Anaqi kena rasuk?

Saya terlambat ambil Anaqi dan Yana pulang dari sekolah hari ini, gara-gara Amani meragam nak tidur, kesian lak tinggal dia tengah melalak-lalak cam Lady GaGa. So, sampai sekolah Anaqi dalam pukul 1.35 tengahari. Sampai-sampai jer Dani dan beberapa rakan sekolah Anaqi terus menyerbu kat saya..
Dani:Aunty.. aunty tadi Anaqi, Ikmal, Haris dan Akmal masuk kelas 5 Amanah
Saya: So?..
Kawan sekolah: 5 Amanah kelas tu dulu katanya pernah ada budak hilang...
Dani: Tiba-tiba jer Anaqi dan geng keluar gelak2, Anaqi sakit kepala, Ikmal sakit mata...dan sekarang ni diorang dah hilang...
Saya: (reaksi panik gaklah)
Yana: Yana pun tak jumpa Anaqi dari tadi. Keluar kelas memang dah tak ada..
Dalam panik2 nampak cikgu dan beberapa orang murid tengah kecoh2...
Lagilah saya panik..
Lepas tu saya nampak kelibat Anaqi dan kawan2 kat surau tingkat 1..
Saya melambai2 tangan dan panggil Anaqi, terus Anaqi lari datang kat saya...
Saya tanya ngan Anaqi..
Saya: Anaqi kena rasuk?
Anaqi: Mana ada, Anaqi pergi surau solat Zohor lah ngan kengkawan
Saya: Apesal dia orang kecoh Anaqi kena rasuk...
Anaqi: Siapa cakap?
Saya: Dani dan kengkawan...
Anaqi: Hahaha...Dani tu kecoh2, konon pasal kawan Abang Faiz hilang kat kelas 5 Amanah..kitaorang saja nak tengok kelas tu macamana. Ikmal buat lawak kentut kat situ kitaorang gelak sampai merah2 biji mata...Haha
Saya: Ceh
Dalam kereta Anaqi terus keluarkan dari beg dia surat kebenaran perkemahan kat sekolah..
Saya: Tidur kat kelas 5 Amanah ke?
Anaqi: Taklah....Hahaha

p/s: Panik gak dahlah Dedet out station ke Temerloh hari ni..

Comments

mama zharfan said…
maunya tak panik..me plak jenis yg cepat gelabah :p
kak ina kl said…
semuga lain kali tak cepat panik ek..
suzz- i ni memang org yang cepat gabra huhu

kak ina kl- baik kak :)

ezna- hehehe...saper terkezut ezz,,terus terpikir mana lah I letak no tel ustaz yang selalu settle kes histeria kat asrama.

Popular Posts