MISMIS Produk Penjagaan Oral Yang Mengandungi 99.9% Bahan Semulajadi

Tidak dinafikan memiliki gigi yang sihat dan kuat serta nafas tidak berbau sangat membantu meningkatkan keyakinan diri. Apatah lagi aura persona bukan hanya diukur daripada kecantikan fizikal semata-mata bahkan ianya juga mencakupi kebersihan diri secara peribadi.


Prihatin tentang kepentingan menjaga oral secara konsisten, saya telah menghadiri ke satu majlis diskusi anjuran MISMIS produk penjagaan oral terbaru di pasaran di Klinik Pergigian Nurul Akmar. Selain daripada sesi soal jawab bersama pakar tentang isu yang berkaitan dengan gigi dan oral, saya juga telah diperkenalkan dengan MISMIS jenama penjagaan oral keluaran bumiputera.


Apa Itu MISMIS?

Bunyinya sangat catchy bukan? MISMIS, hiks.

Menurut Puan Wanie (Pengasas MISMIS), perkataan MISMIS adalah 'shortform' daripada slogannya iaitu Make It Smile. Dari 3 perkataan ini maka terlahirlah MISMIS, bunyi yang sangat unik dan mudah diingat.

Kenalkan pengasas jenama MISMIS, Puan Noormawarnie Nordin. Wanita yang menjadi tulang belakang utama dalam memperkenalkan produk penjagaan oral yang menggunakan bahan semulajadi (based plant).

MISMIS Produk Halal Berasaskan Ramuan Semulajadi

Sememangnya mencari sesuatu yang halal itu adalah wajib bagi umat Islam. Tidak kira pemakanan bahkan semua produk yang digunakan harian perlulah halal tanpa was-was. Dan MISMIS adalah antara produk lokal yang menggunakan 99.9% bahan semulajadi (plant based). Paling penting ianya selamat digunakan samada kepada golongan dewasa mahupun kanak-kanak.  Produk di bawah jenama MISMIS telah diuji secara klinikal dan terbukti tidak mempunyai paraben, SLS/SLES dan juga florida.

Saya juga tertarik dengan ramuan yang digunakan didalam salah satu produknya iaitu ubat gigi. Kajian yang telah bermula sejak tahun 2014 oleh NFA Technolgies Shd Bhd dengan menggunakan ramuan utama polifenol koko bersama cengkih dan minyak zaitun. Dengan segala khasiat semulajadi didalam bahan yang digunakan ini sangat membantu menyokong pertumbuhan gigi agar kuat dan sihat. Proses untuk menghasilkan ubat gigi yang dapat memenuhi semua segmen umur ini sebenarnya juga mendapat kerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia.

Produk Oral Terbaik MISMIS

Antara produk penjagaan oral keluaran MISMIS yang sudah berada di pasaran seperti:-

Ubat Gigi

Untuk ubat gigi terdapat 2 kategori produk yang dikeluarkan iaitu bagi kegunaan dewasa dan juga kanak-kanak. Ini adalah bagi memenuhi keperluan pengguna dan juga kehendak permintaan segmen pasaran.

Dan kedua produk ini adalah penggunaan orang dewasa. Keduanya menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama.


Ubat Gigi Semulajadi Premium MISMIS Pudina Koko | 100g

Ini merupakan produk terbaru dalam siri penjagaan oral MISMIS. Ramuan utamana adalah polifenol-tannin ternyata sangat berkesan dalam membunuh bakteria utama didalam mulut (terutama bakteria: Streptococcus Mutan dan S. Sanguis). Untuk pengetahuan korang bakteria ini antara punca yang boleh menyebabkan pereputan gigi, nafas berbau dan juga berlakunya karies.

Dengan adanya lemak koko (cocoa butter) yang sememangnya kaya dengan Vitamin E dapat meningkatkan aktiviti agen antbakteria sekaligus pengguna dapat mengurangkan masalah kaviti mulut. Tambahan pula gabungan aroma koko dan juga daun pudina boleh memberi kesegaran dan kepuasan semasa memberus gigi.

Btw. Saya sangat suka dengan pembungkusannya nampak sangat esklusif dan cantik.

 Ubat Gigi Semulajadi MISMIS Ekstra Pudina Segar | 200g | 85g | 60g

Ubat gigi keluaran MISMIS ini antara yang agak lama diperkenalkan di pasaran. Keunikkan berbanding dengan ubat gigi yang terkini adalah ianya didatangkan dengan 'extra cool mint'. Bagi pengguna yang suka rasa berangin didalam mulut seperti menikmati daun pudina yang harum pasti menyukai oral penjagaan MISMIS siri ini. Tambahan pula ianya dapat memberi 7 lebih perlindungan yang juga dapat mencegah bakteria dan karies gigi. Oh ya! Buih ubat gigi ini diperbuat daripada kelapa. Serius unik :-) Jadi ianya bukan sahaja boleh digunakan oleh golongan dewasa bahkan kanak-kanak juga. Ianya selamat, sekiranya tertelan pun tak apa!


Ubat Gigi Semulajadi MISMIS Kanak-Kanak 'Just For Kids'

Comel sangatkan!! Saya begitu teruja apabila pertama kali melihat pembungkusan ubat gigi MISMIS khas untuk kanak-kanak. Didatangkan dengan  2 perisa iaitu Chocolata dan juga Bubble Gummy. Produk ini bebas flourida dan ramuan yang digunakan adalah bahan semulajadi terpilih yang dapat memberi kebaikan kepada si manja. Seperti biasa ianya tidak mengandungi SLES/SLS dan paraben. Sekiranya si manja tertelan, kita juga tidak perlu risau ini kerana ianya selamat dan buihnya juga dari sumber kelapa.


Ubat Kumur

Ubat Kumur ataupun Mouthwash antara produk penjagaan oral yang cukup popular terutama buat golongan dewasa yang jenis 'out-going'. Ini kerana golongan seperti ini sangat mementingkan kualiti nafas agar tidak berbau sekiranya bertemu dengan berkomunikasi dengan orang lain.


Ubat Kumur MISMIS Mint Leaf

Ahah! Tetapi sebenarnya penggunaan ubat kumur ini sesuai untuk semua apatah lagi produk keluaran MISMIS ini yang mengandungi 'Minty Leaf', tanpa alkohol dan sesuai penggunaan untuk seisi keluarga. Jika digunakan secara konsisten ianya juga dapat membantu meningkatkan kesegaran nafas dan kita sendiri akan berasa segar sentiasa. Ini kerana kesegaran 'spearmint' didalam produk ini membolehkan mulut kita berbau wangi. Sekaligus meningkatkan keyakinan dan aura pesona dalam diri.

Berus Gigi

MISMIS juga memperkenalkan berus ggi lembut dan separa lembut di pasaran. Oh ya! berus gigi MISMIS ' Multiple Action' antara produk yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Dengan empat warna yang menarik iaitu hijau, merah jambu, ungu dan biru. Selain itu berus gigi ini juga didatangkan bersama penutup khas menjadikan berus gigi ini sangat praktikal dan dgemari kerana perlindungan serta penjagaan rapi dari segi aspek kebersihan.

MISMIS Multiple Action | Soft | Medium -Soft

Berus gigi ini diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah sekali diuji terhadap haiwan. Berusnya begitu lembut dan dapat memberi 3 kali perlindungan pada gusi daripada kecederaan. Selesa dan seronok digunakan terutama dalam membersihkan ruang-ruang diantara gigi kita.

Selain itu terdapat juga pek kembara 2 dalam 1 yang membolehkan pengguna membawa produk MISMIS ke mana sahaja. Pek kembara ini mengandungi ubat gigi 30gram dan juga berus gigi jenis medium-soft.

**Untuk harga bagi produk ubat gigi dan berus gigi MISMIS adalah diantara RM3.90 sehingga RM15 sahaja. Cukup berbaloi dan berpatutan.


Diskusi Bersama Dr Siti dan Puan Noormawarni Tentang Penjagaan Gigi


Pelbagai tips telah dikongsikan oleh Dr. Siti tentang penjagaan gigi yang betul. Begitu juga dengan perkongsian dari Puan Noormawarni terutama mengenai produk keluaran bumiputera MISMIS yang bagi saya cukup menarik dan terbaik.

Antara tips penjagaan gigi yang suka saya kongsika dengan korang semua antaranya:-

  • Cara untuk menikmati kopi bagi mengurangkan masalah gigi kuning adalah melalui penggunaan straw.
  • Didalam ramuan ubat gigi terdapat jenis gula yang yang dikenali sebagai Xylitol. Dan Xylitol adalah pemanis semulajadi, yang sama manis dengan gula biasa (sukros). Ianya mempunyai keupayaan yang dianggap dapat membantu mencegah kerosakan gigi, misalnya meningkatkan penghasilan air liur dan mengurangkan pertumbuhan bakteria dalam mulut agar kurang asid terhasil.
  • Gigi anak perlu diberus sebaik sahaja mereka telah mempunyai gigi. Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan sehingga satu peringkat umur yang dibenarkan.


Dan banyak lagi sebenarnya perkongsian menarik dari Dr. Siti. Korang boleh ke FB MISMIS dan tonton FB Live yang telah dirakamkan sepanjang sesi dialog tersebut.

Sebelum majlis beransur, satu sesi pemberi souvenir produk MISMIS sebagai tanda penghargaan buat Dr Nurul Akmar (pemilik Klinik Pergigian Nurul Akmar) dan Dr. Siti. Penyampaian telah dilakukan oleh Pengarah Urusan NFA Technologies Sdn Bhd iaitu Puan Noormawarni Nordin.

Mengenali produk MISMIS secara dekat menyebabkan saya berasa kagum dan tidak sabar untuk mencubanya sendiri. Apatah lagi keluaran syarikat NFA Technology Sdn Bhd yang merupakan salah satu syarikat yang telah mendapat bimbingan dibawah program Malaysian Technology Developement Corporation (MTDC). Di mana di bawah Progam Symbiosis ini MTDC akan memilih lepasan siswazah dan usahawan sediada untuk menjadi 'technpreneur' dengan meghasilkan dan mengkomersialkan produk berteknologi tinggi menerusi kajian yang telah dibuat di Pusat Penyelidikan di Universiti dengan latihan dan bimbingan dari MTDC.

Produk MISMIS kini sudah berada di pasaran yang mana korang boleh dapatkan di pasaraya seperti Tesco, Sabasun, Halamart dan juga farmasi serta kedai runcit yang terpilih. Selain itu produk penjagaan oral MISMIS juga boleh didapati di platform talian seperti Watsons, Airasia (Rokki.com), Shopee, Lazada dan banyak lagi,

Keterangan lanjut boleh layari:
www.mismis.com.my

MISMIS  - Make It Smile!
MISMIS Produk Penjagaan Oral Yang Mengandungi 99.9% Bahan Semulajadi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 10, 2019 Rating: 5

18 comments:

A Girl Like You said...

Menarik betul produk penjagaan gigi baru ni. Plus, ada perisa cocoa lagi tu, mesti anak suka! I will support this product! ;)

messarah said...

mismis cute je nama dia hehehe banyak jugak product range dia

Umi Nazrah said...

produk baru eh ni. menarik sangat ^_^

Fadzil Ahmad said...

Banyak tmpt dh jual mismis ke? Dkt rawNg mcm belom nampak lagi mismis

shamiera osment said...

Senang la boleh beli on9 produk ni..kena support produk Malaysia kan..hehe

Eiza GreenAppleKu said...

Cantik pembungkusan produk Mismis ni. Dan paling best dah boleh beli on9. Ubat gigi perisa koko tu konfem anak-anak Sis akan suka.

Mahamahu said...

Ohhh Mismis ni kita ingat produk kecantikan wanita rupanya produk untuk penjagaan gigi hehehe comel sangat sesuai untuk kanak-kanak orang dewasa malu nak guna wakakakaka...Nama pun comel jer MisMis hehehehe..

budakbandunglaici said...

Ala comel sangat packaging Mismis ni. sesuai macam namanya. Murah je harga ubat gigi, boleh la saya cuba nanti

Bella Jamal said...

Pertama kali dengan jenama MisMis ni. baguslah keluaran Halal kan jadi senang boleh pakai tanpa was-was. Rasanya kena diperluaskan lagi marketing ni supaya org ramai boleh pakai. Sis pun nak cuba lah macam mana rasa ubat gigi ni nanti.

Bonde Zaidalifah said...

pertama kali nampak jenama nih, menarik dan teruja nak cuba! Nanti Bonde pergi tengok dekat web Mismis yea

mrspuex said...

Nama pon dah catchy catchy kan.. Nampak macam menarik je ubat gigi utk kanak kanak tu...

RAIHANAH AHMAD said...

thanks sharing info ni. baguslah ada produk yang bebas bahan kimia berbahaya tu

adianiez AIDA said...

wah. tahniah doctors.
terbaik.
aida lom jumpa lagi produk ni, ayu.
nama nyer cute! mismis :)
kena support produk anak tempatan sebegini!

Aerill Hassan said...

nama produk yang sangat unik. mula2 ingat ke kismis hehe. semoga produk ni akan lebih maju ke hadapan untuk tahun 2020

Mus said...

pertama kali nampak produk ni.. packaging pun cantik dan menarik..

Hanny Abdullh said...

Best betul jenama ni. Jarang ada ubat gigi dari bahan semulajadi, boleh pakai tanpa waswas sebab dah semestinya halal, Anak2 pun geranti suka sebab rasanya sedap

Nadia Johari said...

ubat gigi baru ye..sesuai untuk semua peringkat umur..menarik tengok packaging dia..bolehla cuba nanti..nak tengok onile..ada macam2 perisa

dr-Life said...

I've never heard about this name. It seems so interesting and have the 99.99% germs kill. i plan to check this out to buy for my niece and nephew

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.