“Stop Child Abuse”

**sekadar gambar hiasan, jangan contohi di rumah ..ngeh ngeh

Penderaan terhadap kanak-kanak adalah penindasan antara manusia dengan manusia yang paling tidak bermoral. Sepertimana yang diketahui umum kanak-kanak bukan sahaja memiliki saiz yang lebih kecil berbanding golongan dewasa bahkan taraf pemikiran juga jauh berbeza sekiranya diukur dari segi kematangannya. Penderaan yang dibuat sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja, golongan pendera hanya mengambil kesempatan perbezaan kekuatan fizikal dan mental ini untuk menyeksa dan mendera tubuh badan dan mental seseorang kanak-kanak. Seperti yang dimaklumkan hak asasi seseorang manusia adalah seperti yang termaktub dalam Artikel (5) Deklarasi Hak Manusia yang dinyatakan secara jelas:
Tiada sesiapa pun berhak diseksa atau dizalimi secara tidak berperikemanusiaan atau dijatuhkan maruahnya...
(No one shall be subjected to torture or to cruel, inhuman or degrading treatment or punishment).
(United Nation 1948)

Gambar dari Encik Google :)
Untuk pengetahuan umum penderaan terhadap kanak-kanak boleh dikategorikan kepada empat jenis penderaan yang utama, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan kerana mereka diabaikan penjagaan dan penderaan emosi.
(Rujukan: http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/emosi.pdf).
Gambar dari Encik google :)
Penderaan fizikal- Biasanya boleh menyakiti kanak-kanak. Mendatangkan kesan fizikal dan mental. Boleh dilihat pada kesan lebam, merah dan pelbagai tanda di tubuh mangsa. Selain itu kanak-kanak akan lebih cepat sensitif, murung dan bagi kes-kes yang teruk boleh memberi kesan jangka panjang kepada kanak-kanak pada masa jangka yang panjang~mempengaruhi cara hidupnya secara tidak langsung kanak-kanak ini apabila dewasa akan menjadi manusia pendendam, pembuli dan sebagainya.
Sebagai ibu: Saya sangat sensitif dengan penderaan jenis ini. Bagaimana anak yang dipukul boleh membesar dengan suasana positif. Kesan dibadan lama-lama akan hilang. Bagaimana pula kesan calar yang tercalit didalam jiwa pasti begitu mendalam dan terkesan yang amat.

Penderaan Seksual- Melakukan seks secara paksaan dengan mendatangkan trauma yang amat mendalam selain dari kanak-kanak tersebut akan merasa kehilangan harga diri, mulai membenci diri sendiri dan banyak lagi.
Sebagai ibu: Saya tidak akan memaafkan mereka yang memperlakukan penderaan sebegini ini. Bagi saya pendera yang melakukan perbuatan ini boleh diumpakan manusia yang bernafsu binatang. Untuk memberi kekuatan dan memulih semangat anak-anak yang menjadi mangsa penderaan mengambil masa yang panjang dan ianya perlu disokong secara berterusan.

Penderaan kerana diabaikan penjagaan- Kanak-kanak terbiar. Tiada sokongan. Tiada tempat mengadu dan meluah perasaan. Tidak langsung diambil kebajikan.

Sebagai ibu: NAsihat saya sekiranya anda rasakan tidak layak untuk memberi penjagaan yang baik dan sempurna (sekurang-kurangnya kasih sayang yang sejati diluahkan) berilah peluang pada mereka yang mampu dan inginkan anak setelah sekian lama :)

Penderaan Emosi- Psyco, tidak menjadi pendengar yang baik, pilih kasih, Membanding dan sering menyalahkan dan banyak lagi.
Sebagai ibu- Anak adalah satu kurniaan yang tidak ternilainya jika dibandingkan dengan segala harta yang ada di bumi. Perlihara mereka, jadikan mereka sebaik-baik manusia. Berikan mereka sokongan dan sentiada berada di sisi mereka setiap masa. Tidak perlu dibandingkan, tidak perlu disalahkan sekiranya berlaku kesilapan. Belajar memahami jiwa anak kerana setiap anak jiwanya berbeza apatah lagi jika hendak dibandingkan jiwa mereka dengan kita yang sudah matang usianya.

unicef


Posting ini adalah bersempena dengan

Get On Board to Stop Child Abuse and Win a Sony Cybershot W190

Comments

nazihahisa said…
kanak2 tu tak berdosa pun, belum boleh mengenal dunia dgn lebih luas.. dah didera mcm dia seorang yg bersalah T_T
nazhahisa- tu lah kan...manusia akhir zaman :(

Popular Posts