Solusi Kepada Masalah Obesiti Dengan Rawatan Teknologi Terkini

Masalah obesiti sememangnya perlu diambil secara serius oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana obesiti adalah satu penyakit yang perlu kita rawat dan atasi. Seperti yang kita maklum jika seseorang itu menghadapi masalah obesiti merka akan mudah mendapat penyakit-penyakit yang lain. Contohnya seperti kencing manis, sakit jantung dan pelbagai lagi.

Secara kasar peratusan menunjukkan impak dari masalah obesiti

Paling menakutkan apabila Malaysia merupakan negara yang mana rakyatnya paling ramai mengalami masalah obesiti di Asia. Peningkatan mendadak setiap tahun menyebabkan pihak Kerajaan mula membuat kempen tentang kesedaran bahayanya jika kita mengalami masalah obesiti.


Untuk megetahui tentang masalah obesiti dan bagaimana cara mengatasinya, saya telah menyertai satu sesi bual-bicara tentang kesihatan bersama Dr. Mustafa Mohammed Taher, Bariatric and Upper G.I Surgeon. Sesi ringkas namun padat dengan info ini berlangsung di Restoran Hadramawt Wangsa Maju KL pada 6 Ogos 2019 baru-baru ini. 


Secara ringkas penyakit obesiti ini sebenarnya berpunca daripada gaya hidup kita sendiri. Kita yang suka menikmati makanan segera, kuat makan snek tidak kira waktu, tidak bersenam dan pelbagai lagi.


Masalah obesiti bukan sahaja terjadi kepada golongan dewasa sahaja bahkan pada kanak-kanak juga. Dan Malaysia mencatat sebagai negara kedua mempunyai ramai anak-anak yang obesiti. Fakta ini memang mengejutkan saya sebenarnya.

Kitaran bagaimana seorang kanak-kanak normal yang sihat dan cergas bertukar menjadi anak remaja yang obesiti. Semuanya berpunca dengan gaya hidup yang tidak sihat dan salah. Seperti mengambil terlalu banyak makanan manis, keropok (junk food), bermain permainan atas talian dengan berada di rumah tanpa melakukan banyak pergerakan serta pelbagai lagi.

Dan untuk pengetahuan semua,tidak semua orang mempunyai struktur badan yang sama. Untuk badan jenis "ectomorph", rangka dan struktur tulang lebih kecil. Bidang dada yang kecil, kurus, susah hendak naik badan dan memiliki metabolisme yang tinggi. Manakala "endomorph" badan agak lembut dan bulat. Badan cepat naik dan agar sukar untuk kurus (jika sudah berisi). Ini merupakan juga disesbabkan golongan ini mempunyai metabolisma yang rendah. Dan untuk "endomorph" rangka badan yang sangat diinginkan oleh semua orang kerana ianya bertubuh atlet. Agak segak dan sasa dengan 'strong muscle'. Bemtuk badan kalau kita perhatikan seperti empat segi tepat. Namun memiliki bentuk badan juga mempunyai kebarangkalian untuk gemuk dengan pantas jika kita tidak mengikuti gaya hidup yang sihat.

Kebiasaannya jika kita kaitkan dengan pemakanan yang menjadi punca kepada obesiti adalah kandungan gula yang agak tinggi. Untuk pengetahuan semua, setiap makanan yang kita ambil mempunyai gula. Cuma yang membezakannya adalah jumlah kuantiti yang terdapat didalamnya.

Apatah lagi didalam air manis yang kita sedia maklum mempunyai gula. Jadi beringat-ingatlah ketika menikmati air yang sedang viral sekarang seperti air yang mengandungi boba. Ini kerana kandungan gula didalamnya terlalu tinggi. Kekerapan menikmatinya boleh menyebabkan kita mendapat penyakit selain daripada obesiti.

Dalam pada masa yang sama Dr. Mustafa turut menjelaskan tentang isu pengambilan ubat kurus sepertimana yang ada berlambakan di pasaran. Menurut doktor, tidak ada masalah untuk mengambil ubat kurus, namun sangat penting untuk diingatkan untuk kita tahu ramuan didalam ubat tersebut. Sangat digalakkan pengguna mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan sebelum pengambilan ubat dibuat. Ini kerana pengambilan ubat kurus yang salah boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan.

Saya suka dengan penerangan Dr. Mustafa tentang 'rebound weight gain'. Di mana jika seseorang itu mengalami masalah obesiti beliau perlu melalui proses diet yang betul (proper diet) dan juga pembuangan detoks didalam badan. Adalah sangat penting untuk kita membuang detoks terlebih dahulu bagi memastikan badan kita kekal langsing dan tidak obes seperti keadaan asal. Cara detoks paling mudah kita amalkan ialah dengan cara berhenti pengambilan gula . Dan mula mengambil makanan yang boleh detoks badan kita secara semulajadi. Contoh minum air putih banyak (jangan ambil air manis), keluarkan peluh dengan melakukan senaman, minum air teh sebagai anti oksida (guna teh hijau kalau boleh tanpa gula), makan makanan sihat dan berserat seperti sayuran lobak merah dan pelbagai lagi.

Sekiranya kita hanya amalkan diet tanpa pembuangan toksin (detoks didalam badan), akan menyebabkan masalah ini 'rebound' semula kepada badan kita. Mungkin kita akan kurus tapi sebab badan kita tidak detoks secara sempurna maka untuk kembali kepada badan yang obesiti kebarangkaliannya sangat tinggi.

Salah satu teknik untuk kita mengetahui bentuk badan yang sihat adalah melalui kiraan,
= lilitan pinggang / lilitan pinggul

Keadaan tidak sihat sekiranya, kiraan kita dapat lebih dari 0.8 untuk perempuan, manakala untuk lelaki 0.95.

Adalah sangat penting untuk kita mengetahi BMI badan kira. Cara kiraannya seperti berikut;

= berat (kg)/ tinggi (meter persegi)

Nilai yang kita perolehi boleh rujuk kepada rajah di atas untuk mengetahui samada kita kurus, terlalu kurus, obesiti, normal dan sebagainya.

Contoh seperti individu di atas, walaupun dari segi BMI adalah sama dan figura badan nampak yang sebelah kiri lebih besar saiznya. Namun jika dilihat pada body fat (bf)  badan sebelah kiri lebih rendah berbanding dengan sebelah kanan.

Kenapa?

BMI hanya melibatkan dua pembolehubah iaitu berat dan ketinggian. Bayangkan atlet bina badan yang mempunyai berat menghampiri 100kg. Rata-rata BMI golongan ini melebihi paras 25, namun adakah mereka golongan obesiti? Jawapannya :Tidak!

Malah peratusan body fat mereka jauh lebih rendah berbanding mereka yang kononnya mempunyai BMI bawah 25 (normal). T

Body Fat Percentage (BF %), atau dalam bahasa melayunya peratusan lemak badan, adalah merupakan angka peratusan lemak yang terkandung dalam badan kita. Secara matematiknya,Kiraannya adalah seperti:-

BF % = [Jumlah berat lemak badan / Jumlah berat badan] x 100

Sebagai contoh, jika berat badan Zul adalah 80kg, dan beliau mempunyai BF % sebanyak 20%, maka jumlah lemak badan yang beliau miliki ialah 0.2 x 80 = 16kg
Antara tips yang saya belajar dari Dr Mustafa ialah jika kita bersenam ianya perlulah dilakukan secara konsisten lebih daripada 30 minit. Jika kita ada berhenti untuk tempoh kurang daripada itu sebenarnya kita tidak berjaya untuk membakar lemak di badan.

Begitu juga jika kita bersenam dengan menaiki tangga, lagi tinggi kita naiki lagi banyak kalori yang kita dapat bakar daripada badan kita.


Antara tips dari Dr. Mustafa ialah kita perlu mengambil sarapan. Jika kita tidak mengambil sarapan ianya akan menyebabkan kita terlalu lapar dan akan menggandakan pengambilan makanan untuk makan tengahari dan malam (terutamanya).





Dr. Mustafa Mohamed Taher merupakan Pakar Bedah Bariatrik di iHeal Medical Centre dan  KPJ Ampang Puteri telah mengesyorkan pembedahan bariatrik ebagai pilihan untuk pesakit obesiti yang dilihat sebagai salah satu kaedah penurunan berat badan terbaik dah berkesan.

Pembedahan ini bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan sebaliknya bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan dalam jangka masa panjang.

Terdapat 3 jenis pembedahan bariatrik iaitu Sleeve Gastrectomy, Gastric Bypass dan Adjustable gastric band atau Band Gastrik boleh laras.Ketiga-tiga pembedahan ini secara asasnya mengurangkan saiz perut yang akan mengehadkan penyerapan dan pencernaan makanan ekoran pengambilan makanan dalam kuantiti terhad selepas pembedahan.

Bariatrik juga bagus untuk pesakit diabetes. Ini kerana selepas pembedahan ianya dapat membantu pesakit ini untuk mengawal kandungan glukosa dalam badan. Didapati juga kebanyakan kes yang lepas, pesakit yang pada mulanya ada diabetes mula berhenti mengambil suntikan insulin dan ubat-ubatan selepas beberapa bulan melakukan pembedahan.

Makanan yang memasuki bahagian perut akan memintas bahagian pertama dan tengah usus kecil ke bahagian akhir usus kecil yang akan melambatkan penernaan dan penyerapan makanan, Selepas pembedahan perubahan dalam pemakanan akan berlaku ekoran saiz perut yang sudah mengecil dan bagi ianya satu kelebihan buat pesakit yang menghidap diabetes dan darah tinggi.

Dalam tempoh dua ke enam minggu selepas pembedahan berat badan pesakit bukan sahaja akan turun sehingga 70 peratus tetapi kandungan glukosa selain tekanan darah bagi pesakit darah tinggi akan kembali normal. Ini terjadi kerana ia berkait rapat dengan perubahan kuantiti makanan yang diambil membantu kawalan glukosa dalam badan.

Oh ya! Untuk melakukan pembedahan ini pesakit perlu berusia diantara 18 sehingga 65 tahun yang mempunyai BMI lebih daripada 32.5 tanpa sebarang penyakit  dan mereka layak melakukan pembedahan. Manakala pesakit yang mempunyai sejarah penyakit seperti dengan BMI 27.5 juga layak untuk menjalani pembedahan. Namun konsultasi bersama Pakar perlu dilakukan sebelum rawatan dan pembedahan dibuat.


Saya sempat juga mendengar perkongsian daripada selebriti Rahim (Sepahtu) yang telah melakukan pembedahan Sleeve Gastrectomy. Di mana  prosedur yang melibatkan pembuangan 70 ke 80 peratus perut. Rahim bukan sahaja mengalami masalah obesiti tetapi beliau juga ada gastrik serta gangguan tidur yang dikenali sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA). Penyakit OSA ini menyebabkan beliau sukar untuk tidur dan bergantung kepada alat tekanan saluran pernafasan. Dan setelah melakukan pembedahan ini beliau tidak lagi mengalami masalah tersebut.

Begitu juga perkongsian daripada Alif Johan, anak kepada penyanyi Nora Ariffin. Bagaimana kehilangan ayahnya yang tercinta membuatkan beliau memikirkan tentang masalah obesiti yang dialami ketika itu boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang tidak dijangka.

Dan sebenarnya ramai pesakit Dr Mustafa telah melakukan pembedahan bariatrik dan masing-masing menunjukkan kesan yang snagat positif. Paling penting mereka kini lebih sihat dan ceria.



Sememangnya banyak yang saya belajar daripada perkongsian Dr Mustafa, Rahim Sepahtu dan juga Alif Johan. Terutama tentang kepentingangaya hidup sihat serta solusi untuk masalah mereka yang obesiti iaitu melalui pembedahan bariatrik. Selain itu kita hendaklah sentiasa mengambil makanan yang sihat terutama tiada gula dan juga melakukan lebih kerap senaman.

Yerppp!! Solusi pembedahan bariatrik untuk mereka yang obesiti ke arah hidup yang lebih sejahtera!


Solusi Kepada Masalah Obesiti Dengan Rawatan Teknologi Terkini Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 08, 2019 Rating: 5

17 comments:

Suria Amanda said...

Uik..tak sangka Rahim kurus betul..pesakit yang sebelum tu pun giler handsome lepas kurus..sebenarnya kena jaga pemakanan dan jumlah makanan selain bersenam kan..memang tau Malaysia punya kanak-kanak memang ramai obesiti

Zharif Azis said...

wahhh ramai ya dah berjaya untuk turunkan berat badan dengan pembedahan nie. nampak simple tapi takut. mujurlah kita xde masalah obesiti. alhamdulillah. yes, setuju dgn Dr tu, sarapan sangat penting !

Izaramli said...

kadang-kadang risau jugak makan or minum benda manis banyak sangat. takut jugak bila kita dah mula obes. yang pentingnya kena control makan. tapi iza mesti tak boleh tolak boba, camne ni? huhuuhu

mrsliez said...

Klau ada duit memang nak je buat kann.. tapi ni solusi terakhir bagi org yg obesiti utk kuus dan kembali sihat

Thirteen said...

Ni tak lah racist tapi kita dulu tinggal kat Brunei, mmg kat situ rata2 badan agak berisi jugak.

But itu dengan lambakkan makanan yg tak sihat pulak kat Malaysia ni dengan kurang aktiviti senaman mmg senang nak naik lemak badan. Mcm kita lah jugak. Hihi ni baru nak fikir diet. Sbb dh kena warning body fat tinggi.

mek yunie said...

tengok rahim tu terus percaya yang terapi ini akan menjadi. boleh usha ni sebab mek pun nak turunkan berat badan juga.

Rawlins GLAM said...

Memang jadi insaf dan ketakutan bila kita tengok kesan obesiti pada diri kita kan.
Buat yang mampu, boleh la nak menjalani rawatan ini kan.
Sememangnya lebih elok untuk kita mencegah ye tak.

RAIHANAH AHMAD said...

insaf kan, tak nak la obes. Banyak risiko dan susah nak pulih tau. Alhamdulillah saya dah bukan obes atau overweight lagi. sekarang masanya saya tolong orang lain pula. insyaAllah

Marina Bashah said...

Wow. Malaysia ranking nombor satu ye masalah obesiti ni

Mimie said...

Masalah obesiti di Malaysia memang tinggi dan dalam keadaan yang merisaukan. Tapi kesan obesiti pada diri kita memang memberi kesan dan impak yang menakutkan. So, kenalah jaga kesohatan diri supaya tak ada dalam katebori obesiti

Dikbee said...

Baru-baru ni pun ada baca pasal statistik obsesiti. Seram rasa bila Malaysia merupakan negara paling ramai yang obesiti. Waduhhhh, risau juga takut obesiti ni tapi bila makan tak ingat pulak... adoiii

De Alif said...

Haa'ahhh la... Scary betul bila baca bahawasanya ramai rakyat Malaysia yang obes... pemakanan memang merupakan antara perkara terpenting yang mempengaruhi keadaan ini... Jom kita sama-sama menjaga kesihatan dan hidup secara sihat...

Slumber Lady said...

Dulu ingat BMI je pengukur badan sihat. Rupanya ada benda lain kena ambil kira. Bagusnya sharing ni. Tgk rahim boleh kurus. So, lepasni kena jaga makan dan buat rutin bersenam

Lia Hasty said...

Omg Malaysia negara kedua Yang ada masalah obesiti. Boba Mil tea mmg fav tetapi skrg terpaks kurangkan sebab nak less sugar. Bagus juga pembedahan ni dapat membantu orang Yang alami masalah obesiti.

Fadzil Ahmad said...

Tinggi jugak tu obesiti malaysia. Kalah sikit dari brunei. Yelah. Malaysia kan syurga makanan.lagi2 sekarang byk promo makanan jenis fastfood. Lagi mudah kalau order grabfood, foodpanda. Semua dihujung jari. Tu yg jadi makin malas

Sizzling Suzai said...

hahaha ye kak msian mmg obesity tinggi! HAHAH adoi saya la ni pnyumbnag gak ni! HAHAH adoiiii ok sy amalkan yg brekpes tu byk lunch sederhana! nice info!!

Wan Syahida Kahar said...

Best-best semua info yang dikongsikan! So siapa2 yang ada tanda2 tu kenalah beringat. Ia kena bermula dengan habit dan lifestyle kita juga. Tak nak lah obes. Kita pun nak sihat. So kena jaga, jangan sampai menyumbang statistik rakyat obes di Malaysia. Huhu

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.