Lulu Hypermarket & Department Store 1 Shamelin Cheras Kini Telah Dibuka | Promosi Istimewa 1-4 Julai 2019

Pembukaan Lulu Hypermarket & Department Store di cawangan terbaru yang terletak di Tingkat LG 1 Shamelin Cheras memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan barangan harian dengan harga cukup berpatutan. Pasar raya yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini dibina di atas tapak seluas 80,000 kaki persegi merupakan cawangan kedua yang di buka di Malaysia dan sekaligus menjadikan cawangan ini yang ke-174 di dunia.

Perasmian cawangan terbaharu itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Apa yang menarik Lulu Hypermarket & Department Store  bukan hanya menawarkan barangan dapur, bahkan segala kelengkapan rumah, peralatan elektrik dan pakaian turut ada dijual. Dan ianya diletakkan didalam aras yang sama iaitu aras LG (lower ground).

Bersempena dengan pembukaan cawangan terbaru Lulu di Cheras ini, satu jualan murah telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula daripada 1 Julai sehingga 4 Julai. Terdapat banyak harga barangan yang dijual cukup murah dari harga pasaran.

Kalau tak percaya boleh lihat sahaja pada tawaran harga sepertimana yang dinyatakan di dalam pamplet di bawah :-




Serius banyak yang murahkan. Rambang mata melihat harga yang ditawarkan. Jadi masa inilah sesuai untuk kita berbelanja, harga istimewa penjimatan berganda-ganda. 

Saya sempat ke bahagian pakaian. Kebanyakan koleksi pakaian di sini ditawarkan dengan diskaun hebat. Diskaun diberikan sehingga 50% tau!

Susun atur pakaian juga memudahkan kita untuk pencarian. Selain disusun mengikut umur dan jantina. Ianya juga disusun mengikut jenama.

Beg troli ini juga antara yang mendapat permintaan tinggi. Ini kerana beg ini diberikan diskaun sebanyak 50% daripada harg asal.

Begitu juga dengan barangan elektrik. Segala kelengkapan ada, memang sangat memudahkan urusan membeli terutama orang yang seperti saya yang datang berbelanja dengan seluruh ahli keluarga.

Tarikan utama pada barangan elektrik tentulah set televisyen seperti ini yang mana ditawarkan pada harga RM1399 daripada harga asal  RM2168. Jimat banyak tu!!

Terdapat juga koleksi periuk belanga, pinggan mangku dan pelbagai lagi. Pendek kata macam-macam ada dijual di Lulu Hypermarket & Department Store 1 Shamelin Cheras.

Saya yang teruja memborong tisu sebab harganya cukup murah.

 Bahagian penjagaan diri juga menawarkan pelbagai jenama samada tempatan mahupun antarabangsa. Daripada syampu rambut, gel mandian, ubat gigi, krim muka dan banyak lagi.

Namun antara bahagian yang paling saya gemari adalah ROTI , KEK dan PASTRI. Ini kerana sebagai pelanggan tetap Lulu Hypermarket & Department Store, saya tidak menafikan bahawasanya makanan siap yang dijual di sini semuanya memang sedap dan terbaik. Tidak pernah mengecewakan.



 Kek dan pastri yang dijual jauh lebih murah dari harga pasaran.


Syurga buat ibu-ibu yang rajin memasak di dapur. Apa yang membuatkan saya teruja berada di sini adalah hidupan laut seperti ikan yang begitu segar. Dan terdapat banyak pilihan jenis ikan juga ditawarkan ya!

 Yerppp! Bahagian daging juga diakui antara port kegemaran saya. Dan untuk pembukaan 4 hari ini Lulu Hypermarket & Department Store 1 Shamelin Cheras ada menawarkan ayam dengan harga RM2.99 sekilo berbanding pada harga asal lebih kurang RM6.90 sekilo. Jauh beza murahnyakan. Memang untung siapa sempat membeli ayam pada hari promosi.


Daging lembu, kerbau dan ayam.

 Dan saya setiap kali berbelanja di Lulu pasti akan membeli stok keju. Ini kerana keju disini ada dijual mengikut timbangan yang kita mahukan.

Beras juga antara item yang mencuri perhatian sepanjang kempen jualan murah ini berlangsung.

 Paling istimewa harga telur Gred C yang ditawarkan hanyalah RM5.99 sepapan. Memang sangat murah. Namun ianya terhad untuk setiap pelangan, ini bagi memastikan semua yang datang berbelanja berpeluang membeli telur ini pada harga yang ditawarkan.

Stock up biskut untuk anak-anak adalah penting setiap bulan. Hehehe.

 Begitu juga Nutella, feveret anak-anak dan saya juga :-)


Paling mengujakan di bahagian sayur. Dengan susunan sayuran segar yang cukup menarik dengan warna-warna cerah yang begitu cantik menarik minat saya untuk memborong buat keluarga.

 Nak cari buah-buahan tempatan seperti durian dan cempedak? Sukar nak dapatkan? Jangan bimbang du Lulu ada menawarkannya. Memang terbaiklah!

Bukan sahaja buahan tempatan bahkan buah epal, anggur dan sebagainya ada juga.

Bezanya di pasaraya lain, di Lulu ada menawarkan kacang-kacang seperti pistachio, almond, gajus dan banyak lagi. Ianya boleh dipilih mengikut harga yang ditawarkan dan ianya dijual dalam bentuk timbangan.

Kacang feveret ini haruslah dibeli sekurangnya sekilo. Boleh dinikmati begitu sahaja atau menjadi ramuan dalam biskut.

Sentiasa semak harga sebelum membayar bagi memastikan kita puas hati dengan berbelanja di sini.

Beberapa jenama IKS juga telah memasuki pasaran Lulu jadi memudahkan masyarakat setempat untuk mendapat produk lokal yang mereka gemari. Secara tidak langsung ianya adalah salah satu usaha bagi menyokong pengusaha tempatan.

Oh ya! Terdapat juga telefon bimbit, power bak, laptop dan pelbagai lagi di sini.

Punyalah ramai pelanggan datang pada hari pembukaan. Masing-masing begitu teruja memilih dan membeli memandangkan harga promosi memang kaw-kaw diberi istimewa selama 4 hari.

Nampak tak saya berbelanja, kehkeh. Jadilah pengguna bijak, belanja ketika jualan murah memang jimat banyak!

Apatah lagi membeli-belah untuk diri dan keluarga. Sesuatu yang cukup bahagia dan sempurna. Ececececece, suami terus tersenyum manja. Jimat jimat jimat katanya...

Hokeh!! Untuk melihat informasi dan promosi terkini Lulu, boleh layari:-

Comments

5 Little Angels said…
Murah membeli barang di LuLu. I tak pernah pergi tapi after seeing your trolley full of the products that you wanted to buy, I think I should go there for shopping too.
cindyrina said…
I always heard about Lulu but never been to one. Now they buka kat Cheras boleh la singgah nanti. Dekat dah ni.
Nhazla Fikri said…
Murah betul tawaran harga bagi pasaraya yang baru dibuka. Saya suka sebab boleh jimatkan perbelanjaan berkali ganda. Kena datang awal. Nanti akan bersesak. Parking lagi. Kalau sanggup jalan jauh takpe la. Nak mudah mintak orang hantar
cre8tone said…
so near to my office, next time can go shop there d.. yeah yeah.. nice supermarket..
Fadzi Razak said…
Murah sangat kalau shopping dekat lulu ni. Alahai bila lah dieorang nak bukak area area belah shah alam ni. Senang sikit nak shopping
Bella Jamal said…
Amboi sakannya berbelanja. Pernah shopin Lulu KL, memang murah dan best. Tapi bab parking kami stress kat sana, sebab troli tak ley sampai kereta. Next boleh pergi cawangan baru ni pula.
marsha said…
Betul-betul murah ni compare dengan pasaraya lain. Patutlah nampak bahagia je shopping terutama shopping barang keperluan dapur. Best la orang KL/Selangor kan. Ipoh ni belum ada cawangan.
Nadia Johari said…
murah sangat tu..jimat banyak ni..ayoyo..knp sekejp sangat sampai minggu ni..hehee..kalau dh hbis promosi, harga asl mcm biasa ke..hehee
Mahamahu said…
Heheheh kita tahu kak Ayu beli banyak barang penuh dua troli kan memang time kita pergi tu ramai gilerrr orang penuh walaupun waktu bekerja memang mereka tak lepas peluang beli barang murah time pembukaan baru ni jer lah kan...
Faries said…
Tempat shopping paling fav sebab banyk murah2. Even raya ritu pun shopping kt lulu. hahaha. Bestny dh bukak kt cheras. dekat sikit lepas ni nk terjah kan. hehehe
Sofia Naznim said…
Meriahnya Lulu KL ni! Macam best je shopping sini. Banyak sis shopping, syok tengok🛍️🛒👍
Sharon Lee said…
I so many people rage about this mall! I can't wait to shop there again, especially with all the good deals and the cheap item that we can get for home and family.
precious cla said…
Hey, murah sangat tu dan kalau shopping semasa promosi tu confirm dapat beli barang bertroli-troli haha
Lia Hasty said…
Wah banyak betul tawaran hebat memang shopping kasi habis macam ni. Set TV tu memang berbaloi lah. Murah sangta dari hrga asal.
Mohd Zarin said…
Nicelah Lulu Hypermarket ni.. banyak offer menarik dan murah2... 1 day nanti nak kena pergi sini juga
Semua shopping kaw-kaw ni! Mesti best! Nak bawa mak pergi sekali jugak!
Absolute Yana said…
Wow...this is one complete mall. I guess those who stay in cheras are super lucky! And the price tags on them are actually not too bad either. Even without that 4 days discount the prices are pretty decent.

Popular Posts