizikal waima membabitkan juga emosi. Keduanya sangat memainkan peranan untuk menjadikan kita wanita yang sihat dan bebas daripada masalah 'stress'.

Sesi kedua bersama Puan Rena Rifaee berkongsi tentang salah tanggapan mengenai produk penjagaan wajah. Walaupun ia bersifat kosmetik namun tidak dinafikan ianya antara penyumbang kepada permasalahan wanita.


Memulakan sesi pengenalan dengan bercerita bagaimana Puan Rena terjebak didalam bidang menghasilkan produk semulajadi di Malaysia. Ini adalah bermula daripada kesedarannya tentang isu produk di pasaran yang rata-rata mempunyai bahan yang tidak semulajadi dan boleh mendatangkan kesan kepada diri untuk jangka masa yang panjang.

Beberapa tips telah dikongsikan terutama dari segi nama bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu produk. Di mana kita perlu tahu apa sumbernya dan kesan selepas penggunaan.

Bertambah menarik dikaitkan juga dengan faktor gaya hidup seperti pengambilan makanan berminyak yang boleh mendatangkan kesan terhadap kulit dan sebagainya. Bagi saya penyampaian yang begitu bersahaja dari seorang pengasas produk kecantikan kulit (nikmatterbaik) dengan misi bukan mengejar keuntungan tetapi lebih kepada kesejahteraan diri. Kesimpulannya kita perlu tahu produk apa yang kita guna samada bagus atau seballiknya untuk jangka masa panjang mahupun pendek. 

Acara kemuncak adalah sesi yang ketiga iaitu forum ‘A New Formula For Happiness!’ yang membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stress dan kesihatan mental. Ia melibatkan empat ahli panel yang cukup hebat portfolionya.

Puan Rena Rifaee
Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn. Bhd yang ditubuhkan beliau pada 2016, kini berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura. Beliau berusia 37 tahun dan ibu kepada lima cahaya mata.

Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diploma in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Puan Rena amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.

Dr Linda Mat Hassin
Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik daripada UCSI University, beliau turut diiktiraf sebagai salah seorang pengamal hormon lanjutan daripada International hormone Society, Belgium di bawah didikan Dr. Hertoghe yang dikenali sebagai ‘Father of Hormones’.

Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Clinique aktif memberi ceramah terutamanya berkaitan kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kepada badan korporat dan umum.

Datin Harveen Kaur
Beliau merupakan Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019. Bekerjaya sebagai jururawat bilik bedah, ibu kepada tiga orang anak ini menjadikan Mrs Malaysia World sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada para wanita tanpa mengira status, bangsa dan latar belakang.

Datin Diana Danielle
Bintang kelahiran Amerika Syarikat ini pernah membintangi puluhan filem dan drama, malah beliau juga dikenali sebagai model dan selebriti popular tanah air. Merupakan isteri kepada pelakon filem terkenal tanah air, Dato’ Farid Kamil, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.


Saya cukup teruja dengan perkongsian dari semua ahli panel. Terutamanya dari selebriti Diana Danielle. Tentang kisah dari mula beliau mengalami masalah penyakit kemurungan atau Anxiety Disorder atau dalam terma perubatan dikenali sebagai “Major Depressive Disorder (MDD).
Kemurungan yang didiagnosis secara ini klinikal, bukanlah perasaan sedih yang biasa. Ia merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan serta menjejaskan kehidupan hariannya.

Menurut Diana, kesibukan kerja, menguruskan rumahtangga mungkin juga antara punca beliau mengalami masalah tersebut. Apatah lagi ketika itu beliau mula menjinakkan diri dalam bisnes menghasilkan homemade produk semulajadi. Sukar tidur, susah untuk bernafas menyebabkan beliau rasa tertekan. Sehingga terpaksa merujuk ke hospital. Namun beliau bernasib baik kerana sentiasa mendapat sokongan daripada ibunya, suami, ahli keluarga dan rakan-rakan rapat.

Perkongsian dari Diana Danielle membuka mata saya bahawa penyakit stress, depressed jika tidak diatasi awal boleh menjadi sangat bahaya. Dan sebenarnya sokongan dari orang sekeliling sangat penting ketika kita menghadapi masalah. Selain itu, kita juga harus berubah untuk lebih prihatin dan peka tentang badan dan keperluan diri.

Mengenai NATUGEE Selaku Penaja Utama

Dilancarkan pada Ogos 2017, Natugee ialah jenama kesihatan dan kecantikan premium yang dihasilkan untuk membantu wanita memperoleh kulit sihat daripada dalam.



Natugee komited menghasilkan produk penjagaan wajah berasaskan bahan semula jadi dan organik yang berkualiti tinggi, tanpa pewarna tiruan, paraben, SLS, SLES dan pewangi tiruan untuk mengekalkan keremajaan wajah para wanita.

Ia bertepatan dengan misi Natugee yang berhasrat untuk meningkatkan kualiti kehidupan wanita dengan menggunakan produk harian yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan aktif. Natugee menggabungkan bahan terbaik tanpa memberi kesan sampingan untuk kesan jangka panjang. Hasilnya ia dapat memperbaiki tekstur kulit, menjadikan wajah lebih berseri dan tona wajah lebih serata.

Natugee merupakan penaja Mrs Malaysia World 2019/2020 sebagai penghormatan kepada wanita yang mengekalkan kehidupan yang seimbang antara keluarga, karier dan impian. Natugee bakal meluaskan jenamanya di Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat.

Program Hebat dan Manfaat, Terima Kasih theAsianparent Atas Jemputan

Buat theAsianparent terima kasih atas jemputan. Sebagai ibu pastinya program seperti ini banyak memberi manfaat kepada saya terutama dalam mengenali produk penjagaan muka yang menggunakan bahan semulajadi, menangani stress dan depresi serta paling penting bagaimana kita perlu mengambil berat tentang diri terutama dari segi gaya hidup dan banyak lagi.

Banyak juga aktiviti yang sempat saya sertai di sana terutama di booth-booth co-sponsor untuk acara ini. Ada hadiah juga disediakan, hehehe.

Dan juga goodies yang ohsem. Semuanya best! Antaranya seperti produk Natugee Deep Cleansing Lotion 20ml & Natugee Happy Skin Mask, voucher dari Waka Waka dan Furama Hotel. Wirdora Rivoli Swarovski Brooch Set, voucher dan produk dari Bondahaven, therapy oil dari Eori Wonder Skin, Narinar Aromatheraphy Oils, Jamu Tun Teja MEKAR Breast Herbal Firming Cream,  Lovera Magic Jelly Baby dan pokok comel dari CHIIO by The Nitty Gritty.


Saya cukup tertarik dengan pokok comel dari CHIIO by The Nitty Gritty. Bukan sahaja kerana saiznya yang comel. Warna hijau yang cukup memberi ketenangan. 


Sebagai wanita tentunya hadiah seperti Wirdora Rivoli Swarovski Brooch Set antara yang boleh mendatangkan perasaan bahagia, hahahah. Sangat cantik hokeh. 
Lihat sahaja pada batu Swarovski yang berkilauan. Dan paling best set dari Wirdora Rivoli didatangkan bersama kad waranti. Untuk keterangan lanjut produk boleh layari https://wirdora.com/


Untuk my Yara tentulah Lovera Magic Jelly Baby! Ianya gel yang dirumuskan daripada aloe vera, timun, chamomile dan sweet almond. Bagus untuk anak-anak yang mempunyai masalah kulit sensitif, boleh digunakan seluruh badan, dapat mengurangkan tanda kemerahan dan kegatalan, serta pelbagai lagi.

Paling best cepat jer meresap dalam kulit. Dan ianya menyejukkan tau (calming). Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari https://www.lovera.com.my

 Untuk saya dan suami, tentulah therapy oil dari Eori Wonder Skin.

Minyak terapi yang banyak kegunaan dan boleh digunakan di seluruh badan. Nak guna hanya titis sahaja.



I am happy mother!!!
Hujung minggu yang hebat bila kita dapat lakukan banyak perkara yang memberi manfaat!!

#theAsianparentMY #furamahotel #Natugee #HappyHealthy #MrsMalaysiaWorld #wirdora #jamutunteja #takkanjamuhilangdidunia #BetterSkinLovera #bondahaven #eoriwonderskin #weareunitedagainsteczema #dropoflove #wakawakaplayland

Program ‘ Happy Is The New Happy! A Better You Today’ Membantu Wanita Meningkatkan Keyakinan Diri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 22, 2019 Rating: 5

15 comments:

  1. Is good to have such a program to boost our confidence especially among the women right. Way to go. :)

    ReplyDelete
  2. Event macam ni I suka. Banyak info berguna yang boleh dikutip dari ahli panel. Amboiii hadiah swarovski tu I paling suka you....

    ReplyDelete
  3. Wow!!!!!!!!! Menarik nyer nampak program nie. Thank you for sharing and have a good day.

    ReplyDelete
  4. Untung nyaaa hadiah swarovski tu! Program yg menarik and thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. Mesti Ayu dapat banyak ilmu yang bermanfaat daripada sesi ini kan.. Tengok Ayu pun terhibur dan enjoy je tu.

    ReplyDelete
  6. Sebagai wanita, isteri dan ibu memang memikul tanggungjawab besar. Stress tu perkara biasa tapi cara nak control tu penting. Cepat2 positifkan diri dan kena kuat untuk anak. Semua panel memang hebat background nya. Semoga ramai yang ada kesedaran

    ReplyDelete
  7. Wah. Bestnya semua ggodies2 dia tu...
    Akak... Baru saya tau stress boleh org gemuk...
    Adakah saya gemuk sbb terlampau stress.. Hahahah.. Padahal diri sdri kuat makan kan..

    ReplyDelete
  8. Bestnya program gini. Kita memang kena sayang diri sendiri dulu baru boleh curahkan kasih sayang kat orang lain juga kan. Suka perkongsian dalam program ni. Banyak sentuh hal-hal wanita.

    ReplyDelete
  9. Bagus depa buat CSR macam ni lelebih lagi public should be aware about pelbagai masalah serta penyakit yang kira banyak berlaku sekarang. Hopefully they can make open to public too kan event2 macam ni sambil kenal2 product lain2.

    ReplyDelete
  10. Bagusnya program macam ni. Dapat tambah info. Yelah kdg dlm sibuk uruskan rumah dan kerja lupa nak jaga diri sendiri.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya acara mcm ni, penuh dengan pengisian. Banyak membantu wanita. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  12. Skang ni dah kena utamakan kesihatan, lebih banyak daripada kecantikan. Tapi dua-dua pun sangat penting untuk kaum wanita jaga elok-elok kan...

    ReplyDelete
  13. Bestnya event yang banyak informasi macam ni. Mesti banyak maklumat dapat kan. Tengok produk yang ada pun banyak yang best

    ReplyDelete
  14. sekarang ni ramai yang dah makin ambik berat hal kesihatan. healthy in deed is a new happiness

    ReplyDelete
  15. Program menarik.. macam2 maklumat kita boleh dapat

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.