Dunia Influencer dan Sosial Media Yang Korang Perlu Tahu


Baru-baru ini saya telah menyertai satu bengkel mengenai SOCIAL MEDIA- MAKE OR BREAK YOU bertempat di Wondermilk Publika Kuala Lumpur. Bengkel ini adalah anjuran dari Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan kerjasama Yayasan Peneraju Alumni Club.

Dua 'speaker' yang dijemput untuk berkongsi tentang dunia media sosial sememangnya mempunyai pengalaman yang cukup hebat iaitu Nina Sharil Khan (CEO & Pengasas POPCON) dan juga insta selebriti Cassidy La Creme (Influencer & artist Recording).

Di sini saya kongsikan sedikit infomasi mengenai kedua-dua speaker yang dijemput.

Nina Sharil Khan (CEO & Founder of POPCON, MIA's Top 100 Inspirational LinkedIn Icons)
Wanita yang cukup energetik ini kareernya bermula dari bidang lakonan, seterusnya pengacaraan dan juga terlibat dengan dunia penerbitan bersama Kash Pictures. Selain daripada terlibat dengan pembangunan bisnes bersama MDEC, beliau juga seorang yang sangat kreatif dan sentiasa mencari peluang dalam dunia bisnes. Paling penting beliau begitu semangat untuk memberi inspirasi kepada orang lain, akhirnya terlahirlah POPCON dengan misi untuk memberi kelainan dalam industri media sosial di Malaysia dan Asia.

Cassidy La Creme (Influencer, Youtuber, Recording Artist, #CassidyBoleh Travel host)
Popularitinya bermula pada tahun 2012 di mana kehebatannya dalam mengacara dan bercakap di dalam bahasa melayu dengan fasih. Mempunyai rancangan 'travel' sendiri dengan keunikkan berbahasa melayu menjadikan beliau antara celebriti isntafamous yang mempunyai ramai pengikut samada di youtube mahupun di platform sosial media lain seperti instagram. Bayangkan pengikutnya di saluran youtube menceah 7 juta! Satu pencapaian yang sangat hebat :-)

Terdapat 2 sesi di dalam bengkel ini iaitu:-
Sesi 1: A new Era of Brand Building - Social Media Influencing (Nina Sharil Khan)
Sesi 2 : The Good, The Bad and The Ugly of Social Media (Cassidy La Creme)

Output dari sesi pertama adalah membincangkan tentang bagaimana dunia media sosial hari ini terutama dalam membina penjenamaan. Disampaikan dengan penuh bersahaja dan banyak info yang perlu kita tahu terutama dalam mencari identiti (niche) untuk menjadi seorang influencer yang hebat.

Apa itu MEDIA SOSIAL?
Media sosial adalah salah cara atau plafrform yang membolehkan kita berkomunikasi  dan berkongsi di atas talian. Ianya dikatakan media sosial kerana pengguna akan 'engage' dengan pengisian sosial (social content) bersama pengguna alam maya yang lain.

Apatah sekarang terdapat banyak aplikasi media sosial yang mempunyai berjuta penggunanya. Menurut kajian sehingga tahun Januari 2019 - Facebook, Youtube, Whatsapps antara yang mempunyai ramai pengguna yang sangat aktif.

Lihat sahaja pengguna Whatsapps dari perpektif seluruh dunia. Hampir keseluruhan negara masyarakatnya menggunakan Whatsapps untuk berkomunikasi. Jadi tidak hairanlah dunia berkomunikasi tanpa sempadan hari ini sangat mudah. Ini kerana kita boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tidak kira mereka berada di mana.

Platform Media Sosial Di Malaysia Paling Popular.

Menurut kajian yang dikongsikan oleh Cik Nina dari POPCON, sehingga Januari 2019 pengguna Youtube adalah paling tinggi di Malaysia. Tidak hairanlah jika kita lihat hari ini seperti fenomena kebanyakan selebriti tanahair mempunyai saluran Youtube mereka sendiri dan berlumba mengajak masyarakat untuk subscribe saluran mereka.

Ini juga boleh kita kaitkan bagaimana budaya masyarakat hari ini yang lebih gemar melihat video berbanding dengan membaca info. Jadi saluran seperti Youtube memang popular dalam carian!

Namun dari segi pemasaran, platform Facebook dan Instagram antara yang mendapat permintaan yang tinggi. Saya sendiri kadang-kala boleh terpengaruh dengan iklan dari saluran facebook. Ini terutama dari Shopee (yang banyak menggunakan sosial media influencer), poplook dan pelbagai lagi.

Youtube Menjadi Pilihan Dalam Era Media Sosial Hari Ini.

Walaubagaimanapun, trend sekarang dan pada masa akan datang pengguna sebenarnya lebih terarah ke dunia youtube.

Antara sebabnya:
1. Terdapat lambakan ciri 'online video' yang diperkenalkan di aplikasi media sosial. Contohnya facebook dan youtube sendiri.

2. Media Sosial = The New distribution Channel
Dijangkakan dalam tempoh 5 tahun akan datang, apabila semua pengguna lebih ke arah 'mobile' meraka akan lebih melihat video.

3. Influencers = Content Creator

4. Jenama= Mereka belajar  untuk menghasilkan pengisian (content) sendiri

Pengenalan POPCON

POPCON, Popular Content merupakan komuniti khas untuk 'online creators' (samana bisnes mahupun individu) yang sentiasa menyokong antara satu sama lain dan membantu meningkatkan lagi kehebatan mereka dalam menghasilkan pengisian yang terbaik.

Adapun antara lain tujuan POPCON diperkenalkan adalah untuk menyokong eko-sistem dunia media sosial, network,  level-up, kerjasama dan hasilkan sesuatu (create).

Menurut Cik Nina, POPCON begitu aktif menganjurkan seminar, bengkel bahkan pertandingan vlog juga pernah diadakan. Ini adalah salah satu cara bagaimana mereka yang berminat dalam bidang ini untuk menghasilkan pengisian yang terbaik dan kreatif.


Siapa LAYAK Untuk Menjadi Influencer? 

Topik ini agak menarik sebenarnya. Jika mungkin kita terlalu skeptikal tentang usia dan juga penampilan seseorang perlu hebat baru berjaya tetapi hakikatnya tidak ya. Masih ramai lagi mereka yang sudah berusia dah menjadi cukup popular di media sosial.

Antaranya seperti:-
Jenny Doan yang merupakan seorang nenek kepada 22 cucu namun cukup popular di saluran Youtube. Dan kini beliau boleh menjana pendapatan daripada saluran tersebut melalui perniagaan dan juga pengumpulan penonton daripada setiap video yang dikongsi.

Atuk yang cukup popular di India yang mana video beliau memasak live dirakamkan. Apa yang menarik pendapatannya disalurkan untuk rumah anak yatim dan kebajikan. Sangat memberi inspirasi!

Dan ramai lagi tidak kira usia, bangsa dan penampilan. Apa yang penting untuk menjadi 'influencer' yang baik baik kita perlu menjadi diri sendiri dan tahu tentang 'niche' apa yang sesuai dengan kita. Contoh seperti Rncik Sujimy yang banyak berkongsi kehidupannya sebagai seorang bapa, tempat yang beliau pergi melancong, keagamaan, ulasan buku dan banyak lagi.

Bahaya Tentang Media Sosial



Terlibat secara aktif dengan sosial media juga adakalanya boleh memberi kesan kepada kita. Selain daripada isu privasi, kaitan dengan problem mental juga sering dikaitkan. Ini terutama bagi golongan muda.

Realitinya media sosial hanyalah satu 'persembahan', dimana sebaliknya ada cerita mungkin yang kita tidak ketahui.

Mungkin kita hanya nampak tentang cerita 'gembira' dan 'bahagia', namun disebaliknya ianya tidaklah seperti tidak digambarkan. Ini mungkin kita hanya pertonjolkan apa yang baik disisi kita. Namun tidak juga elok jika kita suka 'meroyan' atau berkongsi yang negatif di media sosial ini kerana ianya memberi refleksi yang buruk kepada diri kita sendiri.

Jadi kita perlu menggunakan media sosial secara berhemah, tidak terlalu berlebihan atau propa. Jadi diri sendiri dan berkongsilah pengisian (content) korang dengan bijak.

Ini seperti yang dikongsikan oleh  Cassidy La Creme dalam sesi kedua yang membincangkan topik The Good, The Bad and The Ugly of Social Media.

4 kata kunci seperti di atas sangat penting sebelum kita mengambil keputusan untuk terlibat diri dalam media sosial.

Ini kerana realiti kita di depan dan di belakang skrin alam maya adalah tidak sama. Jadi kita kena sentiada berhati-hati ketika berkongsi apa sahaja maklumat menerusi alam maya.

Antara poin dari Cassidy yang suka saya kongsikan seperti :-

DELETE DOESN'T EXIST
Kita jangan kongsikan benda yang tidak pasti atau benda yang tidak sahih infonya, Apatah lagi kalau perkara itu tidak benar. Ini kerana pengguna lain boleh 'screenshot' secara kenyataan atau video yang dikongsikan. Sangat merbahaya ya!

Ianya juga melibatkan privasi orang lain dan jug aprivasi kita. Dan jika silap langkah kita boleh disaman disebabkan oleh perkara tersebut.

WORDS ARE WEAPON
Seperti pedang tajamnya, kita kena berhati-hati dengan setiap penulisan di media sosial. Isu seperti 'keyboard warrior'. 'ustaz online' dan sebagainya sepatutnya tidak wujud. Jika kita tidak suka dengan kenyataan orang lain, atau isu tertentu kita harus 'biarkan', jangan masuk campur dengan memberi komen balas yang mungkin akan memberi kesan kepada diri kita balik.

Ini terjadi dalam banyak isu selebriti yang mana statusnya dikomen dengan sesuatu yang mengaibkan dan beliau mengambil keputusan untuk saman kepada pengomen tersebut. Efeknya maruah kita tercalar, kewangan, masa yang perlu berhadapan dengan isu serta banyak lagi.

Kita perlu ingatkan diri sendiri, apa sahaja yang kita lakukan di media sosial bukan sahaja akan memberi kesan kepada diri sendiri bahkan orang yang rapat seperti keluarga dan kawan juga terkena tempiasnya.

Jadilah 'influencer' yang baik dan hebat bukan sahaja untuk kepuasan diri sendiri bahkan ianya juga cerminan pada agama dianuti, negara, masyarakat serta keluarga yang disayangi.

Terima kasih Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera atas penganjuran bengkel yang hebat ini!

Banyak manfaat yang saya perolehi :-)

psst: Makanan yang sedap-sedap dari Wondermilk siap boleh tapau bawa balik dan paling penting kehadiran dua speaker yang ohsem berkongsi info dan kisah yang memberi inspirasi.

#YayasanPenerajuSharesTalkSeries
Dunia Influencer dan Sosial Media Yang Korang Perlu Tahu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 18, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Thanks for the blog filled with so many information. Stopping by your blog helped me to get what I was looking for. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest places.

    ReplyDelete
  2. Bestnya sesi sebegini. Mesti banyak info yang Ayu dapat dari perkongsian mereka kan. Nanti shara la dengan Rawlins gak. Nak gak jadi influencer - takkan acik KOL sengsorang je.

    ReplyDelete
  3. Wah bagusnya bila ada perkongsian macam ni! Iyalah kadang-kadang kita selalu terlepas pandang tentang perkara-perkara penting sedangkan kita laluinya hari-hari ni. Lagipun melalui program ni boleh mengajar kita menjadi pengguna media sosial yang lebih cakna dan bertanggungjawab kan. :D

    ReplyDelete
  4. Good information sharing. Byk benda yg saya dpt belajar mengenai social media, influencer, content marketing dpd baca your post. Thank you for sharing what you learn with your readers. Saya juga tringin nak gie kursus macam. I would like to learn more and more about digital marketing.

    ReplyDelete
  5. Dah setahun libatkan diri dalam dunia blogging ni baru tahu mengenai info menarik ni. Banyak yang zul belajar dari entri ni. Semoga bermanfaat untuk zul dan orang lain juga

    ReplyDelete
  6. Wow...perkongsian yang hebat k.ayu. Macam nak panggil that company bagi talk dekat tempat koje la..menarik sungguh info tentang media sosial ni

    ReplyDelete
  7. wah detail entri tentang social media. yes kalu guna cara betul kita boleh generate banyak income dengan platform kak ayue mention tu. ramai betul influences dari malaysia ye

    ReplyDelete
  8. social media ni sebenarnya bagi iza lebih kepada tempat yang iza nak share benda iza suka and memories tapi sejak dah tak kerja ni iza cuba jadikan social media ni tempat untuk cari duit. dah ramai pun sbnrnya org buat macam tu. iza je yg baru nk berjinak dalam bidang ni.

    ReplyDelete
  9. bagusnya bengkel ni. macam2 ilmu tentang social media boleh dipelajari. satu lagi artikel ni juga sangat jelas dan senang nk faham. terima kasih ya, barulah saya faham sedikit demi sedikit tentnag dunia influencer dan social media ni.

    ReplyDelete
  10. Bagi I dunia sosial media ada bagus dan buruknya.. kalay kita kongsi passion kita adalah lebih baik dari kita asyik jadi keyboard warrior cari gaduh dengan orang lain heee.. apa pun dekat sini lah kita semua cari sumber makanan..

    ReplyDelete
  11. Wahh Youtube semakin berkembang. Kalau banyak bercakap mungkin orang akan tengok youtube kita. Qiss pun nak ke arah Youtube juga. Tapi skills kena asah dulu lah. Baik buruk sosial media ni memang kena tahan lah. Janji kita tak kacau orang.

    ReplyDelete
  12. We've transitioned from me being more active to them Niche Edit handling the majority of the responsibility

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.