BUFFET WARNA WARNI RAMADAN DI HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM

Sempena Ramadan yang bakal tiba tahun ini, Grand Bluewave Hotel Shah Alam (GBWHSA) mengalu-alukan semua tetamu untuk berbuka puasa di Bufet Ramadan  yang penuh warna, iaitu Warna Warni Ramadan 1440H. Berkonsepkan ‘Bazar Malaysia Kini’ dan ‘Ala Kampung’, chef-chef Grand Bluewave sememangnya pakar dalam menyediakan pelbagai menu juadah Malaysia serta pilihan menu antarabangsa.

Terdapat lebih 100 jenis pilihan menu yang berbeza di bufet iftar ini. Antaranya, masakan negeri tempatan, masakan hidangan utama seperti nasi pakistan, nasi putih, nasi kabuli, daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masam manis, daging salai, ayam panggang, pasta, pizza hawaian, stew kambing dan pelbagai pilihan lain. Selain itu, gerai berkonsepkan bazar turut diletakkan di sekeliling lobi hotel yang mengetengahkan tema tertentu seperti gerai briyani, gerai masakan India, gerai Tandoori, gerai Masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, gerai Itali, gerai ‘grill and carving’ serta Cita Rasa Negeri. Di gerai ‘grill and carving’, tetamu boleh mencuba masakan seperti kambing, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap.








Tetamu juga boleh mencuba masakan di gerai ‘Cita Rasa Negeri’ di mana kami menyediakan pelbagai hidangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia dan menariknya, jenis hidangan
ini akan berubah setiap minggu. Antara masakan yang disediakan adalah mee udang (Perak), Laksa Sarawak (Sarawak) Lontong dan Rendang Cili Padi (Johor & Negeri Sembilan), Laksa Penang (Pulau Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan bermacam-macam lagi.


Mengikuti trend media sosial, tumpuan buffet Ramadan kali ini ialah menu ‘Viral’ yang hangat diperkatakan dalam dunia media social seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teow Keju,
Shellout Kamyong Style, Kepak Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa.



Berbuka puasa juga tidak lengkap tanpa minuman segar setelah berpuasa sepanjang hari. Oleh itu, aneka pilihan minuman disediakan untuk para tetamu seperti air buah naga, air soya, jus buah, air tebu dan berbagai pilihan teh dan kopi berkualiti tinggi.


Selain daripada suasana bazar yang pastinya menaikkan selera, tetamu semestinya harus mencuba aneka pilihan pemanis mulut untuk melengkapkan keseronokan berbuka puasa. Antara pilihannya termasuklah ais kacang, kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu & kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega, sago gula Melaka dan banyak lagi.




Buffet “Warna Warni Ramadan 1440H” disediakan setiap hari pada jam 7.00 malam sehingga
10.00 malam bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019. Harga bermula daripada RM138.00+ setiap orang bagi dewasa dan RM 70.00+ setiap orang bagi kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya ialah RM148.00+ bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak.

Potongan harga istimewa bagi tempahan awal dan pembayaran sebelum 1 Ramadan (6 Mei 2019), dengan harga RM95.00+ bagi 10 orang dan ke atas manakala RM100.00+ untuk 9 orang dan ke bawah. Untuk tempahan majlis berbuka di dewan bankuet, harga ditawarkan ialah bermula dari
RM75.00+ dengan minimum 100 orang. Promosi ini khas untuk syarikat-syarikat korporat dan
organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup di dewan bankuet
yang berada di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.
Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam di Surau hotel. Pada bulan mulia ini juga, GBWHSA akan menjalankan projek amal bagi anak-anak yatim

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran di talian 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar email dosm@bluewavehotels.com



BUFFET WARNA WARNI RAMADAN DI HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 31, 2019 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.