Vivo NEX 3 Kini DI Mayasia Ditawarkan Pada Harga RM3899


Bagi peminat telefon pintar Vivo pasti teruja apabila kini telefon Vivo NEX 3 sudahpun memasuki pasaran Malaysia. Apa yang cukup menarik tentang Vivo NEX 3 ini adalah ianya didatangkan dengan skrin “air terjun” (Waterfall) yang dikenali sebagai Waterfall FullView dari jenis POLED berukuran 6.89 inci dengan 'screen-to-body' 99.6%.

Selain itu, paparan cahaya ambien untuk pelbagai senario pada skrin dwi-lengkung peranti ini tampil dengan kebolehan mengecam irama muzik yang boleh meningkatkan lagi pengalaman audiovisual para pengguna. Pertunjukan cahaya boleh dilihat apabila pengguna memainkan muzik atau menerima panggilan.

NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal dan mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody. Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan yang digelar Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik. In-Display Fingerprint Scanning membolehkan pengguna melangkah masuk ke dunia mudah alih mereka dengan cepat dan selamat.


Antara ciri hebat lain didatangkan di Vivo NEX 3 seperti:
  • Saiz skrin 6.89-inci AMOLED Waterfall Display
  • Cip Qualcomm Snapdragon 855+
  • Memori  8GB RAM
  •  Storan 256GB. 
  • Terdapat tiga kamera iaitu lensa utama 64MP, 13MP lensa sudut lebar serta lensa telefoto 13MP.
  • Bateri 4500mAh dengan sistem pengecasan pantas 22.5W Vivo FlashCharge.
  • Punyai Touch Sense di bahagian sisi *yang berfungsi untuk melaras kelantangan bunyi. 
  • Punyai Vapor Chamber Cooling System (untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat)

“NEX 3 adalah peranti yang sempurna untuk pengguna yang inginkan peranti utama yang terhebat. Paparan POLED Waterfall FullView™ Display amat luas dimana ia memaparkan skirn yang hampir tanpa bingkai, membolehkan pengguna menikmati pengalaman visual dan interaktif yang lain daripada yang lain. Gabungan tiga kamera bertujuan untuk memberikan liputan fokus yang penuh untuk kualiti gambar yang mantap. Peranti ini hadir dengan bateri tahan lama yang disokong prestasi pengkomputeran, dan keupayaan kecerdasan buatan yang dinaik taraf. Dengan NEX 3, kami telah melampaui batas inovasi dalam industri untuk menyediakan pengalaman yang paling premium untuk para pengguna pada hari ini,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.



 Vivo Nex 3 merupakan peranti 5G yang pertama di Malaysia. NEX 3 didatangkan di dalam pilihan warna Glowing Night dan boleh didapati di Malaysia mulai hari ini dengan harga RM3,899.

Vivo NEX 3 Kini DI Mayasia Ditawarkan Pada Harga RM3899 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 19, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.