Bungaa Menawarkan Koleksi Warna Lipstik Yang Sangat Menarik

Oles bibir ataupun lipstik sememangnya memainkan peranan untuk seorang wanita itu untuk kelihatan lebih menarik dan berpersosnaliti. Dan antara jenis lipstik yang mendapat permintaan di pasaran hari ini adalah Semi LipMatte.

Terbaru saya telah diperkenalkan dengan Semi LipMatte dari jenama Bungaa. Ianya adalah produk lokal yang diusahakan oleh dua sahabat baik iaitu Izzat bin Roslan dan juga Arham Syafiq Azmi. Apa yang menarik lipstik yang diperkenalkan ini menggunakan ramuan yang HALAL tanpa sebarang campuran bahan yang boleh merbahayakan kesihatan kulit.

Saya berasa kagum dengan kedua pengasas jenama Bungaa ini. Biarpun mereka berdua lelaki dan mempunyai latarbelakang yang berbeza namun masing-masing punyai minat yang sama iaitu berniaga. Seperti Saudara Izzat yang baru berusia 28 tahun berasal dari Melaka yang mana pernah mengusahakan perniagaan kue teow goreng dan seterusnya berkecimpung dalam dunia bisnes atas talian selama 6 tahun. Begitu juga dengan sahabat baiknya iaitu Arham Syafiq Azmi dari Kedah yang mempunyai Ijazah dialam Kejuruteraan Mekanikal, namun lebih berminat kepada dunia perniagaan dan coaching.

Apa yang lebih menarik biarun produk ini agak baru di pasaran. Namun jualannya mencecah 10,000 unit telah dijual dalam tempoh 3 minggi sahaja. Dengan gabungan mantap 20 stokis dan 120 agen di seluruh Malaysia mereka berjaya mencapai lebih dari target sasaran jualan.

Kelebihan produk Semi LipMatte Bungaa ini, ianya tidak menggunakan sebarang campuran wangian sentetik tetapi mencampurkan dengan rose oil untuk bauan bunga. Selain itu ianya mengandungi SHEA BUTTER yang boleh melembapkan kulit bibir. Paling best, Semi LipMatte bunga ini dapat meneutralkan kembali warna kulit bibir. Sebagai orang muslim apabila lipstik yang dipakai mudah dibersihkan adalah satu kemestian bagi memudahkan mereka mengambil air wudhuk untuk mengerjakan solat (Mesra Wudhuk). Tidak dinafikan Semi LipMatte bungan ini mempunyai tekstur lebih ringan dan tidak melekit menjadikan bibir kelihat lebih munggil daripada biasa.

Bersempena dengan pelancaran lipstik Bungaa baru-baru ini,  "5 Face Of Bunga" yang mewakili setiap 1 bunga dan warna telah diperkenalkan, iaitu :

  • Amyrah Nasuha bt Badrin  (rose)
  • Farra Alisa bt Mohd Zairi (lily)
  • Nurdiyana Nadirah (tulip)
  • Nadia Syahera binti Rosli (orchid) 
  • Nadia bt Amil (daisy)

 Best seller setakat hari ini adalah warna dari tulip, lily dan daisy!



Harga yang ditawarkan untuk satu Semi LipMatte ini adalah RM 39 (Semenanjung) / RM42 (Sabah/Sarawak) dan ianya boleh didapati dari semua stokis dan Agen Bungaa. Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk boleh layari https://instagram.com/bungaacosmetichq 
Bungaa Menawarkan Koleksi Warna Lipstik Yang Sangat Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 08, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.