Cendol Kampung Hulu Kini Dah Ada Di Aeon Big Mid Valley

Cendol Kampung Hulu sememangnya cukup popular sejak ianya mula diperkenalkan pada Ogos 2017. Bermula di Melaka dan seterusnya membuka cawangan di Muar dan kini Cendol Kampung Hulu kita boleh rasainya sendiri di Aeon Big Mid Valley.

Berada didalam salah sebuah pusat membeli-belah yang cukup gah di Malaysia, pembukaan cawangan ketiga Cendol Hampung Hulu disini pastinya memberi keterujaan terutama kepada peminat pencuci mulut viral ini. Seperti saya yang sering melihat perkongsian mengenai keenakan cendol ini di paparan sosial media masa ke semasa tentuya menjadi tidak sabar untuk mencubanya sendiri. Ini memandangkan saya belum berkesempatan mencubanya di Melaka mahupun di Muar sana.


Ais kepal kelapa dikisar begitu halus. Melihat sahaja rupa air yang dikisar sudah dapat memberi gambaran betapa lembutnya rasanya apabila ianya cair di mulut. Apa yang menarik sepanjang proses penyediaan cendol ini, pekerja Cendol Kampung Hulu sememangnya sangat cekap. Bagaimana prosesnya dibuat daripada mula sehinggalah menjadi satu air cendol yang diinginkan, persekitaran tempat kerja sangat bersih, cara kerja yang teratur dan sistematik.

Selain itu, Cendol Kampung Hulu juga menawarkan pelbagai jenis topping buahan segar. Dan ke semua buahan ini dipotong apabila menerima tempahan daripada pelanggan. Ini bagi memastikan buahan yang dinikmati tetap dikekalkan kesegarannya terutama apabila dinikmati dengan cendol tradisi yang cukup istimewa.

Saya juga cukup teruja dengan keenakan rasa ais krim yang lembut teksturnya diletakkan bersama buahan sebagai topping paling atas. Gabungan ais kepal kelapa yang dikisar halus bersama cendol, gula melaka, lambakan kacang merah dan juga ais krim serta buahan menjadikan ianya pencuci mulut yang cukup sempurna dinikmati pada bila-bila masa sahaja yang kita suka.

Saya telah mencuba hampir semua jenis Cendol Kampung Hulu dan jujurnya memang saya sangat rekomenkan "Korang kena cuba semua, hehe". Cuma topping buah mangga sahaja tidak sempat merasa disebabkan buah mangga kehabisan ketika saya terjah baru-baru ini. Untuk hari-hari biasa sememangnya semua buahan memang ada jadi kita mempunyai begitu banyak pilihan untuk memilih.


Cendol Kampung Hulu Bersama Durian

Apabila raja buah bergabung tentulah meletup!! Durian yang digunakan adalah dari D24 ataupun IOI kerana dua jenis durian ini bukan sahaja memiliki tekstur yang sangat tebal bahkan rasanya lemak-lemak manis. Gabungan rasa ini bersama dengan set cendul memamg tidak menghampakan. Korang kena cuba sendiri!



Cendol Kampung Hulu bersama Dragon Fruit

Ini adalah pertama kali saya mencuba buah dragon fruit bersama cendol. Memang puas menikmatinya apabila melihat pada saiz buah yang diberikan memang agak banyak sesuai dengan portion cendol yang ditawarkan. Buah ini yang mempunyai tekstur isinya seperti isi tembikai, manakala dari segi rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Gabungan  daripada ciri-ciri unik ini menjadikan ianya begitu sesuai menjadi ramuan pencuci mulut seperti cendul. Datang sini, sila cuba cendul topping buahan dragon fruit yerpp.


Cendul Kampung Hulu bersama Kelapa Laut Madu

Kalau korang nak sejukkan badan. Saya memang rekomen yang ini. Buah kelapa laut madu ini memang cukup popular sebagai minuman yang dapat membantu menyejukkan badan. Jadi jika nak ubah selera kita nikmatinya bersama cendul. Rasa kenyal manis-manis kelapa madu bersama cendul memang enak. 

Cendul Kampung Hulu bersama Longan

Buah longan juga ada ya! Feveret anak-anak saya ni :-) 

Cendul Kampung Hulu bersama Cocktail

Cendul Kampung Hulu bersama jagung


Cendul Kampung Hulu bersama buah kabong


Cendul Kampung Hulu (regular)


Bagi yang suka biasa tanpa sebarang topping buahan, boleh order Cendol Kampng Hulu Regular. Masih lagi sedap, ini kerana resepi Cendul Kampung Hulu bukanlah biashe-biashe. Memang istimewa.

Harga Cendul Kampung Hulu yang ditawarkan di sini ya!

Pilihlah yang mana korang suka,
Penyejuk tekak pembuka selera :-)

Buat apa susah-susah ke Melaka, kalau di Mid Valley dah ada. Jangan lupa singgah dan cuba sendiri Cendul Kampung Hulu di arena kiosk Aeon Big Mid Valley. Resepi cendul tradisi Kampung Hulu yang menjadi misteri tidak lagi menjadi teka-teki jika korang datang sini dan perkena sekali. Hiks

Yerppp...

Follow social media Cendul Kampung Hulu untuk sebarang informasi terkini:-

https://www.facebook.com/cendolkampunghulu/
https://www.facebook.com/cendolkampunghuluaeonbig/
https://www.instagram.com/cendolkampunghulu/



Comments

Decamellia said…
Macam2 topping ada ya. Meriah sungguh. Tapi kalau cendol nur memilih sikit. Nur hanya suka cendol kacang merah dgn cendol durian je. Pernah juga cuba cendol buah pelam. Rasa macam tak serasi dengan tekak. Tapi lain orang lain selera kan?
adianiez AIDA said…
wah...
tapi, kena la dtg Melaka juga. original in front of Masjid Kg Hulu :)
a must tau!
bagus la bila bisnes melayu kita maju sebegini.
not easy kot nak masuk mall besar. produk kena trusted, kan.
terbaik lah. di mana pun berada, tetap org akan tahu ni produk Melaka :)
i am proud of it. ohsem!
LizzaBella said…
Alamak. First time dengar Cendol Kampung Hulu ni. Macam best je semua jenis cendol yang ada. Mesti sedap juga. Nak try lah nanti bila kat MidValley
Izaramli said…
Alamak, sedapnya cendol. Lama dah tak makan. Kt kuantan ni pulak tengah panas lit lit ni. Kalau dapat pekena cendol ni nikmatnya. Teringat pulak cendol kat area ofis dulu. Selalu singgah kalau ada urusan kerja dekat luar.
Fadzil Ahmad said…
Sedap nya cendol. Tengok berkrim lagi. Ok la rm10 satu portion banyak jugak. Silap2 boleh kongsi dua orang tu. Nice sharing
cre8tone said…
i suka makan cendol... topping yang begitu banyak choices, first time c only.. great one..
Naim memang suka cendol ini, tambah2 musim panas sekarang ini. Melihat pada gambar pun dah terliur
Rubiah Kadir said…
Ruby pun suka cendol gakkk 😋

Wahh ada ais kepal kelapa. Pestime tengok ni kak.

Toppingnya banyak jenis. Yang durian tu menggamit seleraku. Hehehe
Aerill Hassan said…
Sedapnya cendol. Kt tempat saya skrg ni panas sangat, kalau dapat makan cendol mmg sedap. Haha, kalau ada rezeki nk ke Mid Valley nk singgah la. Nampak harga pun mcm berpatutan.
Mahamahu said…
Suka sekali cendol Durian tu memang nampak sebiji dalam cendol tu bestnya puas lah makan hehehee besarnya biji Durian tu wakakakka....Puas hati makan cendol macam ni banyak isi tu...
ummizarra said…
Aduhhhhh nampak sedap semuanya. Banyak pilihan cendol pulak tu. Isi pun nampak banyak. Perghhhh puas ahti makan mcm ni. Nikmati cendol dalam mall. Fuhhhh hilang rasa dahaga.
sedapnya semua cendol kak Ayue. terus terliur tengok buah durian sebijik besar atas mangkuk tu. Ni kalu makan time tengahari memang sejuk je anak tekak. Kena pergi cuba try sekali nie
Mama aiman said…
Sedapnye tgok cendol durian tue..nasb baik dekat midvalley da ade..so lpas nie boleh la dtg sni da xpayah p melaka..
mek yunie said…
uih, bnayk jenis cendol yang ada ye. boleh try ni. cendol ala ala abc gtu.
Siti Awadah said…
favourite awa ni... ari2 makan cendol pun awa sanggup.. lagi2 kalau yang sedap penuh macm2 topping gini.. bestnya
Bonda Chanteq said…
Tgk gambar je pun dh tercabar keimanan....geram plak tgk cendol tu....mesti nk ajak ank bujang p makan kt sana lah....tq shairng...
Alia Farhan said…
Perghhh.. Durian tuuuuu... Sedapnya kak.. Tgk gmbaq pun dah tau sedap.. Adoiii sedapnyaaa
Dah lama xmkn Cendol tgk sedapnya cendol
Buah Kabong tu favourite mouse mommy! Generous portion dengan cendol ni! Banyak bahan makanan ni! Terliuh dah mouse mommy ni!

Popular Posts