Friday, September 30, 2016

Easy Go, Kabel Pengecas Telefon Pilihan Saya!


Model: ST-D02PI = 220mm / 2.1 A | RM29


Saya ni memang jenis semua benda perlu ada dalam beg. Terutama aksesori gadget. Mana tidaknya dengan telefon bimbit, bateri telefon, kamera dan macam-macam lagi semuanya memang menjadi keperluan saya untuk digunakan di mana sahaja.

Jadi apabila saya telah diperkenalkan dengan SISTA satu jenama aksesori telefon memang terus jadi excited! Jenama SISTA ini berasal dari Hong Kong yang mana katanya idea asalnya daripada sekumpulan generasi mudah yang begitu berminat dengan teknologi telefon dan telekomunikasi. Rekaan teknologi telefon yang dihasilkan memang berinovasi, berkualiti tinggi, sejajar dengan gaya hidup dan permintaan masa kini.

Apa yang menarik tentang kabel ini. Selain dari kualiti wayarnya yang disaluti silikon memang ketara tahan lasak, saya juga sangat suka akan saiznya. Ini kerana kebanyakan kabel telefon yang dimiliki sangat panjang. Untuk waktu tertentu seperti aksesori penting untuk di bawa 'travel' saya lebih memilih yang pendek, tidak mudah terbelit dan kecil (boleh mengurangkan penggunaan ruang tas tangan).

Proses pemindahan data pun agak cepat. Dan yang menarik tempoh digunakan untuk pengecasan sangat laju!

Sekejap sahaja tempoh pengecasan telefon. Jadi memang benar-benar jimat lektrik, hehehe.

Selain itu di SISTA MALAYSIA turut menawarkan pelbagai aksesori telefon yang lain, antanya seperti power bank, charger, bluetooth earphone, smartphone cover, smartphone screen film dan lain-lain.

Keterangan lanjut bolehlah layari;

Ataupun pembelian terus dari kedai-kedai aksesori terpilih :

Web: 

Hubungi :
03-89417677

Thursday, September 29, 2016

Run For Your Lives| Larian di Dunia Zombie Apocalypse


Run For Your Lives bukan sahaja aktivti larian yang menyeronokkan bahkan ianya lebih dari itu. Larian yang dunia zombie apocalypse yang berpunca dari unknown virus''. Manusia akan bertukar menjadi zombie apabila beliau tersentuh dengan mereka yang telah terkena virus ini!


Hahahahaha, bunyi memang menaik bukan :=)

Satu Unit Krisis telah ditubuhkan untuk iaitu 'évacuation centre' dan zon selamat untuk melindungi mereka yang masih terselamat daripda virus yang sedang merebak. Satu laluan telah disiapkan yang mana manusia (peserta) haruslah menggunakan kebijaksanaan, kelajuan dan stamina untuk mengelakkan daripada didekati dengan zombie yang ada berkeliaran.

Dan zombie juga sangat bergerak pantas dan cuba menyebarkan virus kepada seramai yang mungkin. Homaiiiiii terus saya teringatkan cerita "Train to Busan". Dan manusia (peserta mempunyai 3 nyawa bendera yang akan diikatkan di pinggang mereka).


Memang mencabar yang mana untuk ke zon yang selamat peserta pula menempuhi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan. Terdapat lebih kurang 5 cabaran yang perlu ditempuhi.

Antara cabarannya seperti:

1. The Blood Pit: Survivors need to make their way through a pit filled with blood

2. The Ladder: Survivors need to climb over a ladder to ditch the zombies

3. The Crawl Fence: Survivors need to crawl under a long fence

4. The Smoke House: A dark place filled with smoke and without any lighting

5. Finish Area: Survivors need to crawl in order to make it to the Survivor area


 Zombies mungkin berada:

1. The Living Room: A living room filled with zombies

2. The Slaves Vault: A place where zombies are caged and tied up

3. The Slaughter House: A place where the dead (Survivor) and undead comes together


Hahahahahah...


Siyes teruja kan!!!!
Kalau saya pasti lari dalam ketakutan, hahahahahah


Run For Your Lives Malaysia dianjurkan oleh Monkey Theory Sdn. Bhd.  dengan sokongan dari Hype Malaysia, TanTan News dan rakan media social Siakap Keli. Manakala untuk penaja rasmi adalah Sunway Lagoon, bersama Aery Jo Academy  sebagai jurumekap profesional.


Tiket (early bird) boleh dibeli dari http://secure.monkeytheory.asia/event/Run-For-Your-Lives-Malaysia bermula dari Sabtu, 1 st Oktober, pembayaran boleh dibuat secara kredit/debit card dan pembankan online

Harga Tiket Mengikut Kategori (Early Bird)

Survivor Wrist tag, t-shirt,dan medal  : RM69.00
Zombie Wrist tag, t-shirt, medal,dan professional makeup:  RM69.00


Tarikh/Masa Acara Larian:
Sabtu, 31 st December 2016, di Taman Botani Putrajaya, dari 6.00pm sehingga 12.00am.


Keterangan lanjut mengenai  Run For Your Lives Malaysia boleh layari https://www.facebook.com/rfylmy/

#RFYLMY.

Wednesday, September 28, 2016

KOREAN FAIR 2016 @ HARTAMAS SHOPPING CENTRE

Hartamas Shopping Centre yang terletak di kawasan kejiranan Hartamas dan Mont Kiara telah menganjurkan Korean Fair bermula dari 27 September - 1 Oktober 2016. Karnival berlangsung selama 5 hari ini bertujuan untuk mempertengahkan dan mempromosikan produk dan budaya dari Korea seperti fesyen, gaya hidup, makanan dan banyak lagi.

"We would like to appreciate and celebrate the cultures of other nationalities especially among the residences around the mall vicinity as they also our estimated customers," 
 Mr Alex Tan, the Centre Manager of Hartamas Shopping Centre


Pelbagai aktiviti di sediakan sepanjang karnival ini, antaranya seperti:-

1) Demonstrasi membuat Kimchi
2) Permainan tradisional Korea
3) Photo booth
4) Pertandingan makan Samyang
Dan banyak lagi...


Ok, jom lihat produk Korea yang ada di sini..
Semuanya best-best :)


Macam-macam ada kan :)


Nak melancong ke Korea?....
Jomlah kita..Banyak promosi menarik tau...

My fevereat ais krim....


Jom ke Korean Fair di Hartamas Shopping Centre!!

Monday, September 26, 2016

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

Walawehhh !!!!!!!!!

Sesuatu yang memang sangat saya nantikan selama ini. Iaitu kemunculan telefon pintar edisi terbaru dari Huawei. Telefon pintar yang lebih kompak, penuh gaya dengan dilengkapi dengan teknologi terkini sememangnya menjadi dambaan peminat-peminat gadget di serata dunia.



Bagi saya sendiri ada 8 sebab kenapa saya perlukan Honor 8 dalam hidup saya :=)

1. Saya seorang yang praktikal, mudah dan ringkas
Seorang yang ringkas dalam apa juga gaya. Saya memang pastikan segala barang yang sering dibawa ke mana sahaja itu mudah dan ringgan. Ini kerana saya meletakkan semua barang saya dalam satu beg tangan yang besarnya agak sederhana. Dengan berat telefon pintar Honor 8 hanya memiliki 153 gram sahaja, ianya diumpama berat sebiji epal (yang normal saiz) anggaran bersaiz 150gm - 165 gm. Kecil dan ringan hokeh!



2. Saya kaki bergambar, suka selfie dan sangat suka merakam setiap momen anak-anak saya.


Tidak dinafikan bukan saya seorang sahaja yang suka mengambil gambar. Dengan teknologi terbaik dari telefon pintar tidak sukar untuk kita dapatkan hasil foto yang menarik. Apatah lagi Honor 8 menawarkan dual kamera yang mempunyai resolusi terbaik. Untuk gambar dari depan resolusinya 8MP manakala untuk kamera belakang dengan gabungan lensa monokrom dengan resolusi 12MP. Jadi gambar-gambar untuk diambil secara selfie (terutama wide selfie), memang Honor 8 antara pilihan yang tepat. Cuba bayangkan kualiti gambar dalam 'Çrystal Clear'  boleh berada dalam keadaan sangat jelas lebih jelas dan terang samada berada didalam 'potrait mode' mahupun 'low light'.

3. Saya  seorang media influencer

Bukan sahaja seorang kaki selfie dimana-mana, tetapi saya juga seorang yang bukan anti-sosial. Pantang sahaja punyai masa 'free' saya pasti akan membuka laman facebook ataupun kemaskini status bergambar di instagram. Sebab itu saya sangat perlukan kelajuan Internet 4G dan mudah mendapat talian internet di mana sahaja saya berada. Dan Honor 8 memiliki keupayaan itu,

Selain itu dengan Honor 8 menawarkan 2 saiz storan iaitu 32GB dan 64GB. Bagi saya saiz ini agak besar untuk sebuah telefon pintar yang serba boleh. Harga yang ditawarkan bersempena dengan MY Cybersale di LAZADA adalah seperti berikut:-

PRODUKHARGA JUALAN
Honor 8 32GB (Black) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)1699
Honor 8 32GB (White) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)1699
Honor 8 64GB (Blue) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)1899
Honor 8 64GB (Gold) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)1899


4. Saya seorang profesional yang perlu membahagikan tanggungjawab seorang isteri/ibu dan juga pekerja

Honor 8 mempunyai slot MikroSD bersaiz sehingga 256GB yang juga berkongsi dengan 2 slot sim bersaiz nano. Secara tidak lansung membolehkan saya bertindak sebagai 'multi-tasking mom and worker' dalam satu masa. Memiliki 2 nombor telefon samada dari ISP yang sama atau berbeza memudahkan untuk kita berurusan harian. Jadi tidak perlulah untuk kita memiliki sehingga dua biji telefon semata untuk menggunakan 2 nombor telefon yang berbeza. Serius best bukan!



5. Saya seorang 'kaki game'

Gambar resolusi yang hebat bertambah gempak apabila telefon pintar ini juga memiliki prosessor dan RAM yang terbaik.


Tambahan dengan ciri-ciri seperti HiSilicon Kirin 950 chipset octa-core CPU (4xCortex-A72 @ 2.3GHz plus 4xCortex-A53 pada saiz 1.8GHz, Mali-T880 MP4 GPU, manakala saiz RAM adalah 4GB mampu memberi kelajuan yang hebat tanpa masalah seperti 'lapse'. Bayangkan jika kita main game begitu lancar secara ónline'ataupun óffline', memang puas hati. Laju berdesup, nak 'score'markah pun senang :=p

Selain itu, Honor 8 juga memiliki ciri 'eye-care mode' yang boleh mengelakkan dan mengurangkan risiko pengguna berhadapan dengan 'eye strain' atau sakit mata apabila melihat skrin telefon terlalu lama.

6. Saya seorang yang sangat pentingkan masa

Sekalipun mempunyai kehebatan ciri-ciri spesifikasi canggih di sebuah telefon tetapi bateri tidak tahan lama, bagi saya tetap tidak berbaloi. Apatah lagi kita mengunakan Internet 4G pastinya boleh mempercepatkan kehabisan bateri. Dengan kuasa bateri 3000mAh dengan spesifikasi Smart Power 4.0 membolehkan penggunaan yang lama serta  pengecasan bateri yang sangat pantas. Cuba bayangkan dalam masa 30 minit, telefon anda sudah dicas hampir 47% kuasa.


Bahkan katalah kita tidak sempat untuk cas terlalu lama, Dalam hanya masa 10 minit cas sahaja, kita sudah boleh menggunakan telefon itu untuk membuat panggilan dan sebagainya dalam masa 2 jam ataupun memainkan lagu-lagu secara offline selama 6 jam. Fuyooohhh.

7. Saya sukakan produk yang úser-friendly'

Honor 8 dilengkapi dengan skrin sesentuh (touch screen) bersaiz 5.2"  inci dengan resolusi pixel 1080 x 1920 pada 423PPI pixel per-inci. Menggunakan Android 6.0 Marshmallow, Huawei EMUI v4.1, mempunyai ciri 'finger print scanner' memudahkan untuk membuka apps dengan cepat. Nah! Ini merupakan siri Android yang terkini dan mempunyai pelbagai kelebihan.


Selain itu, Honor 8 juga mempunyai fungsi 'Smart Control' yang membolehkan kita menggunakan telefon pintar ini dengan pelbagai fungsi kawalan. Antaranya seperti untuk mengawal suis dan fungsi televisyen, hawa pendingin dan banyak lagi. Dan ianya disokong lebih dari 5,000 jenama antarabangsa.



8. Saya sukakan barangan yang ada gaya dan stylo!

Saiznya yang tidak terlalu besar dan kecil memang kena dengan citarasa saya. Dengan saiznya 145.50 x 71.00 x 7.45 (tinggi x lebar x ketebalan), muat dimasukkan ke kocek seluar, mahupun diletakkan di zip tepi dalam beg tangan yang sederhana besar.




Pilihan warna menarik seperti hitam, putih, biru dan emas (mengikut saiz storage), memberikan saya satu kelebihan untuk memilih gaya warna yang digemari.

Selain itu terdapat beberapa spesifikasi yang hadir bersama Honor 8 ini pasti memberikan kepuasan penggunanya. Antaranya seperti  LTE (300/50Mbps); dual-band Wi-Fi a/b/g/n/ac, Wi-Fi hotspot, Wi-Fi Direct; Bluetooth 4.2 LE; NFC; GPS/GLONASS/Beidou; USB Type-C.

Dengan harga bermula dari RM1699 sehingga RM1899, didatangkan pula dengan spesifikasi istimewa yang hebat menjadi telefon pintar keluaran Huawei Honor 8 ini benar-benar berbaloi untuk dimiliki oleh semua pengguna.

Dan jangan kalau uolls berminat, bolehlah mendapatkan Honor 8 ini pada harga yang cukup istimewa, boleh rujuk pada poster di atas di LAZADA. Dan KLIK poster di atas untuk mendapatkan direct pautan ke laman web berkenaan :=)


  
Dan ada berita baik untuk anda semua. Bermula dari 26-30 September 2016, LAZADA telah mengadakan MY Cybersale  dengan menawarkan pelbagai barangan gadget yang harga mampu milik dan berpatutan. Contohnya telefon pintar Honor 8!

Saturday, September 24, 2016

SAFI Shayla Pek Fleksi Inovasi Syampu Terkini Yang Mampu Dimiliki

Biarpun saya bertudung, namun saya tetap mementingkan penjagaan rambut. Setiap hari memang saya akan mencuci rambut. Ini terutama selepas pulang dari kerja ketika mandi petang. Al-maklumlah seharian bertudung memang akan menyebabkan rambut menjadi kepam dengan bau peluh. Selain itu penjagaan rambut adalah penting bagi memastikan rambut yang dimiliki sentiasa sihat dan bermaya.


Tidak dinafikan di pasaran hari ini terdapat banyak betul jenama-jenama penjagaan rambut. Dan bagi saya sendiri pemilihan penjagaan rambut perlulah dari ramuan yang HALAL dan juga selamat digunakan setiap hari. 

Safi Shayla adalah pilihan saya untuk kegunaan harian. Bukan hanya disebabkan kandungan ramuan syampu itu yang saya tidak langsung berasa was-was bahkan, harganyayang mampu milik juga menjadikan saya memilih jenama ini sebarang pilihan pertama. Apatah lagi kini, Shayla juga dihadirkan dalam bentuk pek fleksi yang lebih memberi penjimatan!

SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. DenganSAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupunsebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” 

“Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”
Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi  adalah dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan juga botol. Ini bagi membolehkan pengguna lebih mudah dan mencari produk ini terutama dari varian yang biasa digunakan. Paling best pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Terutama kalau bawa pergi 'travel'. 

Antara SAFI Shayla Pek Fleksi yang terdapat di pasaran seperti:-









Bestkan macam-macam varian ada :-)



Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFIwww.facebook.com/SAFI.MY atau laman Instagram SAFI@safimalaysia 

Thursday, September 22, 2016

Apa Yang Menarik Tentang Sekolah SEVEN SKIES INTERNATIONAL di Kota Damansara

Sebagai ibu saya sentiasa mencari yang terbaik buat anak-anak terutama apabila berkaitan dengan pendidikan. Apatah lagi dunia hari ini memang sangat mementingkan pendidikan dari segala aspek. Dan tidak dinafikan ini adalah antara cabaran bagi ibubapa sendiri untuk memastikan kita dapat memilih sekolah yang terbaik buat anak-anak.

Pesanan ibu saya, "Ilmu dicari perlulah seimbang dunia dan akhirat. Jangan terlalu mengejar perkara dunia, sehinggalah ilmu untuk saham-saham akhirat itu kita lupa". 

Nah! atas pesanan itu, menjadi antara sebab kenapa saya sangat menginginkan anak-anak saya mendapat pendidikan bukan sahaja ilmu dunia sahaja bahkan saya juga ingin mahukan mereka diserapkan dengan ilmu-ilmu agama juga.

Dalam banyak pilihan sekolah di kawasan berdekatan dengan rumah, saya begitu berminat dengan sekolah SEVEN SKIES INTERNATIONAL yang terletak di Kota Damansara. Melihat pada motto sekolah ini sendiri iaitu "Character Before Excellence", yang menekankan pembentukan sahsiah keperibadian yang terbaik terdahulu sebelum kita merencanakan kejayaan adalah sesuatu yang cukup istimewa dan unik pada pengamatan saya. Ini kerana saya sangat setuju pendidikan yang terbaik adalah pendidikan yang boleh membentuk dan mendorong sesorang itu untuk mempunyai sahsiah yang baik dan seterusnya mencapai kecemerlangan yang diinginkan.

Dan saya telah membuat carian info mengenai sekolah SEVEN SKIES INTERNATIONAL, terutama dari segi latar belakang sekolah, silibus yang ditawarkan serta pendekatan pendidikan yang diterapkan. Jom baca segala informasi yang saya perolehi dibawah:-


About Seven Skies International
SEVEN SKIES INTERNATIONAL (SSI), Kuala Lumpur is a school project initiated by Mercy Mission that work as a non-profit organisation helping the Ummah. In brief, SEVEN SKIES INTERNATIONAL  is using the Cambridge syllabus as our academic studies and International Curricular as a base for our Islamic studies, we also provide modules for character development and moral upbringing for students in general. SSI turns two in September and we currently have 150 students.

SEVEN SKIES INTERNATIONAL  is led by a team of educational experts drawn from across the world who have come together to design, develop and deliver a unique educational experience. Seven Skies is able to achieve the highest in educational attainment, with the most well- mannered and inspired children through maturing its offering four key levels:

EDUCATIONAL RESEARCH & DEVELOPMENT (ERD)
As times change, people change and thus so do their needs, desires and expectations from the educational infrastructure. At Seven Skies we are focused on continued professional development for the experts we have brought together to launch this endeavor. Our ERD department is able to use its central intelligence to benefit the system as well as utilizing the process of peer review to reach new heights in education and facilitate the transition of the classroom from a place of teaching to a theatre of dreams.

LEADERSHIP TRAINING FOR TEACHERS
We have established a bespoke academy for teachers to lead the way for them to be able to orchestrate the dreams of children, the aspirations of their parents and the will of their Creator to be manifested in every Seven Skies classroom. The Reach Academy is a leadership program that works to use the educating expertise of teachers and the leadership expertise of our Academy to make an incredible difference in the capacity to educate of every teacher graduating from the Academy.

PARENTING SUPPORT & DEVELOPMENT
‘Parenting for Paradise’ is our parent support program. We recognize that when Seven Skies children go home from school, an opportunity exists to maintain and mature the learning environment they have at school. We are unwilling to allow the children of our schools to return to homes in which the love of learning is absent. Therefore we have designed a fantastic program for the parents of our children, which works to harness their ability to build on what we are doing at school. The program works with parents on practical ways to make the home environment one which reinforces the learning at school and acts as a platform upon which much of the learning is actually put into practice.

GIFTED CHILDREN PATHWAY
‘Precious Pearls’ is the name of our program for gifted children. Unquestionably all children have talent and it is the responsibility of the school to polish that talent. However, there are some children which Allah, the Lord of the worlds blesses in some unique ways. At Seven Skies International, we have a commitment to ensure that all those gifted children that take a seat in our classroom are supported to go on and achieve their potential and leave a legacy in this world that is in line with their capacity to change the world. Sadaqah jaariyah is something that we are hungry for, and our system uses the finest expertise of contemporary education to ensure the optimal return on investment for the parent and the child and ultimately the Ummah of Muhammad, upon whom be peace and blessings.

School Curriculum Overview
It is our observation that the Prophetic methodology of teaching is to focus on Islamic manners and moral education – together, which produces quality Islamic character. At the heart of the Seven Skies character is the hunger for excellence and the pursuit of perfection, and as such the achievement of academic success. We take pride in building the character of the soul, which values and yearns for success, and allows the children to want the success for themselves and to mould their lives accordingly. This method allows for a lifelong approach to learning and achievement, which will allow the Seven Skies children of our time to be successful in all they do, well beyond what they explore in the confides of the school environment.

OUR PROGRAM IS UNIQUE AS IT ACHIEVES EDUCATIONAL EXCELLENCE VIA A FOCUS ON:

ENVIRONMENTAL MODELING:
One of the key ways in which we achieve this is implementing the way the companions of the Prophet Muhammad, upon whom be peace, would raise their children; for the first seven years play with them, then the next seven teach them and in the next seven be their friend.

The impact on our program of this is how we build the school day for our children. We take pride in ensuring that our teaching model for our children evolves as they do, but does so fusing the Prophetic methodology with the latest educational sciences.

SENSUAL AND GENDER RESPONSIVENESS:
Schools typically favor one type of learner – the auditory learner not the visual or the kinesthetic learners. Seven Skies seeks to respond to all three learning styles. Furthermore, existing schools also do not generally appreciate the differences in physical as well as developmental milestones between boys and girls. Seven Skies focuses attention on responding to these differences from simple things like differential lesson durations to more sophisticated measures surrounding mentoring and coaching.

COMPETENCY FOCUS:
The Seven Skies model focuses on creating four important qualities in the exemplary graduate through a unique humanities program, which is based on vocational methodologies to yield natural competency in:

o God consciousness and piety

o Confidence and self belief

o Self sufficiency, entrepreneurship and resourcefulness

o Caring and merciful behavior for others

PROGRAMME
Seven Skies International Programme is a unique concept that provides a holistic curriculum for the comprehensive development of a child. It is unlike other schools in that it is activity based and involves experiential learning.

An ideal 1:18 teacher to students’ ratio in the classroom facilitates effective implementation of the action-based curriculum and ensures your child is able to absorb the material quickly and easily. We aspire to make your child a lifelong learner, a responsible individual and an independent entrepreneur.

Kindergarten (3 - 5 years old)
The Early Years Foundation Stage curriculum focuses on providing a creative and caring environment fostering a ‘play to learn’ atmosphere. Through an infusion of games and play, the children develop a positive approach to their external environment.

Primary (5 - 11 years old)
Education in the primary or middle school is broken up into class learning, focusing on core academic and house learning, focusing on character and moral development.

Secondary (11 - 16 years old)
Teachers are essentially mentors and friends to our students, helping the students connect their skills and strengths to the curriculum and extracurricular pursuits of the school. This unique relationship fosters a stronger bond between teacher and pupil, providing them a friendly caring environment during the challenges of their teenage years.


Dijemput ke sekolah SEVEN SKIES INTERNATIONAL dan telah diberi penerangan tentang objektif, silibus dan pencapaian sekolah dari pengasasnya iaitu Dr Tawfique Chowdhury. Menariknya Dr Tawfique Chowdhury ini juga merupakan Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif pergerakan Mercy Mission yang telah bermula pada tahun 2005. Mercy Mission antara platform yang inovatif dalam mennyampaikan program pendidikan dan perkhidmatan sosial  kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia. Mercy Mission kini beroperasi di Australia, Kanada, United Kingdom, Perancis, India, Bangladesh, Malaysia, Indonesia, Pakistan, Qatar, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Seumpama Cendekiawan Islam terkenal di dunia, Dr Tawfique juga sangat berpengalaman dalam profesional perniagaan, dan pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat IT multinasional dan Doktor Pakar Kecemasan di Australia. Beliau juga merupakan seorang pelatih korporat, jurulatih perniagaan dan mentor kepada ramai individu-individu yang telah berjaya di seluruh dunia.

Pakaian seragam Seven Skies International, cantik dan "smart" kan :=)

Menurut Dr Tawfique, SEVEN SKIES INTERNATIONAL (SSI) mula ditubuhkan pada bulan September 2014, dengan menggunakan sukatan pelajaran Cambridge dan kurikulum antarabangsa . SSI juga menyediakan modul untuk pembangunan karektor dan moral dalam pendidikan buat pelajar secara umum. 


Tertarik dengan pra-sekolah di SEVEN SKIES INTERNATIONAL. Melihat pada persekitaran kelas memang benar-benar mesra murid. Terdapat banyak alatan bantuan mengajar yang sesuai dengan usia kanak-kanak seawal 3 sehingga 5 tahun.

Guru-guru dekat sini sangat "supportive" terutama dalam membantu anak-anak kecil untuk lebih berani ke hadapan dan juga memberi respons dalam setiap pertanyaan dari guru mereka. Contohnya, saya sempat melihat dimana situasi seorang guru bertanyakan tentang sajian petang yang digemari oleh kanak-kanak di sini.

Ada yang menjawab...
"Mum love baked biscuits for me"
"I love cakes!"
"I prefer pizza!"
"Ohhh I will choose cupcakes!
"Muffin....."

Seronok melihat situasi tersebut. Semua anak-anak kecil sini begitu seronok berkongsi snek kegemaran petang ini. Dan apabila guru mereka memberi klu yang hari ini mereka akan melakukan aktiviti dengan menyediakan sesuatu yang berkaitan dengan 'baking' dan 'snek petang'...

Semuanya begitu teruja.....

Bertambah teruja apabila guru mula mengeja perkataan menu yang bakal disediakan oleh anak-anak didiknya -C-U-P  C-A-K-E-S....

Secara serentak anak-anak di situ semuanya menjerit CUP CAKES!!!

Sound so fun, am I right, hehe.


Kebetulan saya membawa anak-anak saya seperti Akid, Afiq dan Amani ke sini. Jadi mereka pastinya beria-ia hendak menyertai kelas 'baking' di sini.

  
Jika diperhatikan nisbah seorang guru dan murid di sini adalah seperti seorang guru = 8 murid. Jadi berdasarkan bilangan murid kelas di sini, SEVEN SKIES INTERNATIONAL  telah menyediakan bilangan guru mengikut nisbah purata yang ditetapkan. Ianya seperti pemantauan aktiviti dan murid-murid dibuat secara esklusif dan bersistematik.


gambar dari FB SEVEN SKIES INTERNATIONAL

Selain daripada aktiviti di dalam kelas, terdapat juga pelbagai aktiviti luar yang dibawakan oleh SEVEN SKIES INTERNATIONAL bagi mendedahkan mereka dengan pelbagai perkara yang bermanfaat.

gambar dari FB SEVEN SKIES INTERNATIONAL

Contohnya seperti melakukan aktiviti permerhatian dan kajian tentang alam semulajadi, sekaligus mendidik mereka tentang kehidupan lain yang ada di bumi.


Seperti sekolah-sekolah lain, SEVEN SKIES INTERNATIONAL juga menyediakan pelbagai fasiliti dalam pengajaran mereka. Antaranya makmal untuk pembelajaran kimia, biologi dan fizik. Pelajar-pelajar dapat membuat kajian dalam keadaan selesa dengan bantuan guru-guru yang ada dalam setiap sesi. Oh ya! untuk setiap pengajaran terdapat 2 guru yang akan berada di dalam kelas!

Antara bahan-bahan mengajar yang sangat membantu dalam pengajaran didalam kelas

SEVEN SKIES INTERNATIONAL mempunyai makmal komputer yang lengkap. Setiap murid yang berada didalam kelas ini berpeluang menggunakan komputer secara personal. Tanpa perlu berkongsi. Ini memandangkan makmal komputer ini menyediakan secukupnya keperluan teknologi komputer bagi membolehkan pelajarnya dapat menggunakan fasiliti sekolah secara maksima.

Dan saya benar-benar kagum. Apabila pertama kali dapat melihat pencetak 3D di sekolah ini. Bagi saya agak canggih juga untuk sebuah makmal komputer yang memiliki hi-tech seperti ini.

Hasil rekaan pelajar SEVEN SKIES INTERNATIONALyang menghasilkan objek 3 dimensi melalui pencetak 3D.
Bilangan anak murid didalam setiap kelas juga adalah terhad. Ini membolehkan guru-guru yang mengajar dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada murid-murid didalam kelas.

Contohnya seperti kelas Grade 6 yang sedang mengikuti pengajaran pendidikan Islam. Yang mana saya dapat melihat sendiri bagaimana guru yang mengajar dapat menerangkan dan berinteraksi dengan baik. Dengan menerangkan tentang subjek yang diajar dengan cara mudah dan juga bersifat Q&A. Sekaligus kita dapat merasai kemeriahan sepanjang pengajaran kelas berlangsung.

video

Ini pula murid Grade 3 yang sedang mengikut kelas Bahasa Inggeris. Sepanjang saya mengikuti kelas ini, saya tertarik dengan kaedah yang memerlukan setiap anak murid untuk memberikan jawapan dalam bentuk ayat yang panjang. Biarpun ada anak murid di dalam kelas ini yang agak pemalu untuk memberi respon, namun guru yang mengajar subjek ini sangat sabar dan membantu anak murid yang pemalu didalam kelas tersebut.

Benarlah seperti yang diinginkan dalam sistem sekolah yang mahu melahirkan anak-anak yang mempunyai 'life skill' dalam setiap diri anak-anak. Untuk menjadi lebih berani dan mahu ke hadapan tanpa gentar!

Kelas Matematik ini bukan sahaja diberi tunjuk ajar melalui teori dan latihan semata-mata. Bahkan guru didalam kelas ini juga menyediakan aktiviti yang memerlukan anak-anak ini melakukan aktiviti bersama ahli kumpulan untuk mencari jawapan. Nampak begitu 'fun' apabila setiap ahli kumpulan berlumba-lumba untuk mendapatkan poin terbanyak.

Kelihatan dalam gambar anak Dato' Aliff Syukri di situ :)

Murid Grade 2 didalam kelas Bahasa Melayu. Mereka telah belajar tentang peralatan di  'Sekolah' melalui ejaan dan sebutan. Seterusnya murid didalam kelas ini perlu membuat aktiviti pengenalpastian tentang objek yang mereka belajar yang berada sekitar sekolah.

Kelas pelajar senior. Subjek yang dipelajari juga melibatkan 'critical thinking' membolehkan pelajar berhujah dan mengeluarkan pendapat berdasarkan teori-teori yang diajarkan. Konsep 'Problem Based Learning' diketengahkan membolehkan pelajar melakukan aktiviti 'brain-storming' bagi mereka mengeluarkan idea-idea bernas menerusi pembacaan dan melihat persekitaran apa yang berlaku di dunia hari ini.

Menurut penyelaras subjek pembangunan karakter. Setiap semester, satu topik akan diberikan bagi membolehkan pelajar-pelajar membuat perancangan dan seterusnya  menyelesaikan misi mereka. Contohnya seperti isu ORPHANS.

Selain itu pelajar-pelajar juga telah disediakan modul yang mana mereka perlu mengikuti boot camp, jungle sport camp dan banyak lagi

gambar dari FB SEVEN SKIES INTERNATIONAL

Setiap Grade akan diberikan tugasan tertentu dalam merealisasikan misi tajuk yang diberikan. Dan ianya bakal dipentaskan di hadapan seluruh tenaga pengajar ibubapa dan masyarakat umum.

gambar dari FB SEVEN SKIES INTERNATIONAL

video
'Public Speaking' - pelajar senior menyampaikan hujah mereka secara bernas, berani dan lancar. 

Persembahan secara kumpulan tentang isu 'RACIST' sungguh bertenaga dan jelas sekali apa yang cuba disampaikan oleh murid-murid ini. Bukan sahaja dengan lontaran suara terbaik bahkan penyampaian mesej juga melalui mimik dan lenggok menyerlah keberkesanan isu yang cuba disampaikan dalam persembahan ini.

Dan masing-masing akan memberi persaingan dan persembahan terbaik bagi membuktikan misi yang dilakukan tercapai. Ada yang melakukan aktiviti sosial seperti gerakan mengumpul dana, persembahan berbentuk pantomin, 'public speaking' dan banyak lagi.

gambar dari FB SEVEN SKIES INTERNATIONAL

Aktiviti seperti "Action driven empathy"  bersama Rumah Anak Yatim Amal Cahaya mendedahkan pelajar tentang pemahaman dan berkongsi rasa tentang kehidupan orang lain.

gambar dari FB SEVEN SKIES INTERNATIONAL

Pembelajaran secara santai dan berfikiran terbuka. Murid-murid didik untuk memberikan idea dalam melahirkan cetusan idea dalam setiap aktiviti yang dirancangkan.

gambar dari FB SEVEN SKIES INTERNATIONAL

Sepertimana yang saya utarakan betapa uniknya sekolah ini kerana menyediakan silibus yang tidak mengenepikan ajaran agama, antaranya seperti kelas mengaji Quran yang dibimbingi oleh Ustaz Ahmad Fathoni.

video
Surah Al-Baqarah yang disampaikan oleh salah seorang murid di sini. Sememangnya begitu lancar sekali ayat hafazan yang dibaca oleh beliau.

gambar dari FB SEVEN SKIES INTERNATIONAL

Cara peperiksaan yang biasanya dijalankan di sini.

Ketika sesi lawatan saya ke sekolah ini hampir tamat, kedengaran laungan azan dari salah seorang pelajar di sekolah ini. Dan seronoknya saya apabila semua pelajar dan guru-guru di sini turun sama ke dewan untuk solat berjemaah.

Menarik bukan sekolah SEVEN SKIES INTERNATIONAL? Sekolah yang sangat saya rekomen untuk mendapatkan pendidikan terbaik mencakupi dunia dan akhirat. Paling penting ianya sangat membantu membentuk sahsiah keperibadian terpuji dalam diri anak-anak.

So, kalau kalian berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sekolah ini, bolehlah layari :-

Laman web rasmi sekolah :

FB:

Email ke :
info@sevenskies.edu.my

atau hubungi terus ke talian:
03-61516952