Peter Pan The Musical Behind The Scenes (Di Sebalik Tabir)

Saya dapat jemputan khas dari AMBP untuk menyertai acara "Peter Pan The Musical Behind The Scenes" bersama 19 blogger yang lain. Wahhhh sangatlah teruja, so pada hari Sabtu 20 Nov 2010 pukul 3.00 petang saya ke Sunway Pyramid dengan penuh rasa ceria dan berkobar-kobar (kes nak jumpa Peter Pan dan Wendy secara personel).
Peter Pan The Musical akan dipersembahkan di taman tema terbesar dan terkenal di Malaysia mahupun asia; di Amphitheater Sunway Lagoon. Bermula dari 26 November sehingga ke 2 Januari 2011. (Wahhh kena catat dalam diary ni)
Amphitheater yang sangat luas memberi 2 kali ganda kepuasan maksimum untuk bersantai sambil menonton dan juga keselesaan juga pasti dinikmati :)
Kenapa perlu menonton Peter Pan The Musical bersama keluarga terutama dengan anak2 tercinta? Alasan saya mudah...
1. Peter Pan adalah cerita kanak-kanak yang sememangnya sangat terkenal bukan hanya pada generasi sekarang sahaja bahkan berdekad lamanya...
2. Sempena cuti sekolah tempat terbaik berlibur bersama keluarga adalah Sunway Lagoon dan peluang menonton Peter Pan The Musical mampu memberi kenangan terindah (persembahan bukannya ada setiap hari, minggu, bulan atau tahun..hmmm esklusif ni)
dan sebenarnya banyak lagi..namun apa yang menarik dalam persembahan itu bukan sahaja hanya pada lagu-lagu yang bakal dinyanyikan yang begitu sedap dan merdu. Kita juga berpeluang melihat aksi pelakon khas yang dijemput dari Europe, South America, Philippines, Indonesia and juga Malaysia. Perbelanjaan bagi menjayakan persembahan ini juga agak besar hampir RM1.2 millions..
Antara yang menarik dalam Peter Pan The Musical adalah:-
a. Props yang cantik :)
Bilik tidur Wendy..
kapal yang gah...
set taman antik "Neverlands"...dan banyak lagi...
saya dalam bilik tidur Wendy...Yeah!!
Penerangan ringkas mengenai pembikinan Peter Pan The Musical dari Mr Aaron Soo, CEO of Sunway Lagoon. Apapun saya sangat berasa kagum dengan Mr Aaron yang begitu bersungguh memastikan perjalanan Peter Pan The Musical berjalan lancar selain dari beliau juga menyatakan banyak mempelajari perkara yang menarik dan baru terutama dalam penyediaan pementasan, pentas, manuskrip, props yang mana semuanya dilakukan sendiri oleh "in-house design team" Sunway Lagoon. Chaiyok!
sesi penerangan oleh Mr Aaron Soo dan para bloggers..
mencuri pandangan gambaran pentas secara leseluruhan ..
b. Naskhah Peter Pan The Musical yang mengagumkan
Saya suka dengan jalan cerita dari manuskrip yang dipersembahkan. Lontaran suara bersahaja, nyanyian merdu diiringi tarian dalam persembahan yang begitu mengujakan. Menjadikan semua ini lengkap dan persembahan Peter Pan The Musical didalam pakej begitu cantik sekali,
Kami juga dihiburkan dengan beberapa babak dalam Peter Pan The Musical terutama yang melibatkan beberapa pelakon utama.
Peter Pan and Wendy Darling....so sweet...hihihi
Kapten Hook and Smee...
dan lagi Kapten Hook watak egois, serius tapi mimik muka memang kelakar yang amat..Smee yang comel dan lucu..pembantu yang setia pada Kapten Hook..
sesi soal jawab bersama pelakon...
Saya sangat respek dengan pelakon2 utama Peter Pan The Musical ini...Semangat mereka dalam menjayakan pementasan bukan sahaja dari segi latih-tubi yang berterusan, bahkan penyesuaian dengan keadaan cuaca Malaysia yang agak panas ketika ini, makanan, logistik dan banyak lagi bukanlah satu bebanan mereka. Satu jawapan yang menarik perhatian saya ialah "Kuih tempatan Malaysia yang pernah dicuba sepanjang berada di Malaysia~kuih Onde-onde"..dan komen mereka ianya sangat sedap :)
c. Serba-serbi warna warni
saya dengan antara pelakon utama yang terlibat dalam pementasan. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak seperti saya Peter Pan The Musical antara pementasan yang sangat sesuai dipertontonkan bersama. Serba-serbi warna warni dan pastinya anak-anak mudah memahami serta mempelajari sesuatu yang baik dari pementasan ini...
saya bersama Wendy Darling(nampak saya gemok...arghhhh)
Kapten Hook yang sempoi...serius kelakar mimik muka *saya asyik duk tergelak jer bila time terpandang muka kapten"...hai hai capten...OoooOOOo
habis melihat segala di belakang tabir...
waaahhhh kami dijamu selera di Light House Cafe..besttttt
makan time bersama bloggers dan sebahagian pelakon utama pementasan.
Apa yang kami makan..jom skodeng :p
tomyam...sedappp
popcorn chicken dan kentang goreng...
kuew teow goreng yang kaw2
nasi goreng cina...
hot dog dan sayuran goreng....dan macam2 lagi...
tapi saya kena balik awal sebab nak pergi Melaka bersama keluarga so tak dapat nak menikmati semuanya..adehhh...apapun uol's mehler ramai-ramai kita pergi tonton Peter Pan The Musial di Amphitheater Sunway Lagoon, pasti menghiburkan dan memberi keseronokan!
Keterangan lanjut boleh hubungi +603 5639 0000 ataupun layari http://dustyhawk.net/events/peter-musical-behind/www.sunwaylagoon.com serta boleh hubungi mereka melalui Facebook dan Twitter untuk mengetahu mengenai pementasan Peter Pan The Musical ini (tarikh pementasan, harga tiket dsbnya).
Dan pastinya saya dan keluarga sangat teruja untuk menontonnya :)

Comments

Sumijelly said…
wah..seronoknya dpt tgk the musical..
tak pernah pergi tgk pun mana2 musical..huhuh

Sumijelly.com
Mama Zharfan said…
bestnya ayu dpt attend event gini! teringin me :)
sumi- suka klu dapat tix free...setakat ni alhamdulillah blh pergi sbb foc :p

suzz- kira nasib jer ni... hehehe...boleh balik malaysia boleh kita join sama2

Popular Posts