SuperDayCamp di SuperPark Malaysia Memang Ohsem!


SuperDayCamp di SuperPark Malaysia Memang Ohsem!-SuperPark Malaysia merupakan taman tema permainan (indoor) yang direka khas bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk bermain dan beraktiviti tanpa mengira peringkat umur dan tahap kecergasan individu.  Taman tema SuperPark ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 di negara Finland dan sehingga kini sebanyak 18 cawangan telah dibuka di seluruh dunia. Dan SuperPark Malaysia di Avenue K merupakan cawangan sulung dalam negara dan yang ketiga di Asia telah dibuka. 


SuperDayCamp
Bersempena dengan cuti sekolah tidak lama lagi. SuperPark Malaysia telah menganjurkan satu program khas iaitu SuperDayCamp. Untuk pengetahuan semua kem ini telah mendapat pengiktirafan daripada sistem Pendidikan Finland. Ianya boleh disertai oleh kanak-kanak yang berusia antara 4 sehingga 10 tahun. 

Dan kem ini akan berlansung dari 25 November 2019 sehingga 18 Disember 2019 iaitu Isnin sehingga Rabu sahaja, Semua aktiviti yang dijalankan adalah dibawah seliaan krew SuperPark Malaysia yang terlatih dan berpengalaman.

Kepentingan SuperDayCamp
Dalam satu laporan baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat lebih daripada separuh remaja Malaysia memilih  untuk gaya hidup yang tidak aktif waima mereka sebenarnya lebih suka untuk duduk berjam-jam tanpa mlakukan apa-apa aktiviti fizikal. Bahkan lebih menakutkan mereka lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan gadget.

Bercakap ketika di waktu pelancaran, Charlene Marie Samuel,Director of Autism Behavioral
Center and yang juga ahli terapi Applied Behavior Analysis berkata;
 “Active play time is crucial for a child’s overall development especially during their formative years. It allows them to learn important skills like problem-solving, working in teams, pushing boundaries, and adapting to new environments – all of which will be extremely useful as they grow older.”

SuperDayCamp ini telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Lembaga Pendidikan Finland dan ianya dikatakan sebagai salah satu daripada sistem pendidikan terbaik di dunia.

Modul Terbaik SuperDayCamp


SuperDayCamp menyediakan pelbagai alternatif aktiviti yang dapat membangunkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi. Untuk satu kumpulan nisbah adalah 7:1 iaitu 7 peserta akan diberikan1 jurulatih bagi membimbing mereka.

Di dalam modul SuperDayCamp terdapat beberapa siri aktiviti dan permainan yang dapat membantu kesejahteraan fizikal, mental dan emosi. Selain itu menerusi aktiviti di sini juga, anak-anak akan dapat mengenali kawan-kawan yang baru di bawah seliaan dan persekitaran yang menyeronokkan.

Selain itu SuperDayCamp juga bertujuan untuk memberi inspirasi kepada peserta bahawa melalui aktiviti yang disediakan dapat memberikan mereka lebih keyakinan, meniupkan motivasi dan kepimpinan untuk berjaya di alam persekolahan serta dalam kehidupan.


Lihat sahaja keberanian dan keseronokan anak saya Ameer melakukan salah satu aktivti di SuperDayCamp.

Harga Pakej SuperDayCamp Yang Ditawarkan

Kanak-kanak boleh menghadiri samada untuk kem sehari atau kem tiga hari sepanjang hari Isnin -Rabu dari 25 November 2019 hingga 18 Disember 2019. Program akan bermula dari 9:00 pagi sehingga 3:30 petang.

Diskaun Untuk Pendaftaran Awal (sebelum 15 tahun November) adalah sebanyak 10% akan diberikan daripada harga yang ditawarkan..

Semua peserta SuperDayCamp akan menerima:
  • Certificate of Completion (endorsed by Education Finland)
  • Makanan tengahari (terdapat juga pilihan untuk vegetarian)
  • Welcome Pack (SuperPark Branded Merchandises)
  • Limited Edition Camp T-shirt
  • Full-Day Access didalam SuperPark Malaysia (sebaik sahaja tamat aktiviti kem)
* Mana-mana kanak-kanak di bawah umur 8 tahun mesti SELALU diiringi dan diawasi oleh penjaga.

Untuk maklumat lanjut mengenai SuperDayCamp di SuperDark Malaysia , sila lawati :-

Jom hantar anak-anak ke SuperDayCamp di SuperPark Malaysia!

#SuperDayCamp 
#SuperParkMY 
#SPRPRK 
SuperDayCamp di SuperPark Malaysia Memang Ohsem! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 11, 2019 Rating: 5

13 comments:

Auni Muthal'lib said...

Bagus untuk anak-anak yang baru meningkat usia :) Banyak aktiviti, paling best ada certificate.

Fiza Rahman said...

Bestnya. Banyak aktiviti dalam ni. Mak pon boleh tumpang main sekali. Teringin juga nak pergi bawa anak-anak.

cc kak fas said...

Dah rsvp untuk event ni hari tu sekali last minit tak dapat pg sebab ada hal kena g Hatyai Thailand pulak. Frust budak2 moga ada lain kesempatan nanti ya.

Hanny Abdullh said...

Haaa cuti sekolah ni boleh le hantar anak2 ke sini kan, tak lah diorang boring je kat rumah. Kalau ada utk anak2 remaja memang sis dah hantar aeysha ni ke sana..:D

Nana Hassan said...

Menarik nya. Anak2 mesti suka. Dah ada aktiviti waktu cuti sekolah nanti

RAIHANAH AHMAD said...

syoknya, anak2 saya pun mesti suka ni. bolehlah bawa mereka nanti. thanks sharing

www.duniafarisya.com said...

Bagusla camp ni.Tunggu adik amni habis sekolah.Time tu blh suruh dia masuk supercamp ni.Tak rugi sebab banyak faedah dia.

Mimie said...

Nampak best dan seronok pulak camp yang dianjurkan ni. Bagus untuk semua peringkat umur. Anak anak yang paling seronok bila dapat join kan

Ruby said...

Saya tengok seronoknya aktiviti kat sini. Nak pi tak da masa. Nanti saya plan bawa anak. Mereka tengah musim demam. Nasib baik tak rsvp event ni kak. Hahaha.

I am Vee said...

It's a school holiday season too! If my daughter grow elder I will also occupy her with school holiday programmes, this will let her learn more things and join new friends. Thanks for sharing!

Jaja Zaleha said...

Bagus ya aktiviti seperti ini, sekurang-kurangnya masa anak-anak cuti sekolah dapat diisi dengan perkara bermanfaat dan meningkatkan keyakinan diri mereka. Tahniah untuk organizer!

Nadia Johari said...

best betul..banyak sangat permainan dia..nak sangat pergi..nanti nak bawak anak-anak ke sini la..

mek yunie said...

seronoknya aktiviti macam ni dengan anak anak. kalau dekat mek dah atur program macam ni untuk weekend anak anak.

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.