Family Fun Day Bersama Women's Weekly Magazine

Lokasi: Parkson Pavillion KL Tingkat 5
Masa: 11 pagi sampai 4 petang
Hari/Tarikh: Sabtu 13 Mac 2010
Saya sebenarnya taklah merancang nak pergi ke event ni..sebabnya..goodie bag die kasi untuk 50 orang pertama (tak ramai sangat), kedua kat pavillion..jauh berbenor dari rumah I yang terletak kat Petaling Jaya..dan yang ketiga hubby I setiap sabtukan kerja...tapi last minute pagitu terus decide nak pergi..bersama mak terchentala jawabnya...samapi dalam kul 10.30 pagi..ramai dah para ibu yang dah menunggu kat tepi kaunter tapi tak beratur...duk lepak kat kerusi..I terus pergi beratur..so I orang yang kedua..heheh
Ini adalah isi dalam goodie bag yang diperolehi...kebanyakan makanan dan minuman seperti air kotak dah abis..Anak I dah makan semahu-mahunya sepanjang berada di parkson Pavillion...huhu...Antara yang dah abis 5 air kotak, 2 pek besar Mister Potato dan Snack Peach Garden.

Antara yang menarik semasa berada di sana ialah kemunculan clown ngan belonnya..ada gula kapas yang diberi free..

Face painting pun ader...

Akid yang begitu bersungguh nak mendapatkan trademark "Spiderman" kat mukanya...

dan hasilnya...memang sesuai dengan baju merah...huhu

Anaqi lak Batman...tapi kejap jer..contengan dimuka mereka ini bertahan..sampai rumah semuanya hilang...:)

Talk mengenai Posy Baby Fitness dari Fit For 2 pada pukul 11 pagi..memang best dan banyak perkara yang I belajar semasa talk ni...

door gift untuk 20 yang pertama datang untuk dengar talk ni...tak ramai yang datang masa talk lebih kurang 10 orang jer

lepas tu my kids join colouring contest..bermula lebih kurang pada pukul 2.00 petang...Akid yang mood tak berapa baik...tapi die memang suka main kaler2...

Anaqi..die tak nak join sebenarnya..duk sibuk main PSP tapi bila tengok hadiah ada dapat barang Hot Wheels terus nak join jugak...

Yana kaler..kemas dan ok lah berbanding adik-beradik die yang lain...

Afiq yang kaler dengan mengada-ngada..Hoho...duk calit2 dan conteng2

Dapatlah pensil colour 3 set..lukisan dari kiri Anaqi, Yana, Akid dan Afiq...hahah...confirm tak de sorang pun yang menang hahah...tapi selama dieorang menyertai mana-mana colouring contest memang tak pernah menang pun..hanya untuk suka-suka jer....

Kebetulan dia ada buat special sale untuk women's weekly reader...so I rembat semua barang diatas dengan kos yang menjejaki RM100...ok tak?...kasut Ben10 yang Barbie tu ada lampu...

Ni adalah hadiah lucky draw yang I dapat sebab belanja RM100..tak lucky sebab tak dapat hadiah hamper besar2...huhu :P..ramai gak dapat hamper dan hadiah yang best2..

Oklah satu hari bersama anak bersendirian ditemani mak terchenta...sang suami terpaksa kerja ada interview untuk staff baru company...seronok tapi penat yang amat!..Balik lebih kurang pukul 4 petang lebih...
(paling best dapat jumpa k.i.t.e.p.u.n.ya blog owner..tukar2 no-phone sambil kenal2-suka sangat :p )

Comments

mama zharfan said…
bestnye event ni ayu!! goodies pun best banget!!!!!!!!!
bolehlah suzz....tak ramai sgt orang...tu yang best selalunya ramai org stressed jugak...:)

Popular Posts