Vivo S1 Pro, Eksplorasi Trend Gaya Hidup Terkini

Miliki telefon pintar yang hebat sememangnya menjadi impian semua orang. Apatah gaya hidup hari ini, dunia fotografi  menjadi sebahagian daripada aktiviti harian. Dan Vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar siri Vivo terbaru iaitu S1 Pro. Telefon pintar terbaru ini menampilkan gabungan teknologi fotografi dengan perisian canggih.

Selain itu, telefon pintar terbaru ini juga mempunyai ciri keselamatan peranti melalui pengimbasan cap jari dalam paparan tanpa memberi gangguan kepada pengalaman visual. Bahkan ianya juga dilengkapi dengan pelbagai kesan animasi untuk pembukaan kunci peranti dengan mudah dan menyeronokkan.

Vivo S1 Pro turut hadir dengan rekaan empat-kamera belakang. Uniknya ianya didalam bentuk susunan yang agak menarik iaitu seperti 'diamond'. S1 Pro juga didatangkan dengan Kuad Kamera AI 48MP bagi menghasilkan gambar secara profesional

Dengan kamera utama yang disokong lensa sudut lebar, makro dan bokeh serta dikuasakan dengan algoritma kecerdasan pintar (AI) secara tidak langsung memberi pengalaman fotografi yang hebat dengan kejelasan foto yang lebih baik.

Antara ciri kamera Vivo S1 Pro:-
Depan : 32MP (f/2.0)
Rear : 48MP (f/1.8) Al Quad Kamera + 8MP (f/2.2) Super Wide-Angle
Kamera + 2MP (f/2.4) Super Macro Camera + 2MP (f/2.4)

 Cantikkan!

Telefon ini bagi saya agak nipis dengan berat hanyalah 186.7 gram. Manakala skrin 6.38 jenis Super AMOLED FullHD+   dan menyokong 'touch screen'.

Secara ringkas teknologi asas didatangkan bersama Vivo S1 Pro:

Processor : Qualcomm Snapdragon 665
RAM : 8GB RAM
Storage : 128GB ROM
Bateri : 4500mAh Dual-Engine Fast Charging

Not bad!!!!

Menggunakan kamera depan 32MP untuk selfie dan ini adalah hasilnya. Comel betul dengan menggunakan fungsi A1 sticker. 

Dan sebenarnya terdapat banyak lagi mode fotografi yang boleh dipilih, semuanya best!

 Vivo S1 Pro didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Fancy Sky. Kedua warna ini memang cantik dan ada gayanya yang tersendiri.

Vivo S1 Pro dijual pada harga RM1,199 dan akan bermula dijual di pasaran Malaysia pada 7 Disember 2019. Dan untuk pengetahuan semua untuk tarikh 7 Disember 2019 juga akan diadakan S1 Pro Superday Sales yang bertempat di Central i-City. Sepanjang jualan turut diadakan cabutan bertuah dan juga promosi terhad 'rebate' esklusif.

Keterangan lanjut dan info terkini boleh layari:


Vivo S1 Pro, Eksplorasi Trend Gaya Hidup Terkini Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 05, 2019 Rating: 5

18 comments:

AlongMurni said...

Boleh tahan harganya.. AM pun mmg tgh survey cari hp yg sesuai.. Speks dia pun nmpk menarik.. Boleh la AM sambar sebiji hujung bln nie..

suara dari telapak kaki comel said...

hahah cute gambar selfie korang. harga pun not bad..

Betty's Journey said...

I suka selfie function. Boleh touch up muka kita.

Rawlins GLAM said...

Wow. Banyak spesifikasi dia dan menarik gak keupayaannya. Harga dia pun boleh tahan, macam boleh je nak jadikan hadiah untuk my parents nie

sis gee said...

Wah maybe its time to upgrade nih! Harga pun affordable!

budakbandunglaici said...

wow telefon baru.. boleh tahan harga bawah rm1.5k je pun. sesuai sangat siapa jenis suka selfie nie

Mahamahu said...

Ala ada pula telefon baru lagi heheh kita jadi rambang mata nak beli mana satu ni hurmmmmm kita suka Vivo ni sebab teknologi terkini dan juga harga sangat berpatutan huhuhuhuh...

Hanny Abdullh said...

Makin canggih telipon sekarang ya, jadi rambang mata dibuatnya..tak tahu nak pilih mana satu. So buat masa sekarang gunakan apa yang ada ni je lah

Bella Jamal said...

Harga affordable. asalkan dapat beri kualiti gambar menarik dah cukup memadai buat Bella. Dah terhafal dah ciri Vivi ni sebab selalu dgr Sherry Al Hadat promo!

Marina Bashah said...

Cantiknye Fancy sky vivo s1 pro ni. Harga pon berpatutan. Bolehlah survey phone ni nanti

Ruby said...

Banyaknya henfon keluar tahun ni. Harga ok juga ni. Nanti nak tengok-tengok di kedai vivo

Yaya Azura said...

Tau-tau je Yaya duk survey handphone. Spec ok dah tu..harga pun berpatutan.

Wan Syahida Kahar said...

Berkualiti dan cantik gambarnya.. Skarang phone semakin canggih. Ciri2 yg orang paling cari pun selalunya kamera. Vivo selalu tak menghampakan.

Tengkubutang said...

Spec dia bagus dan ada keupayaan tinggi yang boleh buat pelanggan menyukainya. gambar pun cantik.. amboi.. banyak punlak pilihan tb nak beli fon baru ni.. pening dah nak pilih

Fadima Mooneira said...

Wow!!!!!!! This ViVo phone looks awesome and da bomb! But I am not looking for a new phone now. Thank you for sharing this review. Take care

Aerill Hassan said...

Dengan harga yg macam tu, saya rasa sangat berbaloi dengan spesifikasinya. Sekarang ni kan telefon pintar digunakan untuk macam2 perkara, jadi fungsi yg terbaik memang sangat penting. :)

RAIHANAH AHMAD said...

makin cantik vivo skrg ni, mesti laku keras nanti

mek yunie said...

cantik lah dia punya kamera. memang lawa, setanding dengan kamera phone lain. hampir tergugat juga untuk memiliki this one.

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.