Jom Sertai Peraduan hp Little Makers -Family Edition-



Aktiviti kraf dan seni antara yang kita boleh lakukan bersama anak-anak terutama di waktu lapang. Apatah lagi hasil kraf yang dihasilkan sesuatu yang kita boleh belajar dan kaitkan dengan dunia serta teknologi di sekeliling kita.


Anak saya Ameer dan Amani memang suka dengan aktiviti seperti ini. Kebetulan HP Malaysia ada menganjurkan Peraduan HP Little Makers, haruslah saya ingin serta sama. Di mana ada 8 cabaran aktivtii seni yang boleh kita sertai. Dan kita perlu memuat turun cabaran ini dari link ini:-


Saya menggunakan HP DeskJet Ink Advantage 3700 All-in-One Printer. Salah satu fungsi pencetak ini ianya boleh mencetak dengan hanya menggunakan teknologi 'wife'. Memang mudah dan sangat praktikal. Apa yang perlu saya buat hanyalah 'install' terlebih dahulu apps HP di telefon pintar.

Seterusnya saya 'connect' dengan pencetak HP yang sedang digunakan. Boleh terus cetak dari website yang saya buka dari telefon bimbit.

Sangat mudah bukan?

Pilih cabaran aktiviti seni yang ingin dilakukan bersama anak. Dan terus cetak dari laman web :-) . Memang anak-anak apabila diberikan tugasan seperti ini mereka lebih teruja. Apatah lagi warna gambar hasil cetakan menggunakan pencetak HP sangat cantik dan terang. Memberi mood yang baik untuk mereka sebenarnya.

Selain dapat mengeratkan hubungan keluarga, 'bonding' antara anak dan ibu, melalui aktiviti seperti ini mengajar anak untuk lebih fokus dan menggalakkan mereka untuk membuat sesuatu dnegan bersungguh-sungguh.

Hasil aktiviti seni saya bersama anak-anak. Bestkan!

Oh ya korang! Setiap gambar yang diambil ketika melakukan aktiviti ini boleh dimuat naik ke sosial media korang dan jangan lupa letak sekali bersama hashtag #HPMY #HPDeskJet #HPLittleMakers #ReinventLearning dan jangan lupa juga untuk tag @HP Malaysia. Hanya seorang pemenang dicari dan hadiah ditawarkan merupakan produk HP bernilai RM10,000. Fuhhh lumayan tu!

Jangan lupa sertai hokeh!

Jom Sertai Peraduan hp Little Makers -Family Edition- Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 09, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.